Nak Bagi Cendol Gula Melaka Rasa Terpaling Sedap, Ada Bahan ‘Rahsia’ Yang Kena Tambah

Share

Air cendol merupakan minuman yang penuh dengan rasa lemak dan berkrim. Minuman ini memang sedap dan sesuai diminum waktu musim panas. Memang terasa lega ditekak setiap kali kita menikmatinya,

Populariti minuman itu sama seperti air batu campur (ABC). Pun demikian, untuk membuat cendol yang sedap, mestilah kena tahu bahan-bahan dan cara membuatnya. Sebenarnya tak susah mana pun hendak membuat minuman cendol. Bahan pun tak banyak.

Mari kita cuba resipi Cendol Gula Melaka seperti yang dikongsikan oleh Shida Ambok ini. Pasangan yang baru kahwin bolehlah cuba buat untuk dihidangkan pada sanak saudara dan rakan taulan yang datang beraya di rumah ya!

RESIPI CENDOL GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

1.5 kg cendol segera
1 tin susu sejat (*bahan rahsia)
1 tin santan pekat (resipi akan lebih enak bila guna santan perahan kelapa parut)
Secubit garam
Gula melaka (kalau tiada gula melaka boleh juga guna gula merah)
Ais batu

CARA MEMBUAT:

1. Campur 1 tin susu sejat dengan santan pekat (Nisbah1:1)

2. Kacau dan masukkan secubit garam untuk naikkan rasa.

3. Cairkan gula melaka di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.

4. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap apabila ditambah ais.

Sumber kredit: Shida Ambok

Published by
Hasliza