Nafkah tempat tinggal merupakan salah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Hal ini merupakan ijma’ fuqaha atau sepakat para ulama fiqh. Selain itu, kebanyakan ulama fiqh berpandangan bahawa suami wajib menyediakan kediaman khusus untuk isterinya yang mana tiada keluarga yang lain di rumah tersebut.
Oleh kerana itu, sekiranya suami menyediakan tempat tinggal satu rumah dengan ibu bapanya maka isteri dibolehkan untuk tidak menetap bersama suami. Ini kerana, nafkah tempat tinggal merupakan hak peribadi isteri bagi diri dan hartanya. Namun di sana mesti dilihat bahawa nafkah yang diberi perlu diukur mengikut kemampuan suami, dan suami wajib berusaha bagi memenuhi nafkah tempat tinggal ini.
Antara tanggungjawab yang besar bagi suami ialah wajib baginya memberikan nafkah tempat tinggal kepada isteri mengikut kemampuannya. Perkara ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT:
Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)”.
Surah al-Talaq (6)
Syeikh Abu Bakar Syato menjelaskan bahawa ayat di atas dikhususkan kepada isteri yang ditalak oleh suami. Suami wajib menyediakan tempat tinggal kepada isteri yang telah ditalak. Justeru, apatah lagi isteri yang masih sah sebagai pasangannya adalah lebih utama disediakan tempat tinggal.
(Rujuk: I’anah al-Tolibin, 4/84)[1]
Ads
Sehubungan dengan itu, Syeikh Zainuddin juga menyebut bahawa ciri-ciri tempat tinggal yang wajib disediakan oleh suami kepada isteri adalah yang layak bagi isteri dari sudut adat (terjaga dari pandangan untuk berkhalwat dengan suami) dan yang bersifat aman,harmoni serta selamat dari sebarang bahaya terhadap dirinya dan hartanya ketika suami tidak berada di rumah. Tambahan pula, tempat tinggal ini bukan hanya keinginan bahkan merupakan keperluan bagi isteri, walaupun tempat itu hanya didiami dalam keadaan sewa atau pinjaman.
(Rujuk: Fath al-Mu’in, hlm 540)[2]
Gambar sekadar hiasan.
Begitu juga, majoriti ulama berpandangan bahawa suami hendaklah menyediakan tempat tinggal khusus bagi isterinya yang mana tiada ahli keluarga suami yang lain yang tinggal bersama di rumah tersebut sebagai contoh ibu bapa atau kaum kerabat suami. Hal ini disebabkan khuatir perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada isteri dan hartanya serta menjejaskan perhubungan antara suami dan isteri.
Namun, sekiranya isteri reda untuk dikurangkan haknya dan dia bersetuju untuk tinggal bersama keluarga suami, maka hal tersebut dibolehkan. Sebaliknya jika isteri tidak reda maka suami wajib menyediakan tempat tinggal lain yang khusus bagi isteri.
Ads
(Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah[3], 25/109, Hasyiyah Ibn Abidin[4], 3/599)
Justeru secara ringkasnya, suami perlu menyediakan tempat tinggal kepada isterinya yang menepati ciri-ciri berikut, antaranya sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Wahbah al-Zuhaily:
1. Suami hendaklah menyediakan tempat tinggal yang sesuai berdasarkan kemampuannya dari segi kewangan. 2. Suami hendaklah menyediakan tempat tinggal yang khusus untuk isteri dan anak-anak mereka. Tidak boleh menghimpunkan bersama ibu bapa atau kaum kerabat suami melainkan jika isteri reda untuk berkongsi kediaman yang sama. 3.Suami hendaklah menyediakan keperluan asas di rumah tersebut seperti alas tidur, alat-alat tempat memasak dan bilik mandi.
Ads
(Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 10/119)[5].
Sudah menjadi tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal yang aman dan tenteram serta menepati dengan hukum syarak kepada isterinya. Hal ini demi memelihara suasana yang baik dalam rumah tangga dan memastikan kelangsungan hubungan perkahwinan.
Tempat tinggal yang dimaksudkan juga ialah tempat tinggal yang khusus untuk isteri dan anak-anak mereka. Suami tidak boleh menghimpunkan bersama ibu bapa atau kaum kerabatnya kerana khuatir perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada isteri dan hartanya serta menjejaskan perhubungan antara suami dan isteri.
Bila menantu dan mentua tinggal sebumbung, perlu ada sifat harmoni..
Namun, sekiranya isteri reda untuk dikurangkan haknya dan dia bersetuju untuk tinggal bersama keluarga suami, maka hal tersebut dibolehkan dengan syarat hendaklah diusahakan agar tidak timbul masalah dan mudarat antara si siteri dan keluarga suami. Sebaliknya jika isteri tidak reda maka suami wajib menyediakan tempat tinggal lain atau tempat tinggal yang selesa untuk isterinya seperti di rumah keluarganya atau sebagainya.
Wallahu A’lam.
Sumber:Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Senaman Perut Buncit. Perut buncit sememangnya boleh menganggu penampilan.Jika diamati, perut buncit bukan hanya dimiliki oleh mereka yang bertubuh gemuk sahaja. Mereka yang bertubuh kuruspun boleh memiliki perut buncit.
Kebiasaan memakan makanan yang segera atau junk food boleh membuatkan perut menjadi buncit. Bahkan kurang bersenam dan tidak menjaga pola makan yang tidak teratur, makan makanan berlemak pada malam hari juga boleh menyebabkan perut buncit.
Mengatasi perut buncit, tak kiralah anda sudah berkahwin, sudah melahirkan boleh anda praktik secara rutin dengan melakukan senaman perut buncit.Berikut ini beberapa gerakan senaman perut buncit yang cukup mudah untuk anda praktik bagi mengatasi masalah tersebut.
Push Up
Senaman perut buncit jenis push up ini boleh anda praktikkan di ruma. Push up merupakan senaman yang cukup popular kerana senaman ini mampu membantu membentuk tubuh, khususnya kekuatan otot tangan dan menjaga kesegaran tubuh
Sit Up
Senaman perut buncit jenis sit up paling sesuai dilakukan bagi anda yang telah melahirkan anak. Lakukannya secara teratur.Gerakan sit up dipercayai dapat melatih dan memaksimakan kekuatan otot perut, selain itu melakukan sit up juga baik untuk kesihatan punggung, dada dan bahagian tubuh lainnya.
Melakukan senaman perut sit up ini cukup mudah, namun bagi anda yang masih baru, lakukanlah sit ups dengan meminta bantuan orang lain untuk memegang kaki anda. Awali gerakan sit ups dengan berbaring telentang, posisikan kedua tangan anda tepat di belakang kepala dan tekuk kaki anda, lakukan gerakan maju mundur. Pastikan tangan anda tetap berada di tempatnya, tidak terlepas dari atas kepala.
Prisoner Squats
Prisoner squats merupakan gerakan senaman terbaik dan efektif untuk menurunkan berat badan serta melatih kekuatan otot. Senaman perut buncit ini cukup mudah, mulakan dengan posisi berdiri dan buka kaki sedikit, kemudian letakkan kedua tangan ke belakang kepala (pastikan jika kedua tangan berada dalam posisi yang sejajar). Selepas itu lanjutkan gerakan tubuh anda naik turun.
Sebenarnya senaman ini hampir sama dengan gerakan squat jump. Bezanya tidak ada gerakan melompat, sebaliknya anda hanya perlu melakukan gerakan naik turun dan sesekali menahan diri dalam posisi membongok selama beberapa saat, kemudian bangun kembali.
Jumping Jacks
Jumping jacks merupakan gerakan senaman bukan hanya bagus untuk membakar kalori di perut saja. Malahan cukup baik untuk meningkatkan kekuatan tubuh dan melepaskan stress. Melepaskan stress sekaligus meningkatkan sistem metabolisme tubuh dengan jumping jacks, iaitu gerakan melompat dan menutup.
Langkah pertama, ambil posisi berdiri dengan kaki yang merapat dan tangan berada di atas paha, lalu melompat dan menggeser kedua kaki ke samping bersamaan dengan menepukkan tangan ke udara dengan posisi tangan dan kaki yang tegak lurus.
Burpees
Senaman perut buncit dengan burpees. Burpees merupakan gerakan senaman yang agak sukar dan tidak ramai orang menyukainya. Burpees akan membantu membakar kalori di dalam tubuh, termasuk kalori berlebihan di perut. Mulakan dengan berjengket (letakkan kedua tangan tepat di samping kaki, lalu gerakan kaki ke belakang (sama seperti posisi awal ketika push up), lanjutkan dengan melakukan gerakan pertama dan akhiri dengan posisi berdiri dengan kaki merapat dan kedua tangan yang tegak lurus ke udara.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali suami isteri ada masalah, jangan sesekali buat keputusan sendiri. Belajar duduk berbincang dan tanya dari hati, betulkan mana yang silap dan sebulat suara boleh dapat jawapan terbaik.
Begitulah jalan paling selamat untuk elakkan emosi koyak, selebihnya jemput baca perkongsian saudari Farah Razali ini sejenak.
Suami Isteri Ada Masalah Duduk Berbincang
Para suami, isteri bukan tunggul.
Bukan patung.
Bukan orang gaji kat rumah.
Masa kita kahwin kita setuju nak hidup mati sama-sama. Nak tempuh sama-sama. Nak buat semua benda sama-sama.
Jadi, semua keputusan perlu dibincang bersama. Jangan membelakangkan isteri. Sebab tempat isteri bukan di belakang tapi di sisi.
Rendahkan Ego Masing-masing
Perkahwinan menuntut mutual understanding, mutual responsibility. Peranan suami isteri adalah sama penting. Bukan macam majikan dan kuli. Bukan sorang di depan seorang di belakang. Bukan seorang diperintah dan seorang lagi yang menurut perintah.
Cuba maklumkan kepada isteri, rendahkan ego. Isteri akan lapang dada walaupun suami sibuk tahap Perdana Menteri.
Cuba bagitahu awal nak pergi mana. Nak pergi program apa. Nak jumpa siapa. Mungkin suami rasa tak penting untuk beritahu, tapi penting bagi isteri.
Tapi beritahu sahaja tak cukup. Sekadar bagitahu, lepas tu pergi. Bagi saya menyakitkan hati. Cubalah ‘minta izin’.
“Yang, boleh tak abang nak pergi..”
Isteri akan rasa dihargai, rasa dihormati.
Minta izin bukan sebab suami perlu keizinan isteri. Tak.
Maklum Sebagai Hargai Si Dia
Suami boleh pergi je tanpa minta izin. Isteri tak ada hak nak halang.
Tapi minta maklumkan sebagai isyarat suami hargai dan hormat isteri sebagai teman hidup. Sebagaimana suami nak dihargai dan dihormati.
Pentingkan isteri, isteri akan pentingkan anda.
Utamakan isteri, isteri akan utamakan anda.
Hormat isteri, isteri akan hormat anda.
HARGAI isteri, isteri akan hargai anda.
Begitulah resepi menjaga hati suami isteri, saling bertolak ansur dan tudukkan ego itu, wajib! Semoga kita terus bahagia dengan pasangan hidup yang ditakdirkan Allah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kedua sering dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain. Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri, betul ke?
Oleh kerana anak kedua merupakan anak tengah, jadi secara tidak langsung ia akan bersikap terbuka dan berlapang dada dalam banyak hal. Mungkin juga ini adalah antara fakta yang menarik mengenai anak kedua.
1. Terasing
Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.
2. Suka berkawan
Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Mereka akan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus utuh.
Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab…dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki.
3. Kreatif dan Fleksibel, Suka Kebebasan
Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerjayang berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.
Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.
4. Paling Berbeza
Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka.
5. Masalah hubungan
Disebabkan anak kedua sering mendambakan perhatian, dia akan sering berasa takut, hubungan dengan keluarga pun tidak berjalan dengan baik. Ini membuatkan mereka sukar untuk membentuk sebuah keluarga dan bermasalah dengan pasangannya.
Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam banyak perkara.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!