Mudahnya Suami Nak Gembirakan Hati Isteri, Bawa Pergi Kedai ECO Je Pun Dah Rasa Seronok

Share

Tanggungjawab seorang suami bukan sekadar menyediakan keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi sahaja kepada isteri tetapi juga daripada segi menjaga perasaan isterinya.

Menghiburkan isteri juga antara tanggungjawab suami. Ia dianggap sebagai salah satu nafkah seorang suami kepada isterinya.

Melalui perkongsian Taufiq Razif yang merupakan Penulis dan Pendidik Ilmu Keibubapaan, tidak perlu pun keluarkan ‘belanja yang mahal’ untuk menghiburkan isteri. Ikuti perkongsiannya.

Punya la bahagia isteri saya baru ni.

Baru ni kami kebetulan lalu sebelah kedai Eco. Tiba-tiba dia menonong je masuk ke kedai Eco. Macam budak kecik yang laju je meluncur ke depan kalau mak ayah tak pimpin dia punya tangan.

Saya perhati je mimik muka dia bila masuk ke ke situ. Ceria lain macam! Padahal shopping dekat Eco je pun. Tapi dia punya suka tu lain macam.

Sebenarnya dia bukan tengok harga sangat. Dia cuma nak ‘break the routine’ je.

Photo by Box Water Is Bette
r from Unsplash

Perempuan ni kita kena faham, rutin harian dia banyak berputar di anak, ampaian, singki dan rumah.

Kadang benda tu buatkan dia naik jemu. Rasa macam mati akal nak buat apa padahal kerja berlambak lagi nak kena buat.

Tu tanda dia dah mula tepu la tu. Jadi caranya adalah bawak je isteri pergi shopping ke jalan-jalan taman bunga ke pergi zoo ke pergi pantai ke.

Kredit foto: Pexels

Tak perlu bagi alasan benda tu semua menghabiskan duit. Ingat, jaga suasana hati isteri ni adalah tanggungjawab seorang suami juga. Tu yang ramai tak tahu.

InsyaAllah bila isteri makin tenang dan bahagia dia akan makin mudah untuk bahagiakan suami dan anak anaknya.

Percayalah, masa tu tak payah dan nak suruh itu suruh ini, depa sendiri yang akan buat yang terbaik untuk pasangannya!

Sumber kredit: Taufiq Razif Kredit foto (top image): Pexels

Published by
Hasliza