ADAB KETIKA MERISIK
- Jaga tingkah laku. Untuk si dara, anda tidak perlu duduk di ruang tamu dan sertai perbincangan. Cukup sekadar ke depan ketika menghidangkan makanan.
- Berpakaian sopan. Selalunya, si dara memakai baju kurung dan bertudung. Lelaki berbaju melayu atau kemeja.
- Jangan mencelah perbincangan. Untuk si teruna, sama ada anda akan menyertai perbincangan atau tidak, ia bergantung kepada adat setempat anda. Ada yang memilih untuk sertai majlis merisik dan ada juga yang menunggu dalam kereta sahaja.
- Hormati keputusan keluarga wanita. Anda tidak perlu terasa hati atau berdendam sekiranya lamaran anda itu ditolak. Ingat, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor!
Selain menjaga adab, anda juga perlu menyediakan beberapa perkara dan barangan untuk diberikan semasa bertandang ke rumah keluarga perempuan.
- Tetapkan terlebih dahulu siapakah yang akan menjadi jurucakap utama bagi keluarga lelaki. Kalau tak tetapkan, takut akan ada “awkward moment” sebab tiada siapa yang bercakap. Nanti krik krik pula!
- Orang Melayu terkenal dengan adab sopan, kan? Jadi, sediakan beberapa rangkap pantun untuk memeriahkan majlis. Baru seronok kalau berbalas pantun! Kalau anda tiada idea pantun apa yang mahu diucapkan, tak perlu risau.
- Antara barang paling penting yang perlu dibawa adalah cincin merisik juga dikenali sebagai cincin belah rotan.
- Kalau ada bajet lebih, anda boleh juga membawa barangan seperti: sepasang kain, buah-buahan, wang tanda, set wangian/mandian, atau pemanis mulut. Barangan ini tidaklah wajib, buat sekadar yang termampu sahaja. Ok?
- Selepas keluarga perempuan menyatakan persetujuan mereka untuk menerima lamaran lelaki, barangan ini akan diberikan kepada pihak si dara itu.