Bila sudah berumah tangga, bab nafkah kena jaga. Jangan sampai suami culas dan tak tunaikan pada isteri. Bua diam dan akhirnya jadi ‘barah’ dalam hubungan.
Nak-nak kalau anda baru sahaja kahwin, jemput renungkan perkongsian Firdaus Shakirin ini, mungkin anda boleh baiki hubungan suami isteri.
Nafkah Kalau Suami Culas Dan Tak Tunaikan
Suami kena menafkahi isteri, suami kena bertanggungjawab ke atas keluarganya, suami kena menyediakan makan minum pakai, keperluan rumah, tempat tidur isteri dan anak-anak. Itu ketetapan mengikut agama.
Ads
Tapi yang sedihnya, ada isteri yang tak dapat pun nafkah. Ada isteri yang nak dapat 50 pun susah. Ada isteri yang beli serba serbi dengan duit sendiri.
Bukannya suami tak tahu itu kewajipan suami. Tapi suami memilih untuk bersikap culas, memilih untuk tak tunai. Memilih untuk isteri tu pandai-pandai sendiri cari jalan nak hidup dengannya.
Nafkah, kalau tak tunai, ianya jadi hutang..
Ads
Satu Kewajipan, Jangan Main-main
Bukan percuma lepas macam itu sahaja nanti. Lagi lama kita tak menafkahi isteri mengikut apa yang agama suruh, lagi banyak kita berhutang dengan isteri sendiri.
Ads
Jangan ada mindset, “Ala, kita hutang dengan isteri sendiri, nanti isteri halalkan”. Kalau dia tak halalkan? Kalau dia tetap nak tuntut? Kita boleh kira berapa banyak jumlah hutang kita dengan dia sejak dari tahun, bulan, minggu, dan hari yang kita tak menafkahi dia?
Hati-hati bab nafkah, kalau namanya kewajipan, kau tak buat, maka dosa. Sudah diingatkan, dah dinasihatkan, sudah ditegur berkali-kali oleh si isteri, masih juga tak nak menafkahi, maka kumpul lah hutang dan dosa tu selagi tak tunaikan.
Renung-renungkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amat penting untuk kita menjaga kebersihan diri ketika penularan wabak Covid-19 ini. Bukan sahaja kebersihan diri, kebersihan barang-barang di rumah juga perlu dijaga bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus yang boleh merebak melalui sentuhan.
Oleh itu, kita disarankan agar setiap rumah melakukan disinfectant spray supaya boleh membunuh kuman dan virus yng mungkin kita bawa daripada luar yang melekat pada barang-barang di rumah.
Disinfectant spray ini boleh kita buat sendiri di rumah. Tak perlu beli di kedai. Cara membuat disinfectant spray ini telah dikongsi oleh Syinorita Syahidah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Apakah kegunaan disinfectant spray ini?
Ok, kalau korag nk tahu spray ni guna untuk bunuh kuman atau virus yang melekat dekat permukaan. Tak kesah la permukaan lantai, mangkuk tandas, perkakas rumah, atau pun pakaian. Dah ada DS ini nanti boleh spray dekat parcel yang kita beli online, barang-barang mainan budak-budak, atau barang perkakas rumah (alat eletrik tidak boleh ye). Kalau anak kerap demam atau kena influenza, DS ini bagus korang guna untuk disinfection barang-barang dalam rumah.
Bahan-bahan
Air
Clorox beach
Cara-cara buat disinfectant spray
Portion campuran untuk dua bahan ini ialah 5% clorox campur dengan 95% air. Jika guna 400ml air, letak 20ml clorox.
Kegunaan clorox adalah untuk membunuh kuman dan virus yang sudah tertera di kemasan. Boleh baca ya.
Dah siap boleh masukkan dalam apa sahaja botol dan labelkan. Cara guna, anda hanya perlu spray dan biar sampai kering. Tak perlu lap.
Kalau beli parcel online, jangan buka parcel dulu. Spray dan biarkan sekurang-kurangnya 5 hingga 7 minit. Baru boleh buka dan sentuh.
Diingatkan supaya letak semburan ini di tempat yang selamat dan jauh dari anak kecil.
Benarkah anggapan bahawa dengan membuat isteri bahagia, boleh menyebabkan rezeki suami melimpah ruah? Apakah kaitannya rezeki yang murah dengan isteri yang bahagia?
Bahagianya seorang isteri akan dirasai oleh seisi keluarga. Ini menyebabkan seluruh isi rumah merasa bahagia. Para isteri yang bahagia dan bersyukur atas pemberian suaminya akan mewujudkan suasana yang damai dalam keluarga sekaligus diluaskan rezeki suaminya, kerana Allah memberikan lebih banyak rezeki bagi mereka yang sentiasa bersyukur.
Isteri yang bahagia akan menjadi peneman yang baik untuk si suami mencari rezeki mahupun menjadi tempat melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki. Hasilnya, suami akan lebih bersemangat untuk mencari rezeki pada hari-hari mendatang.
Kebahagiaan yang dirasai isteri akan membuatkannya selalu menyokong suami dalam keadaan apa pun, hinggakan si suami tidak akan pernah hilang semangat dan dorongan walaupun berada dalam keadaan yang paling sukar. Contohnya ketika suami hilang mata pencarian, isteri yang bahagia perasaannya akan tetap bersama dan menyokong suami agar terus bangkit dari kejatuhannya.
Akhir sekali, isteri-isteri yang bahagia pastinya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang bahagia dan insan berguna. Rezeki akan datang dari setiap anak yang lahir. Bukan sahaja berupa wang dan kekayaan, malahan anak-anak yang soleh dan solehah jua merupakan rezeki yang tidak ternilai.
Kesimpulannya, kebahagiaan isteri boleh mempengaruhi suami dan anggota keluarga yang lain agar memiliki energi positif untuk bekerja mencari nafkah demi anak isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Para suami sekalian, dah boleh buat stock simpan menu sihat untuk isteri anda yang baru selesai bersalin tu. Ini perkongsian dari Shahrul Nizam mengenai idea menu sihat tapi masih menyelerakan untuk isteri anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!