Nabil Jeffri Tunggu RAYSHA RIZROSE Bersedia, Akui 10 Tahun Kenal Dalam Hubungan Jarak Jauh

Share

Berseri-seri Raysha Rizrose dalam persalinan busana kahwin Rizman Ruzaini. Sesuai betul pilihan Rizman Ruzaini menjadikan Raysha sebagai muse untuk koleksi Bridal RTW 2022. Walaupun sudah 10 tahun menjalin hubungan cinta dengan pelumba kereta, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri namun Raysha masih ‘takut’ untuk berumahtangga. 

 

Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose

Menurut Raysha, walaupun ada sedikit tekanan apabila sentiasa ditanya soal perkahwinan namun ia tidaklah mengganggu fikirannya. Hubungan jarak jauh juga tidak menghalang mereka untuk menikmati hidup masing-masing. 

 

“Nak kata dugaan pun tidaklah sangat. Hubungan PJJ kami pun kami take it easy. Nabil pernah menyuarakan hasrat untuk berumahtangga dan sentiasa bersedia tetapi dia serahkan kepada saya untuk menentukannya. Dia

ready je anytime!” ujar Raysha.

 

Kredit foto: Instagram Nabil Jeffri

Ditanya sama ada dia bersedia untuk berkahwin, ini jawabnya. 

 

“Saya tak pernah rasa ada tekanan bila orang tanya soal kahwin. Saya berpendapat, when its time, then it is. Jadi sekarang ni saya rasa macam the time has come. Saya rasa dah ready pada umur 26 ni saya dah bersedia. Nak-nak bila dipilih untuk jadi muse koleksi baju kahwin Rizman Ruzaini ni lagi saya rasa macam it’s a sign!” tawanya. 

 

Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose

 

Published by
Anis Nor