Buah ikonik yang sinonim dengan Pesta Halloween ini merupakan tumbuhan yang berasal dari benua Amerika. Labu kuning kaya dengan kandungan khasiat yang penuh bermanfaat, di antaranya anti-oksidan, vitamin A, vitamin C, vitamin E dan juga serat. Selain enak dijadikan sebagai santapan, buah yang satu ini juga bermanfaat untuk merawat kecantikan kulit.

1. Mengatasi Masalah Jerawat
Selain mengandungi vitamin C dan vitamin E, labu kuning juga memiliki kandungan khusus sebagai anti-inflamasi yang baik dalam mengatasi masalah jerawat. Jika ketika ini kulit anda sedang berjerawat, mengalami kegatalan ataupun radang, cubalah gunakan labu kuning untuk mengatasinya. Caranya cukup mudah. Selain boleh dimakan secara langsung, anda juga dapat membuat topeng wajah menggunakan buah yang satu ini dengan menghancurkannya hingga halus, lalu oles terus ke bahagian kulit yang sedang bermasalah.

2. Melawan Radikal Bebas

IKLAN

Mudahnya Nak Cerahkan Kulit, Rahsianya Hanya Guna Labu! Ini 5 Manfaat Yang Anda Perlu Tahu

Salah satu manfaat labu kuning lainnya yang boleh anda peroleh ialah untuk melawan tanda-tanda penuaan di kulit akibat serangan radikal bebas. Seperti yang telah diketahui, pencemaran, asap rokok, dan sinar UV yang anda sering hadapi setiap hari akan sangat berpotensi mendorong timbulnya tanda penuaan serta kerosakan jaringan kulit. Oleh itu, menambahkan labu kuning ke dalam rutin penjagaan kulit anda sangatlah digalakkan.

IKLAN

Ini kerana kandungan anti-oksidan, vitamin A, dan vitamin E pada labu kuning mampu menjaga keanjalan, serta melawan bahaya radikal bebas yang membahayakan kulit. Anda dapat memanfaatkan labu kuning sebagai masker semula jadi juga. Caranya mudah, hanya campurkan labu kuning yang telah dihaluskan dengan satu sendok teh madu. Lalu, oleskan ke seluruh bahagian wajah selama 20 minit. Setelah itu, bilas dengan air hingga tidak ada lagi topeng yang tersisa.

3. Mencerahkan Kulit
Selain mampu mengawal radikal bebas, labu kuning juga mengandungi enzim yang fungsinya mirip dengan kandungan alpha-hydroxy yang kerap dijumpai pada produk-produk pencerah kulit. Kandungan enzim ini bekerja secara efektif mengingkir sel kulit mati yang menjadi penyebab utama kekusaman di wajah. Selain itu, labu kuning juga memiliki kandungan beta karoten daripada vitamin A dan vitamin C yang mampu membaiki jaringan kulit.

IKLAN

4. Melembapkan dan meremajakan kulit
Kulit anda kering atau kerap timbul dry patches di beberapa bahagian wajah yang cukup mengganggu? Cuba atasi masalah tersebut dengan topeng labu kuning. Kandungan vitamin E dan anti-oksidan yang pada buah ini dipercayai dapat melembapkan serta meremajakan kulit. Dengan rutin menggunakan topeng labu kuning dua kali dalam seminggu, kulit pun akan terasa jauh lebih sihat dan lembap.

5. Mengawal pengeluaran minyak
Punya masalah dengan lebihan minyak di wajah? Jangan bimbang! Hanya dengan menggunakan topeng labu kuning yang telah dicampurkan dengan beberapa titis cuka epal masalah tersebut pun akan dapat diatasi. Ini kerana labu kuning memiliki kandungan zinc yang dapat mengurang kan lebihan minyak penyebab timbulnya jerawat. Selain itu, kandungan asid pada cuka epal juga mampu memaksimumkan proses pengurangan sebum dengan menyerap lebihan minyak yang muncul di permukaan kulit.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI