Sedia maklum, rezeki dan takdir kita di dunia ini adalah berbeza daripada orang lain di sekeliling. Adalah tidak baik jika seseorang mempersoalkan nasib diri sendiri dan lebih menjengkilkan apabila ada antara kita yang gemar sangat ‘membanding-bandingkan’.
Untuk pengetahuan anda, rezeki yang tuhan beri pada kita adalah pinjaman semata-mata bahkan dalam rezeki yang kita perolehi itu terdapat bahagian orang lain, sebab itulah kita disunnahkan untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang lain. Jadi, janganlah riak dan janganlah terlalu takut (kedekut) untuk bersedekah kerana ia tidak akan mengurangkan harta seseorang malah akan bertambah lagi dengan izin Allah s.w.t.
Harus diingat sebelum bersedekah, adalah lebih baik jika didahulukan buat diri sendiri dan kaum keluarga. Jika anda benar-benar mempunyai rezeki yang lebih setelah mendahulukan diri sendiri dan melengkapi keperluan keluarga terdekat, barulah boleh bersedekah pada mereka yang memerlukan kerana Islam tak meminta kita untuk menyiksa diri demi membuat kebaikan.
Ya, bersedekah adalah salah satu cara bagaimana anda boleh menambah rezeki, bukan sahaja dalam bentuk material malah pahala amalan untuk saham di akhirat kelak.
#Dari Abu Hurairah: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda
“Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah, melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” (HR Muslim dan Tirmidzi)
#Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda
“Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal, maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan ‘tangan’ kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung.” (HR Bukhari dan Muslim)#Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah.
Para sahabat bertanya: ‘Jika tidak mampu ya Rasulullah?’ Baginda menyatakan: ‘Maka hendaklah dia berusaha sendiri (bekerja dengan tangannya) yang dapat memberi faedah kepada dirinya dan dengan yang demikian dia dapat bersedekah.’
Mereka bertanya lagi: ‘Jika dia masih tidak sanggup (tidak mampu bekerja)? Jawab nabi: ‘Maka hendaklah dia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan.’
Tanya sahabat lagi: ‘Jika sekiranya dia tidak dapat berbuat demikian?’ Jawab nabi: ‘Maka hendakah dia (mengerjakan kebaikan dan) menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika dia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah juga dianggap sedekah.” (Riwayat Bukhari)
Bila berbicara tetang rezeki, ramai yang salah faham tentang konsepnya. Apa yang anda perlu jelas, REZEKI BUKAN HANYA DATANG DALAM BENTUK WANG DAN KEMEWAHAN… Kesihatan, kebahagiaan, kebolehan dan kemampuan diri, kebijaksanaan, kejayaan serta segala kebaikan yang anda miliki itu juga dikira sebagai rezeki. Jika anda miskin sekalipun tetapi masih mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong dari belakang, itu adalah sebahagian dari rezeki.
Wanista senaraikan beberapa doa terbaik yang boleh dihafal seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian agar tuhan memberkati lalu mengurniakan rezeki yang berlipat kali ganda buat anda semua mudah-mudahan.
#1 Doa Yang Dibaca Selepas Solat Dhuha
“Allahumma innadl dluhaa a dluhaauka, wal bahaa a bahaauka, wal jamaala jamaluka, wal quwwata quwwatuka wal qudrota qudrotuka wal ‘ismata ‘ismatuka.
Allahumma inkaana rizqii fis samaa i fa anzilhuu wa inkaana fil ardli fa akhrijhu wa inkaana mu’assaran fa yassirhu wa inkaana harooman fa thohirhu wa inkaana ba’iidan faqoribhu
Bihaqqi dluhaaika wa bahaaika wa jamaalika wa quwwatika wa qudrotika aatinii maa ataita ‘ibaadakash soolihiin.”
Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, dan kecantikan adalah kecantikan-Mu, dan keindahan adalah keindahan-Mu, dan kekuatan adalah kekuatan-Mu, dan kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu,
Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit maka turunkanlah, dan jika ada di dalam bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, dan jika haram maka sucikanlah, dan jika masih jauh maka dekatkanlah,
Dengan berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang saleh.”
#2 Doa Yang Pernah Dibacakan Rasulullah Untuk Anas bin Malik RA
Allahumma, aksir maalahu, wa waladahu, wa wassi’ la fu darihi, wa barikli fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Ertinya: Ya Allah, perbanyakanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku.
#3 Selawat Murah Rezeki
Ya Fattah Ya Razzaq sebanyak 11 kali selepas solat fardhu.
Ya Fattah itu ertinya yang maha pembuka dan pemberi keputusan, selain bisa digunakan untuk membuka rezeki, keutamaan Ya Fattah ada banyak seperti memohon jodoh, memohon dapat kerja, memohon diberi keturunan, memohon diberi kesembuhan dan lain-lain.
Sedangkan Ya Razzaq ertinya adalah maha pemberi rezeki, jadi sangat bagus diamalkan untuk kita yang sedang berusaha memperbaiki keadaan ekonomi.
Setelah itu dilanjut dengan membaca ayat kursi 1 kali dan ditambah lagi dengan membaca surat al ikhlas sebanyak 3 kali. Lakukanlah secara rutin, mudah-mudahan dengan izin NYA akan diberikan kemurahan rezeki.
#4 Ayat 1000 Dinar
Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja Wa yarzuqu min haisu laa yahtasib,
Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu. Innallaha baalighu amrih. Qod ja’allahu
Likulli syai’in qodroo
#5 Surah Al-Waqiah
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya”.
Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI