Sepanjang musim PKP ini, kami pasti anda di rumah kerap makan, makan dan makan. Perut asyik lapar je, mulut pun asyik nak mengunyah. Mungkin kebosanan membuatkan kita kerap lapar dan asyik nak makan je.
Namun, berhati-hatilah dengan pengambilan kalori kita. Terlebih kalori, badan pun boleh naik. Jadi, apa kata amalkan pengambilan air rebusan epal hijau dan serap yang amat berkesan untuk mengempiskan perut.
Petua ini telah dikongsi oleh Miera Nordin di laman Facebooknya. Katanya petua ini memang berkesan. Jom kita amalkan sepanjang PKP berlangsung. Tidaklah risau perut semakin buncit dan badan semakin mengembang nanti.
Sumber: Miera Nordin