Esok merupakan acara penting kerana anda bakal menjadi pengapit rakan baik. Namun secara mendadak muncul jerawat bengkak merah di wajah. Bayangkan anda tampil di acara keesokan harinya dengan titik merah di wajah yang menarik perhatian. Pasti sungguh memalukan!
Antibiotik seperti tetracycline, doxycycline, minocycline dan erythromycin mungkin mengurangkan kemerahan pada jerawat tetapi memerlukan beberapa hari untuk mendapatkan kesan yang memuaskan. Apakah cara bijak untuk menghilangkan jerawat hanya dalam tempoh semalaman sahaja?
KENAPA JERAWAT MENJADI KEMERAHAN?
Kemerahan pada jerawat bukanlah satu luka kerana ia satu peradangan. Kemerahan pada jerawat berlaku disebabkan oleh sebum berlebihan pada dinding folikel. Dalam pori-pori, sebum bercampur dengan sel kulit mati dan menyebabkan penyumbatan pada pori-pori kulit. Perkara ini menyebabkan bakteria jerawat muncul dan radikal bebas merosakkan jaringan yang menyebabkan radang serta kemerahan.
Jika infeksi tidak berkembang, kemerahan akan hilang dengan sendirinya. Namun, jika warna merah ini tidak berubah setelah setahun, kemungkinan itu adalah luka bekas jerawat.
CARA SEGERA MENGHILANGKAN JERAWAT
Ada dua keadaan penting sebelum anda mengetahui cara-cara untuk menghilangkan kemerahan pada jerawat dalam tempoh semalam.
Ada beberapa rawatan semula jadi yang efektif dan sederhana boleh anda praktikkan di rumah dengan cara segera serta mudah bagi mengurangkan kemerahan pada jerawat.
CARA 1: AIS BATU
Bagi menghilangkan jerawat yang merah, cara pantas ialah dengan menggunakan ais batu. Gunakan kain untuk menampung beberapa ketulan ais dan letakkan pada bahagian wajah yang kemerahan. Biarkan selama beberapa minit. Ulang hingga kemerahan itu berkurangan. Pastikan anda tidak menekannya terlalu kuat kerana ia boleh melukakan jerawat dan menyebabkan bakteria menyerang di bahagian tersebut.
CARA 2: UBAT TITIS MATA
Ubat titis mata seperti Visine mengandungi tetrahydrozoline hydrochloride yang dapat membantu menghilangkan kemerahan pada jerawat dengan cepat. Letakkan kapas yang sudah dibasahi dengan ubat titis mata yang disimpan dalam peti sejuk. Biarkan selama semalaman. Keesokan paginya, letakkan kapas tersebut di atas jerawat selama beberapa minit. Ketika cairan menyerap ke dalam kulit, akan ada penyempitan sementara di pembuluh darah. Keadaan ini akan membuat kemerahan pada jerawat berkurang. Jika kemerahan tidak berkurangan, ulangi cara yang sama.
CARA 3: ASPIRIN
Aspirin bukan hanya untuk mengubati sakit kepala. Aspirin mengandungi kandungan salisilat yang boleh mengurangkan radang dengan cara mengelupas kulit dan kemerahan melalui penyempitan pembuluh darah. Untuk mengatasi kemerahan pada jerawat dalam waktu yang singkat, belah aspirin menjadi separuh dan tambahkan air. Kemudian, oleskan pada bahagian jerawat. Gunakan plaster untuk melindunginya. Biarkan selama 30 minit.
CARA 4: UBAT GIGI TANPA MINT & TANPA FLOURIDA
Ubat gigi merupakan salah satu ubat yang sering disebut dalam mengatasi kemerahan pada jerawat. Kandungan silica yang ada dalam ubat gigi membantu mengeringkan jerawat. Namun, sebaiknya anda tidak menggunakan ubat gigi yang mengandungi mentol atau flourida. Bahan ini tidak hanya mengakibatkan kegatalan pada kulit tetapi juga akan menyebabkan munculnya lebih banyak jerawat.
CARA 5: BARANG MEKAP
Anda juga boleh menggunakan barang mekap untuk menyembunyikan kemerahan. Kini banyak kosmetik yang tidak berminyak. Pilih kosmetik dengan bahan mineral yang menggunakan silica, titanium dioksida dan zink oksida kerana bahan-bahan ini tidak menggatalkan kulit. Malah bahan ini juga efektif untuk menghilangkan minyak dari kulit dan menutupi kemerahan.
Bila anda menggunakan concealer untuk menyamarkan kemerahan, gunakan yang berwarna hijau kerana ia kontras dengan warna merah pada jerawat, selain membuatkannya kelihatan samar. Taburkan bedak setelah anda memakai concealer untuk menyamaratakan warna kulit anda dan mencegah lunturnya mekap.
Walaupun kemerahan pada jerawat boleh mengganggu penampilan, namun perkara ini tidak seburuk luka yang ditinggalkan setelah berjerawat. Perlu diingatkan, cara menghilangkan jerawat secara pantas ini tidak akan mengurangkan risiko terbentuknya luka bekas jerawat. Anda perlu mengubati jerawat sebaik mungkin untuk mencegah terjadinya luka.