Penjagaan Diri

Minuman Awet Muda, Bakal Pengantin Boleh Campur Epal Dan Pegaga Buat Minum

Share

Bakal pengantin yang nak awet muda, boleh amalkan minuman epal dengan pucuk pegaga jadikan jus. Sungguh ini membantu buat kulit wajah anjal dan anti kedut dalam masa jangka yang panjang.

Sungguh, orang dulu-dulu pun banyak amalkan minuman berkhasiat macam ini, Jadi rugi kalau anda tak cuba!

Campur Epal Dengan Pucuk Pegaga

Cara alami ini lebih selamat diamalkan daripada menggunakan sebarang produk yang boleh membahayakan kesihatan atau kulit anda. Bahan-bahannya juga mudah diperolehi dan dijamin selamat.

Perkongsian dari facebook Petua Ibu ini memberitahu jus pegaga hijau pekat ini sangat sedap dan seperti jus epal.

Bahan-bahan:

Segenggam pucuk pegaga

Sebiji epal

Secawan air

Sedikit susu pekat (jika mahu)

Kisar semua bahan ini hingga hancur.

Cara Membuat:

  1. Kisar semua bahan hingga hancur. Tambahkan sedikit susu untuk memberi sedikit kemanisan.

2. Boleh diminum seperti biasa. Rasanya yang sedap membuatkan anda tidak akan berhenti meminumnya.

Owh ya, kalau amalkan minuman ini secara konsisten, hasilnya kulit wajah kekal awet muda, flawless dan glowing.

Published by
Nadia