Mood Swing Itu Tanda Anda Seorang Wanita Yang Masih Subur

Share

1. Keputusan positif OPK

Jika anda ingin mengetahui jawapan yang paling  tepat sama ada anda sedang subur atau pun tidak, anda boleh mendapatkan alat pengesan kesuburan atau ‘ovulation predictor kit’ (OPK). Alat ini akan menunjukkan peningkatan hormon LH melalui air kencing, iaitu cara penggunaan yang serupa dengan alat penguji kehamilan.

2. Suhu Tubuh Meningkat

Proses ovulasi menyebabkan suhu basal tubuh meningkat. Untuk menggunakan kaedah ini, anda pelu mengambil suhu badan setaip hari, sebaiknya wewaktu bangun tidur. Ambil suhu pada waktu yang sama setiap hari untuk ketepatan. Catat.

Oleh kerana peningkatan suhu badan tidak begitu ketara, pastikan anda menggunakan termometer yang tepat & stabil bacaannya iaitu termometer basal. Biasanya, semasa tubuh mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.

3. Sakit pinggang

Sebanyak satu per lima wanita berasa sakit pinggang semasa waktu subur. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai sakit pinggang sebelah atau keradangan di tempat spesifik. Keadaan ini dipanggil “mittelschmerz” (sakit di tengah). Ianya boleh berlaku selama beberapa minit sehingga beberapa jam.

4. Perut kembung

Perut anda akan terasa kembung menjelang waktu subur. Ini berlaku kerana berlakunya perubahan hormon estrogen & progesteron dalam badan.

5. Perut buncit

Selain perut kembung, perut anda juga akan kelihatan sedikit buncit. Ini berlaku kerana meningkatnya kandungan gas dalam perut akibat kekembungan.

6. Lendiran faraj & keputihan yang  jernih

Sewaktu subur, anda akan perasan keluarnya lendiran faraj yang berupa keputuhan jernih tanpa bau. Ianya tidak begitu melekit. Lendiran faraj ini boleh diumpakan seperti putih telur. Fungsi lendiran faraj ialah untuk memudahkan sperma berenang menuju ke arah ovum.

7. Merasa Lebih Ghairah

Satu lagi tanda subur yang ramai wanita tak perasan ialah  peningkatan nafsu syahwat atau Libido. Anda akan berasa lebih ghairah dan mudah terangsang. Pada waktu ini, pasangan anda akan kelihatan lebih menarik dan menggoda. Anda juga akan berasa lebih seksi & perasan cantik.

Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga sebenarnya memberikan tanda-tanda kepada suami bahawa anda sedang subur. Anda akan kelihatan lebih menawan dimata suami. Bau badan anda juga lebih harum dan seksi pada suami.

8.Mood swing

Biasanya mood swing dikaitkan dengan PMS atau tanda nak datang bulan. Yang sebenarnya, mood anda yang tidak menentu juga adalah salah satu tanda anda sedang subur.

Selain mengatahui tanda-tanda waktu subur wanita di atas, ada baiknya untuk anda mengetahui cara mengira waktu subur. Berikut adalah cara kira waktu subur selepas haid dengan tepat dan mudah. Untuk mengetahui waktu subur, terdapat 2 perkara yang perlu anda tahu:

  • Ketahui kitaran terpendek anda. Contoh: 27 hari. Kurangkan jumlah angka ini dengan 18. Hasilnya: 9. Nombor ini mewakili hari pertama anda berada pada waktu subur.
  • Ketahui kitaran terpanjang anda. Contoh: 30 hari. Kurangkan jumlah angka ini dengan 11. Hasilnya: 19. Nombor ini mewakilihari terakhir anda dalam waktu subur.

OLEH : Nurul Kasmadillawati Zakaria

Published by
Kim