Bagaimana untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik? Buat bakal pengantin anda pasti berussha untuk tampil menyerlah di hari bahagia nanti. Usah perlekehkan manfaat dari bahan semulajadi yang ternyata mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya ialah minyak kelapa yang jauh lebih selamat malah memberi kesan memukau pada wajah andai sering diamalkan.Ketahui kelebihannya.

Minyak Kelapa Berfungsi Untuk Melembapkan Kulit

Salah satu manfaat minyak kelapa untuk wajah cantik ialah melembapkan kulit secara semulajadi. Minyak kelapa akan menghidrasi kulit wajah sehingga boleh dijadikan pengganti  pelembap malam yang baik. Kelebihan lain minyak kelapa ini selamat digunakan sebagai produk kecantikan sehari-hari.

Penggunaan minyak kelapa ini cukup mudah. Tuangkan minyak kelapa sebanyak 2 sudu makan ke dalam bekas kecil dan sapukan ke wajah yang sudah dibersihkan. Biarkan selama 20 minit hingga setengah jam sampai minyak kering dan anda boleh tidur. Untuk hasil terbaik, lakukan rawatan ini sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu.

2. Minyak Kelapa Mampu Atasi Masalah Jerawat

Sangat banyak bahan semula jadi yang boleh mengatasi masalah jerawat dan salah satunya ialah minyak kelapa. Khasiat yang terkandung dalam kelapa membolehkan jerawat akan lebih cepat hilang dan lebih mudah dicegah.

Ads

Penggunaannya mudah, tuangkan minyak kelapa ke dalam bekas kecil dan pada masa yang sama siapkan juga kapas bulat bersih. Celupkan kapas bersih tersebut ke dalam minyak kelapa dan letakkan ke seluruh wajah yang berjerawat. Biarkan selama 20 minit hingga minyak kelapa di wajah kering kemudian bilas menggunakan air bersih. Lakukan rawatan ini setidaknya 2 hingga 3 kali seminggu untuk hasil terbaik.

3. Minyak Kelapa Dapat Mencerahkan Kulit Wajah

Ternyata minyak kelapa juga dapat mencerahkan kulit wajah yang menjadikannya manfaat minyak kelapa untuk wajah berseri. Penggunaannya sama seperti menjadikan minyak kelapa pelembap wajah semula jadi, sapukan saja sedikit minyak kelapa ke seluruh bahagian wajah setiap malam. Apabila sudah kering, tidurlah seperti biasa. Lihat sedikit perbezaan yang terjadi keesokan paginya.

Ads

Dengan melakukan perkara ini 2 kali seminggu, kulit anda akan kelihatan lebih cerah dibandingkan biasanya. Hindari menggunakan minyak kelapa di pagi atau siang hari kerana bila terkena kotoran atau pencemaran, pori-pori di wajah memiliki kemungkinan tersumbat yang boleh  menghasilkan jerawat.

Ads

4. Minyak Kelapa Dapat Mengurangkan Alergi Mahupun Infeksi

Jika kamu memiliki penyakit kulit yang juga menyerang bahagian wajah, jangan bimbang kerana minyak kelapa ternyata dapat mengubatinya secara cepat, termasuk mengubatinya di bahagian kulit yang lain. Sapukan saja minyak kelapa yang disimpan ke seluruh bahagian kulit yang gatal atau terluka dan biarkan selama beberapa minit tanpa menggaru atau menyentuh bahagian kulit tersebut sehingga penyakit tidak akan tambah.

Alergi mahupun infeksi tersebut akan lebih cepat hilang dan tidak meninggalkan bekas. Lakukan rawatan ini segera setelah anda mendapat infeksi dan tetap lakukan hingga alergi mahupun infeksi tersebut benar-benar hilang dan pergi dari tubuh.

5. Minyak Kelapa Berupaya Menegangkan Kulit

Minyak kelapa juga sangat baik untuk orang dewasa yang mulai mengalami penuaan kerana mampu menegangkan kulit. Sapukan sedikit minyak kelapa setelah mandi setiap malam ke bahagian wajah yang mulai berkerut. Jika dilakukan setiap hari, wajah akan menjadi lebih anjal dan anda akan kelihatan beberapa tahun lebih muda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI