Pening memikirkan tema warna yang bersesuaian untuk majlis perkahwinan anda, apa kata cuba gabungkan kombinasi warna yang segar ini agar majlis anda tampil berbeza dari kebiasaan. Pastinya dengan warna sebegini menjadikan majlis perkahwinan anda lebih menonjol dan memukau tetamu yang datang.
Fikirkan apakah mood perkahwinan yang cuba anda rancangkan? Adakah anda ingin bermain dengan warna terang yang menceriakan? Atau lebih kepada warna pastel yang lebih romantis? Pilihlah palet warna yang tepat agar perancang perkahwinan dapat merealisasikannya dengan sempurna.
Kombinasi warna-warna berikut pasti memberi inspirasi buat bakal pengantin agar segalanya mengikut tema yang tepat bermula dari hantaran, baju pengantin dan sebagainya.
1. Magenta + Poppy + Kuning
2. Emerald + Krim + Keemasan
3. Ungu + Burgundy + Oren
4. Tangerine + Oren + Kuning
5. Hitam + Hijau Kusam + Putih
6. Cinnamon + Kuning + Beige
7. Keemasan + Peach + Hijau
8. Sage + Keemasan + Ivory
9. Kuning + Kelabu + Perak
10. Aqua + Merah Ceri + Khaki
sumber: theknot.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Carilah Pasangan Sekufu Kalau Nak Bahagia Lama, Elak Perkara Buruk Dalam Hubungan
Sekufu sebenarnya merujuk kepada kesepadanan atau keserasian antara pasangan, terutamanya dalam bab perkahwinan.
Kalau nak lebih jelas, sekufu ini bermaksud pasangan tu ada matching dari beberapa aspek yang penting supaya senang nak jalani hidup bersama.
Pentingnya Cari Pasangan Sekufu
Sekufu dalam perkahwinan sangat dianjurkan oleh Islam kerana boleh mengelakkan pelbagai masalah atau konflik di kemudian hari.
Menerusi laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, sekufu membawa maksud kesepadanan, sama atau seimbang dalam sesuatu perkara.
Memilih pasangan sekufu dalam perkahwinan perlu menitikberatkan beberapa aspek penting seperti pekerjaan, fahaman tentang agama dan lain-lain.
Fahami Maksud Sekufu
Sekufu dalam perkahwinan membawa maksud bahawa anda perlu mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik sekiranya mempunyai kefahaman mendalam.
Fokus akhlak dulu sebab bila pasangan ada nilai-nilai moral yang sama, lagi senang nak saling memahami dan kurangkan konflik.
Mengenai pekerjaan pula, seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Walau bagaimanapun, pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mulia tetapi tidak kaya dan nampak biasa namun boleh menghasilkan jutaan ringgit.
Dari Sudut Ekonomi yang Stabil
Ada juga yang rasa perlu untuk pasangan itu berada pada tahap kewangan yang lebih kurang sama. Tapi ini lebih kepada soal praktikal, supaya tak ada rasa janggal atau tekanan.
Tidak Berpenyakit
Seterusnya, maksud sekufu dalam perkahwinan juga adalah seseorang itu tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya.
Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu. Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua.
Kecacatan mengaibkan adalah seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan yang jelas.
Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Ia tidak menjadi penghalang kerana pasangan seperti ini kadangkala jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
Tengok Latar Belakang
Dalam sesetengah kes, orang ambil kira juga latar belakang keluarga, status sosial, atau asal-usul. Tapi yang ini tak wajib, sekadar untuk keserasian sahaja.
Kalau dua-dua ada tahap pendidikan atau cara pemikiran yang serupa, memang mudah sikit nak berbual panjang dan saling berkongsi pendapat.
Sekufu dalam perkahwinan selanjutnya adalah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun sekufu bukannya syarat sah nikah, tetapi perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.
Kesimpulannya, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga.
Namun yang paling penting dalam Islam, sekufu yang benar-benar penting adalah agama dan akhlak. Kalau dua-dua jaga benda ni, insyaAllah perkahwinan akan lebih berkat dan bahagia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Andam Ni Kongsikan Petua Cantik Untuk Bakal Pengantin
Dalam kesibukan menguruskan diri untuk persiapan menjelang majlis pernikahan, ramai yang ke spa untuk memanjakan diri bagi menaikkan seri pengantin. Namun perlu diingat pada bakal pengantin petua lama jangan dilupakan. Sebaiknya amalan ini perlu dilakukan kerana sudah terbukti keanggunan pengantin andai dipraktikkannya. Moga petua berikut memberi manfaat buat pengantin sebelum melangkah hari bahagia.
- Elak berpanas
Elakkan kulit di bawah sinar suria yang mampu membakar lapisan kulit anda dan bakal membuatkan kulit anda terbakar. Pastikan memakai tabir suria setiap hari sebelum keluar rumah.
- Cukup tidur
Tidur yang cukup mampu memberikan anda tenaga yang maksima dan juga raut wajah yang berseri dengan semula jadi. Elakkan berjaga sehingga lewat malam.
- Kebersihan mulut
Mula jauhi dengan makanan yang berbau seperti durian, petai, jering dan bawang putih. Makanan jenis mampu membuatkan nafas anda tidak segar. Bagi yang sedang berdiet, pasti mempunyai masalah mulut berabu kerana perut kosong, apa kata amalkan dengan kerap mengosok gigi dan berkumur serta mengambil minuman yang berunsurkan mint.
- Cuci wajah
Cuci wajah dengan air kelapa tua beberapa kali dalam seminggu. Biarkan selama 30 minit sebelum basuh muka dengan air suam. Amalan ini mampu membantu menyerikan raut wajah dan melembabkan wajah anda.
- Amalkan minum air kurma
Rebus kurma cina dan minum airnya, ini juga adalah salah satu cara yang boleh dibercayai untuk membantu memulihkan PH darah dan menaikkan seri wajah.
- Minum air halia
Jika bakal pengantin mempunyai angin dalam badan amalkan minum air halia setiap hari untuk meringankan badan.
- Bangun sebelum subuh
Bangun sebelum azan subuh, kemudian baca selawat tiga kali ke tapak tangan dan sapu pada raut wajah setiap hari. Inshaa Allah dengan keberkatan Allah s.w.t.
- Air kunyit
Kunyit hidup mampu menaikkan seri wajah, jika diamalkan dengan minum air kunyit beberapa bulan sebelum berkahwin.
- Elak meniarap
Perkara ini fokus pada golongan wanita, ini kerana untuk penjagaan payudara kelihatan montok, subur dan tegang. Manakala ketika mandi pula amalkan untuk memancutkan air pancur ke dua-dua belah payudara. Ini adalah salah satu teknik untuk memberi buah dada anda tegang dan subur.
- Kurangkan melihat cermin
Kurangkan dengan menatap cermin lebih lama, ini adalah kepercayaan orang tua; penyebab hilang seri wajah. Ia juga menjadi patang larang saat wajah disolek mak andam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Badan & Luka Cepat Sembuh, Susu Ibu Berkualiti. Ini Amalan Diet Saranan Dr Hamid Arshat
Kalau nak badan pulih dengan cepat,luka cepat sembuh dan susu ibu yang berkualiti, amalan pantang yang menyekat makanan berkhasiat perlu dielakkan. Dr Hamid Arshat juga kongsikan kepentingan vitamin kepada kesihatan ibu dan anak.
Menurut Datuk Dr Hamid Arshat dari videonya, amalan ‘pantang’ perlu dibasmikan sebaliknya ibu-ibu perlu makan dari sumber-sumber yang berzat dan berkhasiat khususnya sayur-sayuran dan buah-buahan selepas pembed4han/ bersalin agar luka cepat sembuh dan juga susu ibu lebih banyak dan berkhasiat.
JANGAN AMAL PANTANG YANG TIADA ASAS ILMUNYA
Jangan amalkan amalan pantang yang tidak mempunyai asas ilmunya. Beliau menggalakkan wanita selepas bersalin untuk makan makanan yang berzat, di mana 70% terdiri daripada buah-buahan segar yang mentah.
.
PASTIKAN ADA SAJIAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Banyak buah-buahan tempatan yang dimomokkan tidak boleh dimakan semasa pantang seperti;
Buah nanas
Buah betik
Air kelapa muda
Buah nangka
Semua buah-buahan ini mengandungi banyak vitamin. Vitamin A, B, C yang sangat penting untuk kesihatan. Ia amat penting khususnya kepada ibu yang dalam pemulihan selepas bersalin sama ada bersalin secara normal mahu pun pembedahan kerana ianya sangat membantu luka cepat sembuh.
KENAPA VITAMIN C SANGAT PENTING?
Bagi ibu bersalin yang menyusukan anak perlu mengamalkan pemakanan yang baik. Vitamin sangat penting untuk kesihatan secara keseluruhan. Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan ketahanan badan, sebagai antioksidan, pemulihan luka dan pendinding atau penahan daripada serangan kuman.
Beliau amat menggalakkan wanita-wanita selepas bersalin atau pembedahan untuk makan banyak buah-buahan.
KISAR BUAH-BUAHAN SUPAYA MUDAH DIAMBIL & DIHADAM
Buatkan minuman dengan mengisar buah-buahan tersebut sama ada nanas, papaya atau tembika. Bila dikisar kita tidak kehilangan seratnya. Ia sangat penting untuk penghadaman dan kesihatan usus kita.
Memang sukar untuk makan dalam jumlah yang besar tetapi bila mengisarnya ia jadi pekat dan mudah dihadam.
AIR LIMAU NIPIS/ LIMAU KASTURI
Air limau nipis misalnya mengandungi banyak vitamin C dan antioksidan dan ia patut diamalkan sebagai minuman pertama diminum di waktu sarapan pagi. Kerana limau yang terlalu banyak di pasaran ialah limau nipis atau limau kasturi. Memang sudah dikaji yang limau kasturi mengandungi vitamin dan antioksidan yang tinggi untuk mencegah penyakit.
Selain dibuat minuman, buah-buahan ini perlu diambil pada setiap kali waktu makan seperti sarapan, makan tengah hari dan makan petang. Ini akan mempercepatkan proses pemulihan pada luka pembedahan dan luka kelahiran. Siapa yang tak mahu luka cepat sembuh boleh abaikan tip ni!
PEMAKANAN BAIK MEMPERCEPATKAN LUKA CEPAT SEMBUH DAN MEMULIHKAN BADAN.
Orang-orang dulu mungkin mengamalkan berpantang badan kerana zaman dahulu tiada antibiotik. Zaman sekarang sudah ada antibiotik sekiranya berlaku jangkitan kuman.
Sekiranya kita mengamalkan pemakanan yang baik, pemulihan akan berlaku dengan cepat dan penyusuan tidak tersekat. Ini adalah punca kebanyakan mengalami masalah susu tidak lancar atau berkurangan. Amalan pantang yang menyekat makanan yang berkhasiat disekat sedangkan pada waktu menyusukan ibu-ibu memerlukan banyak makanan berzat akan menjadikan susu yang dihasilkan baik.
IKAN AMAT DISARANKAN
Susu ibu di samping mengandungi zat, vitamin dan logam, ia juga mengandungi omega 3 dan DHA yang sangat penting untuk pembentukan otak bayi. Makanan yang mengandungi banyak protein seperti ikan yang berminyak seperti ikan kembung, tenggiri dan lain-lain sangat baik untuk dimakan sewaktu menyusukan anak. Ini sangat penting kerana melalui penyusuan ibu memindahkan antibodinya kepada bayi. Jadi bayi akan lebih kuat antibodi dan tahan daripada penyakit, di samping menguatkan hubungan(bonding) antara ibu dan anak.
Datuk Dr Hamid amat menyarankan kaum wanita yang mahu luka cepat sembuh untuk membasmi amalan berpantang makan sebaliknya mengamalkan ambil makanan segar, yang mentah berkhasiat dan berzat sewaktu pemulihan selepas bersalin.
Sumber: FB Dr Hamid Arshat
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI