Jerawat oh jerawat. Masa jerawat datang, susah sangat nak hilangkan. Bila hilang, dia tak pulak betul-betul hilang. Ada pulak meninggalkan parut. Di sini ada 10 tips yang saya kompilasikan untuk kita sama-sama hilangkan parut jerawat yang mengacau tu.
- Aloe Vera atau Lidah Buaya
Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Aloe Vera juga bersifat lembut, maka susah nak overdose walaupun letak banyak-banyak. Tapi tak perlu banyak pun, sikit cukup. Lidah Buaya boleh didapati di farmasi, tapi kalau tanam sendiri pun dia senang tumbuh. Caranya: patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.
- Baking Soda
Atau nama lainnya natrium bikarbonat. Bahan ni ada dalam semua rumah, sebab banyak kegunaannya. Antaranya meghilangkan parut jerawat. Khasiatnya: Baking soda ini menyerap masuk ke dalam pora kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik. Caranya: Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat. Bagi pekat, macam pes. Lumurkan campuran ini ke muka anda di mana paling banyak parut. Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.
- Minyak kelapa dara
Di pasaran sekarang terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Sememangnya ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tak menggunakan haba. Caranya: titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat. Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan cleanser biasa
- Timun
Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium – semua yang terbaik untuk kulit anda. Caranya: hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.
- Madu
Semua sedia maklum bahawa madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tak petua ni tak jadi. Caranya: madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!
- Lemon
Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat. Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
- Ubi Kentang
Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah. Caranya: hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.
- Bedak sejuk
Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora, dua punca utama jerawat. Caranya: tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. Pagi sebelum solat Subuh basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
- Air tebu
Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon tadi. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru. Caranya: campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.
- Vitamin E
Yang ini paling mudah. Semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang vitamin penjaga kulit.
Caranya: Pecahkan kapsul vitamin E yang dibeli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka yang berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dengan moisturizer.