Hubungan

Nafkah Wajib Yang Isteri Berhak Dapat Daripada Seorang Suami

Share

Nafkah bukanlah satu bebanan tetapi ia merupakan pemberian dari hati dan jiwa seorang suami. Ingat ya para suami sekalian, nafkah merupakan perkara yang wajib diberi kepada isteri. Berdosa jika tidak memberi nafkah kepada mereka.

Andai suami tiada duit, boleh berbincang dan bertolak-ansur dengan isteri. Nescaya, rezeki seorang suami akan melimpah-limpah kerana pemberian yang diberikan.

Walau apa pun, semua tentang nafkah ini perlulah dibincang bersama pasangan masing-masing dan menyusunnya mengikut keperluan dan taraf hidup anda.

Ini antara 5 nafkah yang wajib diterima oleh seorang isteri oleh suaminya.

Makan minum

Yang wajib suami sediakan adalah dua kali sehari. Pilihlah sarapan dan makan tengahari atau makan tengahari dan malam. Kalau boleh beri lebih adalah lebih baik. Roti canai pagi, nasi kukus tengahari, keropok lekor petang, malam biskut mayat. Terpulang pada suami, asalkan melepasi 2 kali ini.

barang-barang mandian

Yang utama shampoo, ubat gigi, sabun mandi, lulur, atau apa-apa yang membuatkan kita senang dengan isteri. Berpada dan bersederhana. Kerana fitrah seorang isteri mahu bercantik-cantik depan suaminya.

ubat-ubatan

Kita tahu isteri sakit apa. Yang selalu dia mengadu penat dan letih. Minyak angin, panadol, ubat kurus, pamoga. Tanyalah isteri dia selalu sakit apa. Bawa berubat. Jumpa doktor. Kesihatan isteri adalah tanggungjawab kita.

pakaian

Wajib 2 persalinan setahun. Kasut 2 pasang setahun. Terpulang nak beli 6 bulan sekali atau macamana. Telekung 2 kali tukar setahun. Kalau masih elok, gunalah telekung itu sampailah isteri rasa nak tukar yang baru. Baju dalam dan seluar dalam, itu juga termasuk dalam nafkah seorang suami. Itu semua wajib kita penuhi. 

rumah & tempat tinggal

Rumah beli atau rumah sewa. Rumah mak ayah atau rumah tumpang sesiapa. Asalkan isteri selesa. Suami kena sediakan rumah ni sebab isteri boleh bebas buat 2 perkara. Membuka tudung dan tidur serta rehat.

Sumber: Facebook Abu Hurairah Asifa

Published by
Naqiyatul Uzma