FIRMAN Allah bermaksud: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KeupayaanNya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar” (al-Baqarah: 255).
Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam Al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat Al-Quran.
Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya. Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak.
Sesudah menegaskan mengenai keesaanNya, disusuli pula dengan menyebut dua sifatNya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhlukNya. Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hambaNya.
Ads
Allah, Dialah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milikNya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasaNya, seperti firman Allah bermaksud:
“Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri” (Maryam: 93-95).
Ads
Di antara tanda keAgungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisiNya tanpa izinNya. Firman Allah bermaksud: “Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izinNya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia” (Hud: 105).
Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaanNya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaanNya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggamanNya.
Itulah ayat yang mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian seseorang hanya kepada Allah. Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melainkan kepada Allah.
Ads
Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain. Daripada kedudukannya dalam Al-Quran, sabda Nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: “Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling Agung?” Jawab Baginda: “Ia adalah ayat Kursi” (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).
Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah:
“Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu.” Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: “Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat Al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi” (riwayat al-Hakim).
Daripada sudut keberkatannya ketika mati dan di akhirat, sabda Rasulullah: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya”
(riwayat al-Nasai).
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minyak zaitun telah digunakan untuk pelbagai tujuan dalam sejarah manusia. Hari ini, selain menggunakannya di dapur, minyak zaitun juga telah digunakan untuk penjagaan kesihatan dan juga kecantikan.
Apa yang membuat makanan super minyak zaitun dengan tahap tinggi lemak tak jenuh tunggal, khususnya asid oleik dan antioksidan yang membuatnya berbeza. Kerana banyak manfaat kesihatan, minyak zaitun juga disebut mukjizat Mediterranean.
Jenis Minyak Zaitun
Ada dua jenis minyak zaitun. jenis yang paling digunakan minyak zaitun (VOO) yang perawan dan extra virgin oil (EVOO). Minyak zaitun extra virgin mempunyai kualiti tertinggi. Juga, ia membuat sebahagian besar mineral semulajadi dan vitamin. Kerana itu adalah tulen, cara terbaik untuk menggunakannya adalah menuangkan di atas salad atau memakan mentah-mentah.
INI penjelasan Mengapa Anda Perlu Mengambil 1 sudu makan minyak zaitun Setiap Pagi
Apa yang terjadi jika anda mengambil 1 sudu makan minyak zaitun setiap pagi?
1. Antikanser Sifat Extra Virgin Oil
Sifat extra virgin olive oil ini membantu melawan beberapa jenis kanser. Dua jenis kanser yang paling sering diuji berkaitan dengan sistem pencernaan dan kanser payudara.
EVOO termasuk asid oleik yang diyakini yang meningkatkan apoptosis dan mencegah percambahan sel daripada sel-sel kanser. Juga, EVOO kaya akan antioksidan fenolik, seperti terpenoid dan Squalene, yang mempunyai sifat anti-kanser.
2. Demensia dan Extra Virgin Oil
Salah satu punca Alzheimer adalah pengumpulan peningkatan beta-amyloid di otak. Sebuah pasukan ahli di University of Louisiana di Monroe mendapati bahawa oleocanthal, sebatian yang dijumpai dalam minyak zaitun extra virgin, mempunyai kekuatan untuk mengawal tahap beta-amyloid dan secara signifikan meningkatkan pembersihan.
Selain itu, fenol alam di extra bantuan minyak virgin untuk mengurangkan neuroinflammations.
3. Gula Darah dan EVOO
Minyak zaitun extra virgin menunjukkan kemampuan untuk mengurangkan insiden diabetes. Sebuah kajian mempelajari kesan daripada EVOO penggabungan ke dalam diet orang terkena penyakit kardiovaskular. Hasilnya berkurang terjadinya diabetes di sebahagian besar babak peserta ujian.
Kajian lain menunjukkan bahawa dengan menambah minyak extra virgin dalam diet pesakit diabetes jenis 2, ada penurunan yang signifikan dalam tahap gula darah, termasuk peraturan tekanan darah.
Selain itu, kajian lain yang dilakukan untuk membuktikan keberkesanan penggunaan minyak zaitun pada pesakit diabetes yang mempunyai luka di kaki mereka. Hal ini menunjukkan bahawa minyak zaitun boleh membantu dalam merawat diabetes jenis 2, baik digunakan secara topikal atau mengambil itu.
4. EVOO dan Pengaruhnya Terhadap Marrow Mass
Sebuah kajian dilakukan untuk membuktikan kesan anti-ostheoporosis dari minyak zaitun extra virgin. Massa sumsum peserta ujian meningkat dengan menambah minyak ini ke dalam diet mereka. Selain itu, EVOO termasuk antioksidan, anti-kanser, dan kesan anti-keradangan.
5. Minyak Zaitun dan Tekanan Darah
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Archives of Internal Medicine majalah menunjukkan bahawa peserta dengan terapi tekanan darah tinggi boleh mengurangkan jumlah ubat mereka setelah termasuk minyak zaitun extra virgin (kira-kira 30-40 gram sehari) ke dalam diet mereka.
Penggabungan minyak zaitun extra virgin dalam diet anda terbukti secara saintifik untuk mengelakkan, merawat, dan bahkan menghalang pelbagai kesan negatif daripada keadaan kesihatan yang berbeza.
Dos berikut diperiksa dalam kajian ilmiah:
Untuk sembelit: 30 ml minyak zaitun
Untuk tekanan darah tinggi: 30-40 ml minyak zaitun extra-virgin hari, sebagai sebahagian daripada diet. Pilihan lain adalah menggunakan 400 mg ekstrak daun zaitun 4 kali sehari.
Untuk kolesterol tinggi: 23 ml minyak zaitun hari (kira-kira 2 sudu makan).
Untuk mencegah penyakit jantung dan serangan jantung: 50 ml per hari. Sebagai sebahagian daripada diet Mediterranean, pengambilan sampai dengan 1 liter mingguan minyak zaitun extra virgin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susahnya apabila berhadapan dengan lelaki yang panas baran. Perkara sekecil kuman pun boleh menjadi besar. Memang susah untuk mengubah mereka. Kita perlu bijak mengawal keadaan apabila berdepan dengan mereka yang panas baran. Apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan teman lelaki atau tunang yang panas baran?
Menurut perunding psikologi keluarga dan guaman Syarie, Suzana Ghazali, hubungan yang terjalin boleh diteruskan dengan teman lelaki atau tunang yang panas baran sekadar dengan cepat marah atau melenting. Boleh cuba bertahan dengan teman lelaki atau tunang yang suka caci maki tetapi fikirkanlah banyak kali jika berdepan dengan teman lelaki atau tunang yang panas baran hingga sampai tahap memukul walau baharu cubaan angkat tangan hendak menampar.
Sukar untuk mengubah sikap orang lain lantaran ubahlah pendirian dan emosi diri sendiri terlebih dahulu.
Berikut dikongsikan lima cara untuk menghadapi teman lelaki atau tunang yang panas baran. Moga ia bermanfaat kepada wanita yang mengalami masalah ini.
Lebih Bersabar
Teman lelaki atau tunang yang panas baran mempunyai sikap kurang sabar. Oleh itu anda sebagai teman wanita atau tunangnya perlulah lebih bersabar. Jika anda juga tidak sabar sepertinya agak susah untuk mengawal keadaan.
Jangan Cari Pasal
Anda perlu tahu segala perkara yang si dia tidak suka. Seteklah mengetahui tentang perkara tersebut maka elakkan daripada melakukan perkara tersebut. Sebaliknya jika perkara yang si dia tidak suka itulah adalah satu keperluan atau tanggungjawab contohnya solat, berlembutlah dalam mengajak, bukan mengajar
Elakkan Lawan Bercakap
Seorang yang panas baran memang tidak suka dilawan percakapannya atau dibangkang. Sebaiknya jika anda rasa perlu untuk mempertahankan pendapat sekali pun, tunggu keadaan yang sesuai. Jangan terus dibantah pada waktu yang sama.
Kenal Pasti Kelemahan
Setiap orang ada perkara yang boleh menyebabkan dia jadi lemah dan mengalah. Sama juga dengan mereka yang memiliki sikap panas baran. Tambahan pula jika si dia terlalu sayangkan anda maka jika dia tiba-tiba marah, anda boleh diam dan pura-pura merajuk. Walau bagaimanapun perlu juga kenal pasti sikap si dia yang lain sebab ada jenis si panas baran yang tidak suka orang merajuk. Tika ini, mungkin anda boleh sekadar mengakui kata-katanya atau senyum dan cuba untuk menukar topik perbualan.
Gunakan Komunikasi Yang Baik
Sentiasa bercakap atau berhubung dengan ayat-ayat yang baik dan lembut. Boleh luahkan rasa suka anda apabila si dia bercakap dengan baik. Nyatakan kerisauan dan ketakutan anda jika si dia berubah sikap menjadi panas baran. Dengan cara tersebut, si dia boleh mengubah sikap apatah lagi jika si dia takut kehilangan anda.
Bantu Si Dia Ubah Sikap
Panas baran berpunca daripada banyak sebab dan boleh ‘ditawarkan’ menjadi lebih dingin dan hilang panas baran tersebut jika si pelaku berkehendak dan dibantu. Si dia mungkin menghadapi tekanan atau mengikut sikap ahli keluarga yang rapat terutama ayah sendiri. Lantaran itu, bantu si dia untuk tahu dan faham mengenai kesan dan akibat daripada sikap panas baran.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita selalu diajar atau didedahkan bahawa aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Ini bermakna belakang telapak tangan ialah aurat yang perlu ditutup. Mungkin kerana itu, kita dapati sebahagian wanita menutup belakang telapak tangan mereka dengan kain. Tambahan, kini sudah ada terjual sarung tangan (hand sock) yang menutup bahagian belakang tapak tangan.
Hakikat yang betul ialah aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan. Ya, seluruh pergelangan tangan tidak aurat. Ini bermakna bukan tapak tangan sahaja tidak aurat malah belakang tapak tangan juga termasuk bukan aurat wanita.
Bagaimana salah faham ini terjadi?
Antata faktornya ialah mungkin kerana pengajar atau penterjemah buku fiqah menterjemahkan secara zahir perkataan al-Kaffain sebagai tapak tangan. Perlu diingati bahawa tersalah menterjemah perkataan bahasa Arab ke dalam bahasa asing sangat memberi kesan besar kepada masyarakat terutama jika melibatkan teks-teks Al-Quran dan Hadith yang mengandungi hukum. Salah satu contoh ialah kes yang sedang dibincangkan ini.
Perkataan al-Kaffain secara zahir memang lah membawa maksud tapak tangan dalam bahasa melayu. Namun begitu, perkataan al-Kaffain menurut ulama’ fiqh dan bahasa Arab ialah tapak tangan zahir dan batin. Telapak tangan yang zahir ialah bahagian luar manakalah telapak tangan batin ialah bahagian dalam.
Ini juga menunjukkan betapa pentingnya memahami teks-teks agama berdasarkan bahasa asal ia diturunkan. Untuk memahaminya, kita perlu merujuk pandangan ulama’ fiqah dan bahasa Arab.
Had pergelangan tangan pula ialah dari jari sehingga tulang al-ku’ (الكوع). Diatas tulang itu maka bukan lagi pergelangan, ia aurat yang perlu ditutup.
Bahagian Telapak Tangan Luar dan Dalam
Had aurat sehingga tulang al-Ku’
Berikut ‘ibarat daripada kitab fiqah
Aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
واعلم أن للحرة أربع عورات: فعند الأجانب جميع البدن.
وعند المحارم والخلوة ما بين السرة والركبة، وعند النساء
الكافرات ما لا يبدو عند المهنة، وفي الصلاح جميع بدنها ما عدا وجهها وكفيها.
(قوله: ظهرهما وبطنهما) بدل من كفين.
وقوله: إلى الكوعين متعلق بمحذوف، أي وحد الكفين كائن إلى الكوعين
(Al-Dimyati, I’anah al-Talibin 1/134)
قال: (ولا ينظر غير الوجه والكفين)؛ لأن غيرهما عورة، ولأنها المواضع التي تظهر من الزينة المشار إليها بقوله تعالى:} ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها {، وعلله الماوردي بأن في الوجه ما يستدل به على الجمال، وفي اليدين ما يستدل به على خصب البدن ونعومته.
وهذه العلة تفهمك أن المراد بالكف: من مبتدأ رءوس الأصابع إلى الكوعين ظهراً وبطناً، وهو الذي حكاه جمهور الأصحاب هنا.
وفي “تعليق” القاضي الحسين: أن من أصحابنا من قال: [ظهرهما] عورة كظهر القدمين، وقد حكاه الرافعي في كتاب النكاح.
وقال المزني: ظهر القدمين ليس بعورة كظهر الكفين، ولأنه مكشوف في العادة؛ فلم يلزمها ستره؛ كالوجه والكفين.
وبعض الأصحاب ألحق أخمص القدمين ببطن الكفين حكاه الفوراني وغيره من أصحاب القفال عن روايته.
قال الروياني: ويقال: إنه حكاه قولاً في المسألة.
والمذهب الأول؛ لما ذكرناه؛ فإن من ضرورة ظهور الكف ظهور ظهره، وفي تكليف ستر البطون فقط مشقة أشد من مشقة ستر الجميع، وأما أخمص القدمين فمستوران في الغالب، وكذا ظهر القدمين؛ ولهذا لم يجب على المحرمة كشفهما مع أنه ورد عن أم سلمة أنها قالت: قلت: يا رسول الله، أتصلي المرأة في درع وخمار، وليس عليها إزار؟ فقال: “نَعَمْ، إِذَا كَانَ سَابِغاً يُغَطِّي ظُهُورَ قَدميها”. رواه أبو داود.