Jodoh kan perancangan Allah. Sebagai manusia, kita berusaha untuk mencari pasangan hidup dengan niat berkahwin kerana Allah Taala. Siapa jodoh kita tak ada siapa pun tahu. Bercakap soal jodoh, ada yang bertemu pasangan hidup dari latar agama dan bangsa berbeza.
Tak salah pun kahwin campur malah ia digalakkan kerana membawa kepada banyak kebaikan. Sebagai insan yang lahir sebagai Muslim, lakukanlah dan ajarkanlah pasangan anda ilmu agama secukupnya agar dapat menjalani kehidupan sebagai pasangan Muslim dalam ajaran Islam.
Apa kebaikan kahwin campur?
Harmoni
Tidak dinafikan perkahwinan campur di Malaysia dapat mengeratkan keharmonian kaum lebih-lebih lagi di Malaysia. Bukan setakat kaum di Malaysia, hubungan sesama insan boleh dieratkan lagi dengan pasangan dari luar negara. Asalkan mereka boleh menerima agama kita dengan hati terbuka, apa salahnya!
Genetik yang baik
Soal genetik juga menjadi antara sebab utama ramai yang memilih untuk kahwin campur. Anak hasil daripada perkahwinan campur juga mempunyai wajah eksotik dan menarik.
Mengenali budaya
Melalui perkahwinan dengan pasangan yang datang dari budaya berbeza, secara tidak langsung kita boleh melihat budaya lain dari perspektif berbeza. Dalam masa sama, kita akan lebih terbuka dan menghormati budaya orang lain.
Berfikiran terbuka
Siapa kata budaya dan bangsa lain tidak dapat menerima budaya kita? Ramai sebenarnya yang bersikap terbuka untuk mempelajari dan mengenali budaya kita dengan lebih baik. kita juga perlulah ada perasaan sama agar kita tidak terlalu hidup di dalam kepompong.
Belajar bahasa asing
Jangan terkejut apabila anda melihat anak kecil lagi sudah pandai belajar pelbagai bahasa. Perbezaan budaya dan bahasa ini membuatkan anak hasil dari perkahwinan campur lebih bijak dan universal. Asalkan masih mengikut ajaran agama Islam, pun dah bagus!
Kredit foto utama: Instagram Chryseis Tan dan Fila Amir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI