Mulianya Hati Suami Ini, ‘Hadiahkan’ Belakangnya Untuk Isteri Solat Sunat Selepas Selesai Tunaikan Tawaf

Share

Tanggungjawab seorang suami bukan hanya menyediakan tempat tinggal, pakaian, makan minum dan keperluan isteri tetapi termasuklah juga membahagiakan jiwa seorang isteri. Rumah tangga yang dikemudikan oleh seorang suami yang baik akan menjadikan kehidupan hidup sebagai suami isteri lebih bahagia.

Melalui satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Fetrah Abu Samah berkongsi tentang satu momen yang sempat dirakamnya ketika berada di Tanah Suci Makkah.

Pengorbanan seorang suami.

Gambar ini saya ambil di depan Maqam Ibrahim, tempat jemaah melakukan solat sunat tawaf setelah selesai melaksanakan tawaf. Sangat-sangat menyentuh hati.

Pada hemat saya isteri mungkin sakit kaki/lutut dan tidak dapat sujud namun tiada kerusi disediakan di dataran kaabah. Atas kegigihan sang isteri melaksanakan tawaf 7 pusingan tanpa bantuan kerusi roda, akhirnya sang suami menghadiahkan belakangnya sebagai kerusi untuk isteri bersolat.

Sungguh indah dan mengharukan pemandangan. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Juga amalan ikhlas semua jemaah (termasuk saya) diterima Allah SWT.

Pengorbanan seorang suami yang begitu menyentuh hati. Tidak kira ketika sihat mahupun sakit, seorang suami yang bertanggungjawab akan sentiasa memudahkan urusan isterinya termasuklah dalam soal amal ibadah.

Moga kisah ini menjadi contoh untuk semua di luar sana. Perkara yang baik elok kita terapkan dalam kehidupan harian.

Sumber: Fetrah Abu Samah  via Group Umrah Kredit foto (background top image) Pexels

Published by
Hasliza