Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah mencetuskan kebimbangan global. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menyekat penularan wabak ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menyebarkan informasi sebagai panduan seluruh rakyat Malaysia.
Antara langkah-langkah pencegahan yang disyorkan adalah mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan dan memakai pelitup muka bila berada di tempat-tempat awam.
Atas dasar ini juga, Karangkraf Medicare mengambil inisiatif untuk menghasilkan pelitup muka yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya.
Pelitup muka Karangkraf setakat ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019. Ujian yang dijalankan oleh Eurofins Lab ini membuktikan pelitup muka Karangkraf Medicare mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus melayakkan pelitup muka yang dihasilkan mencapai gred ‘MEDICAL’.
Tagline ‘Suci dan Bersih’ diguna pakai sebagai langkah bagi memperkuatkan lagi jenama pelitup muka Karangkraf Medicare. Malah, Karangkraf Medicare diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih dan terjamin dari segi pembuatannya.
Istimewanya, pelitup muka Karangkraf Medicare ini terletak pada ‘Hygiene Case’ yang didatangkan bersama set Karangkraf Plus.Tujuan utama diperkenalkan ‘Hygiene Case’ ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kebersihan pelitup muka di samping mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara penyimpanan dan pembuangan pelitup muka yang betul.
Ads
Rata-rata, rakyat Malaysia tidak mengambil berat cara menyimpan pelitup muka dengan betul. Tabiat ini akan menyebabkan kuman tersebar sekali gus memudaratkan kesihatan.
Berikut adalah 6 tema menarik ‘design’ bagi ‘Hygiene Case’:
Di pasaran, pelitup muka Karangkraf Medicare ini didatangkan dalam dua set iaitu set KARANGKRAF dan set KARANGKRAF PLUS.
Set KARANGKRAF:
Mempunyai 30 keping pelitup muka dalam satu kotak.
Ada 6 pilihan 'design' kotak.
RM24 sekotak
Ads
Set KARANGKRAF PLUS:
Mempunyai 10 keping pelitup muka dalam satu kotak.
Ada 6 pilihan 'design' kotak
Disertakan bersama 10 keping ‘Hygiene Case’. Setiap pelitup muka dipek dengan teliti di dalam ‘Hygiene Case’ yang berasingan.
Ada 6 'design' ‘Hygiene Case’ (diberi secara rawak di dalam setiap kotak).
Berharga RM10 sekotak
Pelitup muka Karangkraf kini boleh didapati secara online di :
www.karangkrafmall.com
atau boleh datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada yang berkahwin tinggal sebilik dan serumah, tetapi hakikatnya hati bercerai. Ini lah yang berlaku dalam realiti kehidupan seseorang.
Perasaan mulai tawar sebab terlalu lama makan hati atau mungkin berkait dengan beberapa punca yang ditulis oleh saudari Hanie Henna ini:
Berkahwin Tinggal Sebilik
1. Nampak harmoni tetapi sebenarnya rumah tangga yang dijalani terasa tawar dan hambar yang sudah kritikal.
2. Perkahwinan masih terikat, tetapi jiwa dan raga tidak pernah rapat.
3. Akhirnya kita mampu melakukan sesuatu yang normal dengan sendirinya.
4. Perbincangan hanya terhad kepada keperluan sahaja.
5. Tidak melibatkan pasangan dalam membuat sebarang keputusan dan tidak sekali-kali meminta pendapat.
6. Masih suami isteri tetapi tidak lagi mengambil berat antara satu sama lain.
7. Masing-masing sibuk dengan dunia dan hobinya hadir pula rasa sunyi dan sibuk menanggung luka batin.
Sebenarnya perkahwinan adalah untuk mencari pendamping BERSAMA, berganding bahu untuk mencari penyelesaian, memberi semangat kepada satu sama lain tanpa menyalahkan satu sama lain tetapi sebenarnya kita dituntut untuk sentiasa kuat, kuat untuk menerima bahawa hidup ini singkat dan sangat panjang jika menjalani kehidupan dengan orang yang salah.
Semoga pembaca setia di sini, rumah tangganya sentiasa diberi ketenangan dan kedamaian, dapat mengharungi masalah dengan tenang, saling mendoakan dan tidak pernah berniat untuk melepaskan satu sama lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak lengkap bila majlis kahwin yang berhias dengan dekorasi menarik ditambah dengan pasangan pengantin yang sudah cantik bergaya tanpa rakaman foto oleh jurufoto profesional. Ada yang menganggap jurufoto tidak penting tetapi hakikatnya amatlah rugi gambar yang diambil hasilnya tidak menarik jika bukan di kalangan profesional yang mengambilnya.
Tidak dinafikan mengupah seorang jurufoto memerlukan kos tertentu. Agar gambar kahwin anda yang beri hasil yang membanggakan, ikut tip berikut sebagai panduan.
Pilih jurufoto yang profesional
Tengok hasil kerja yang dilakukan oleh jurufoto yang akan anda bayar. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang mungkin berkenaan pakej yang ditawarkan. Berbincanglah dengan jurufoto gambar yang bagaimana yang anda inginkan. Gabungan idea bersama dengan jurufoto dapat menghasilkan output yang terbaik. Semasa perbincangan ini anda sudah dapat menilai sejauh mana kepakaran jurufoto itu.
Rancang aturcara majlis perkahwinan dengan sempurna
Agar majlis tidak menjadi kacau bilau, rancang aturcara majlis perkahwinan dengan teratur, pastikan setiap acara diberi waktu yang secukupnya. Sebaiknya berikan satu salinan aturcara majlis. Tugaskan seseorang untuk membantu jurufoto dan memperincikan lokasi setiap acara. Dengan ini, jurufoto dapat merancang posisi-posisi dan sudut-sudut yang menarik untuk mengambil gambar perkahwinan anda.
Bakal pengantin pastikan cukup rehat
Menjelang hari majlis perkahwinan, pastikan yang bakal pengantin mendapat rehat yang secukupnya. Agihkan kerja-kerja kepada yang lain. Jangan pula semua bakal pengantin selesaikan. Ini untuk memastikan bakal pengantin kelihatan segar dan berseri di sepanjang gambar anda dirakamkan.
Ambil gambar dahulu
Selesai sahaja disolek, sebaik-baiknya ambil dulu beberapa keping gambar portrait. Waktu selepas disolek adalah waktu terbaik untuk mengambil gambar. Luangkan sedikit masa untuk jurufoto anda mengambil gambar. Jika ambil lewat, bimbang pengantin akan keletihan dan solekan telah cair atau kusam. Hasilnya, gambar sudah semestinya nampak tidak menarik.
Berlatih untuk senyum dan bergaya
Sebelum majlis perkahwinan, berlatihlah di depan cermin untuk senyum dan bergaya (posing). Jangan nanti pada hari majlis perkahwinan, anda kelihatan masam dan kaku. Ini akan mencacatkan gambar perkahwinan anda.
Sabar menanti gambar disiapkan
Apabila berakhirnya majlis perkahwinan, biasanya jurufoto memerlukan masa satu ke dua minggu untuk menyiapkan gambar anda. Bersabarlah dan beri peluang jurufoto menyiapkan semuanya. Jangan mendesak jurufoto untuk menyiapkan semuanya dengan cepat. Bimbang nanti akibat tergesa-gesa, hasil gambar kahwin anda kabur, gelap dan tidak menarik.
Sumber : http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
rIsteri solehah merupakan penyejuk jiwa dan harta dunia akhirat buat seorang suami. Siapa tak mahu memiliki isteri yang mendengar kata, baik budi bahasa, santun akhlaknya. Tapi untuk membentuk seorang wanita menjadi isteri solehah ini, ada satu senjata yang suami perlu amalkan iaitu doa seorang suami
DOA SEORANG SUAMI.
Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.
.
Pernah terfikir tak, bila isteri buat “perangai”, asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?
.
Percayalah doa seorang suami itu mustajab.
Doakanlah isteri jadi seorang yang “haalim” iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.
.
Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya.
Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.
.
.
Kredit : Aisyah Huraiyah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!