Bagi memenuhi permintaan bakal pengantin yang masih meninjau keperluan kahwin, baru-baru ini berlangsung Lokal Kahwin Fest 2018  di Dewan  Seri Amar, Kemaman Terengganu. Kira-kira 100 vendor perkahwinan menyertai dalam acara ini. Bagi memeriahkan acara ini, turut dianjurkan Pertandingan Andaman dan Busana Pengantin. Biarpun pertandingan ini pertama kali diadakan namun sambutan yang diterima amat menggalakkan dari serata negeri.

Seramai  22 orang peserta yang menyertai  pertandingan Andaman dan Busana Pengantin ini. Rata-rata dari mereka datang dari pelbagai negeri antaranya Johor Baharu, Kuala Lumpur, Pahang dan Kuala Terengganu.Pertandingan ini adalah secara berpasukan di mana satu team terdiri daripada Mua, pereka busana dan model.

Tema modern bridal look dipilih bagi sesi pertandingan ini. Setiap peserta diberi masa satu jam 30 minit untuk menyiapkan model masing-masing mengikut tema yang ditetapkan. Pertandingan ini diadili oleh juri profesional iaitu Mua selebriti Aizat Abdul Razak, pereka fesyen Raff Rafael dari raff Rafael Couture dan Ketua juri  Mariam Shukor, Editor Pesona Pengantin.

Penjurian terbahagi kepada mekap 35%, busana 35% dan model 30%. ” Pemilihan pemenang mesti mengikut tema yang ditetapkan iaitu modern look wedding. Selain itu kekemasan dan kreativiti peserta paling dipentingkan. Konsep more to English Wedding…less is more,” jelas Raff

Ternyata setiap Mua tampil dengan teknik dan kepakaran masing-masing dalam menyolek wajah model mereka. Terserlah indah wajah model masing-masing selepas dirias. Sebaik menyarungkan busana pengantin, model -model ini nyata anggun dan mempersonakan.

Rambang mata melihat keindahan yang dipersembahkan oleh setiap peserta. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Setelah diamati dan diadili oleh barisan juri profesional sebulat suara memilih Mua Rizz Yahya, Designer Crystal by Naim dan model Yaya sebagai pemenang pertama. Mereka menerima wang tunai RM1500 beserta trofi dan hamper.

Pemenang kedua ialah Mua Syaff Aziz, Ratu Sehari Bridal dan model Sofea menerima hadiah wang tunai RM 1000 beserta trofi, sijil dan hamper. Manakala pemenang ketiga ialah Mua Omar Azmi, Teratak Bridal dan model Waa dengan wang tunai RM800, trofi dan hamper.

Tanpa penaja, majlis ini tidak akan semeriah ini. Terima kasih kepada pihak penaja utama iaitu Shasha Wedding Galleryz dan Alnnajah Exclusive. Sesungguhnya majlis anjuran AQJ EVENT, Puan Shereen  Rahman ( CEO), Awie Entertainment & Events Management dan Mohd Zawawi Ahmad ini menjadi platform terbaik buat mua dan pereka busana menonjolkan kepakaran mereka dalam pertandingan seumpama ini.

Ads
Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018
Majlis perasmian Lokal Fest 2018
Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018
Tetamu VIP beramah mesra ke setiap booth.

 

Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018
Mua sibuk merias model mereka.

 

Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018
Mua sedang sibuk menyolek model dengan teknik dan kepakaran masing-masing.

Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018

Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018
Mua Aizat selaku juri sedang meneliti mekap yang ditampilkan oleh mua.

 

Ads
Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018
Barisan juri profesional Mua Aizat, Raff Rafael dan Editor Pesona Pengantin, Mariam Shukor

 

Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018
Pereka busana- Raff Rafael Couture selaku juri meneliti busana dan mekap yang ditampilkan.

Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018

Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018

Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018

Ads

Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018

 

 

Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018

 

Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018
Tahniah buat pemenang.
Modern Look Wedding Di Pertandingan Andaman & Busana Pengantin Lokal Kahwin Fest 2018
Mua Rizz Yahya, Designer Crystal by Naim dan model Yaya sebagai pemenang pertama. Mereka menerima wang tunai RM1500 beserta trofi dan hamper.

 

Sumber foto: Smart Figure Production

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI