MUA Bellaz Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10, Kongsi ‘Look Anniversary’ Mekap Persis Pengantin Baru

Share

Membuat tutorial live mekap di Facebook sambil membebel panjang, itulah trademark bagi juru solek MUA Bella atau nama sebenarya Nur Nabilah Zulyadaini. Nama besar MUA Bellaz dalam dunia solekan tidak usah dipertikaikan lagi.

Ramai yang mengetahui bahawa tidak mudah untuk Bella mencapai kejayaan seperti yang digapainya hari ini. Bella memulakan kerjayanya dari bawah. Daripada langsung tidak dikenali oleh sesiapa pun kini sebut sahaja MUA Bellaz semua orang tahu siapa yang dimaksudkan.

Ibu kepada empat orang cahaya mata ini bukan sahaja seorang ibu yang penyayang tetapi juga isteri yang sentiasa menjadi penyejuk hati suaminya. Malah dalam tutorial live mekapnya juga  kelihatan sekali-sekala si suami menyakat isteri kesayangannya itu.

Dalam satu hantaran dilaman Instagramnya, Bella berkongsi ‘look’ mekap wajahnya sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun.

Berikut coretan Bella:

“Salam subuh ..nak upload siap-siap hehe makeup live malam tadi haa ..look Anniversary kami berdua yang ke 10 tahun. Setahun sekali nak buat look ni kasi chan sikit lalu sat na 😁 rasa mcm baru lepas ni padahaiii 👉🏻👉🏻 4org duk tnggu tgkk kt depan hahahha.”

Ini antara ‘look’ mekap yang ditonjolkan oleh Bella:

 

Kenangan hari ini tidak akan sama dengan kenangan esok. Jadi, ciptalah momen yang indah setiap hari.

Sumber: Instagram Mua Bellaz

Published by
Hasliza