Terujanya bila kita nak bagi hadiah pada orang, lebih-lebih lagi pada pasangan. Tapi setiap pemberian itu ada maknanya yang tersendiri. Kalau orang yang bakal menerima hadiah itu adalah seseorang yang dekat dengan kita seperti kekasih kita misalnya, makna tersirat perlulah sesuai dengan dirinya.
Jom kita lihat apakah makna pemberian hadiah-hadiah ini:
Bunga
Selalu sangat bunga menjadi hadiah paling mudah untuk difikirkan. Ada macam-macam jenis bunga dan pelbagai warna. Bunga juga menunjukkan penghargaan dalam bentuk romantik.
Namun hakikatnya, pemberian bunga tidak tahan lama. Ia pasti akan kering dan layu. Takut juga sekiranya percintaan anda dan pasangan akan layu dan mati bersama bunga-bunga itu.
Minyak wangi
Siapa yang tak suka minyak wangi. Selain keharumannya yang menarik perhatian, minyak wangi juga nampak lebih eksklusif terutamanya apabila ia dijadikan hadiah buat yang tersayang. Harumah itu akan membuat si pemberi rasa dekat dengan si pemakai.
Malah, si pemberi juga melihat anda sebagai wanita yang mempunyai pesona dan tarikan sensual tersendiri. Dia juga menganggap anda sebagai seseorang yang berpesonaliti menarik. Cuba pilih yang INI.
Bingkai gambar
Jika memberi bingkai gambar, jelas sudah maksudnya adalah agar anda meletakkan gambar anda untuk ditatap. Bila terasa rindu, terasa dekat sahaja pasangan di sisi lebih-lebih lagi apabila terpisah jauh. Jangan pula anda letakkan gambar orang lain!
Coklat
Si dia sangat mengharapkan perhubungan yang baik, bahagia dan gembira semanis cintamu. Harapan tinggi agar anda sentiasa jauh dari kesedihan kerana si dia ingin melihat anda gembira dalam kehidupan kerana itulah bahagia dalam hidupnya.
Telefon
Bertuah sungguh siapa yang menerima telefon sebagai hadiah pemberian. Dahlah berharga, banyak kegunaanya pula. Tapi, bila dapat hadiah ni, faham-fahamlah kerana si dia mahu kita sentiasa berhubung dengannya. Dan mereka juga mudah bosan apabila anda tiada di sisi. Cuba klik SINI untuk lihat keluaran terkini.
Patung beruang
Comel! Untuk sesetengah orang, patung beruang nampak kebudak-budakan tetapi buat anda yang suka benda-benda comel. Inilah hadiah terbaik. Lebih romantis, apabila tertera perkataan ‘I Love You’ di dada beruang. Alahai….rasa disayangi sangat!
Tudung
Agar tricky sikit. Sekiranya penerima tudung tidak berhijab, si dia sebenarnya memberi hint untuk anda memakai tudung. Dia juga mahu anda kelihatan manis dengan pemberiannya.
Novel atau buku
Ini satu petanda halus yang anda perlu kenalpasti. Apakah jenis buku yang disampaikan kepada anda. Andai anda menerima hadiah ini, fahamilah yang ia membawa maksud bahawa kekasih anda masih perlukan masa untuk lebih mengenali dan memahami diri anda. Si dia mahukan perhubungan anda dan dirinya berjalan dengan perlahan-lahan dan relak.’
Cincin atau barang kemas
Kekasih yang memberikan hadiah begini sangat menyayangi dan menghargai anda. Si dia juga rasa amat bertuah kerana dapat bersama anda dan serius dalam perhubungan. Mereka akan membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suka sangat bergurau suami isteri memang bagus. Orang kata itulah pengikat kasih sayang. Tetapi kena tahu juga apa yang boleh dibuat gurau, apa yang boleh menyakitkan hati isteri. Ada beberapa tip dikongsikan Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah untuk para suami yang nak ‘ikat’ hati isteri.
1) Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.
2) Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.
3) Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.
4) Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.
5) Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
6) Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
7) Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.
8)Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.
9) Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.
10) Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gemuk/ makin kurus.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu perbelanjaan untuk persediaan perkahwinan menjadi satu masalah besar kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga terutamanya nilai wang hantaran.
Niat nak kahwin dah ada cuma tunggu jodoh dan duit je. Jodoh dah ada, duit pula entah ke mana.
Kalau dah ada niat tu, terus istiqamah kumpul duit. Kena tahu dulu beza duit hantaran dan mas kahwin. Ramai juga yang keliru antara mas kahwin dan wang hantaran kahwin. Ada yang tidak tahu mana satu yang wajib dan mana satu yang tidak.
𝗠𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻 (𝗠𝗮𝗵𝗮𝗿) 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗷𝗶𝗯
– Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan. Mas kahwin ini akan menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil oleh orang lain termasuklah keluarga si isteri atau suami kecuali dengan keizinannya.
Mahar perlulah diberi dengan sesuatu yang bernilai sama ada dalam bentuk material contohnya wang tunai atau gelang emas. Selain daripada itu, mahar juga boleh diberikan dalam bentuk maknawi contohnya seperti bacaan ayat Al Quran.
𝗪𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻
– Wang hantaran kahwin pula adalah hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak bakal suami kepada bakal isteri. Nilainya perlulah diterima dengan rela hati oleh kedua-dua belah pihak.
Ianya tidak wajib dan tidak menjadi hak mutlak sepenuhnya bakal isteri. Sebaliknya wang hantaran ini boleh digunakan oleh keluarga pihak perempuan dalam persediaan majlis perkahwinan.
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗔𝗱𝗮 𝗠𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻?
– Ada yang tertanya-tanya kenapa perlu adanya mas kahwin ini? Mas kahwin atau mahar ini besar hikmahnya dalam penyatuan dua jiwa. Antara hikmahnya adalah:
1. Sebagai Cara Untuk Memuliakan Wanita
Mahar kahwin adalah satu cara untuk memuliakan kaum wanita. Ia menandakan kaum lelakilah yang mencari dan berusaha mengeluarkan hartanya demi mendapatkan wanita.
2. Menzahirkan Rasa Cinta
Mas kahwin adalah cara untuk menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Sesuai dengan sifat mas kahwin yang melambangkan pemberian, hadiah, atau hibah.
3. Lambang Kesungguhan
Mahar juga membuktikan kesungguhan seorang lelaki untuk membina perhubungan dan memperisterikan seorang wanita.
Islam meletakkan tanggungjawab yang besar dan berat dalam keluarga kepada suami. Jadi wajarlah suami yang perlu mengeluarkan hartanya bagi membina dan mempertahankan nilai sebuah keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dilema pula sama ada nak raikan majlis kahwin di rumah atau di dewan. Ada pasangan pengantin yang awal-awal lagi sudah buat keputusan lokasi perkahwinan yang ingin diadakan. Jom kita baca pro dan kontra kenduri kahwin di rumah atau di dewan.
Memang betul, duit adalah faktor utama untuk mengadakan majlis perkahwinan. Sebab itu bakal pengantin perlu ada kewangan yang stabil dan simpanan berasingan untuk majlis perkahwinan. Kalau boleh janganlah membazir dengan majlis yang terlalu besar-besaran. Baca artikel ni ‘Nak Kahwin Nanti Gunakan Cara ‘Simpanan Paksa’. Senang Sikit Nak Kumpul Duit – Pesona Pengantin.
MAJLIS DI RUMAH
- Tidak perlu tempah lokasi
- Majlis di rumah tidak perlu tempah lebih awal. Sewa dewan pun tidak diperlukan. Malah, pasangan pengantin juga tidak perlu menempah bilik hotel atau bilik menunggu untuk bersiap serta untuk saudara-mara yang datang.
2. Gotong-royong
- Majlis yang diadakan di rumah boleh buat rewang. Kemeriahan rewang memang tidak disangkal. Barulah rasa bahang sebuah perkahwinan!
3. Lebih ramai tetamu
- Kelebihan mengadakan majlis di rumah adalah kita boleh membawa tetamu lebih ramai. Banyak khemah yang boleh dipasang sekiranya kawasan kediaman luas.
4. Kompang
- Jarang sangat sekarang orang memanggil pasukan kompang untuk majlis perkahwinan. Semuanya menggunakan pemain CD sahaja. Bayangkan pasukan kompang yang anda upah siap dengan pakej silat pengantin. Meriah tu!
5. Tidak perlu berpindah-randah.
- Kadang-kadang masalah timbul apabila pengantin dan keluarga terpaksa membawa barang dari rumah ke lokasi perkahwinan. Nanti ada sahaja barang yang tertinggal. Kan lebih baik adakan majlis di rumah.
MAJLIS DI DEWAN
- Kos meliputi banyak perkara
- Apabila majlis diadakan di dewan, pengantin tidak perlu fikirkan tentang kerusi meja dan khemah untuk disewa. Semua ini sudah termasuk di dalam bayaran untuk sewaan lokasi. Kalau hujan atau panas pun tak apa!
2. Perhiasan pelamin
- Biasanya pemasangan pelamin akan dilakukan hanya di dewan, tidak mengganggu tuan rumah dan saudara mara yang ramai berkumpul di rumah. Cuma, pengantin atau ada ahli keluarga yang berada di dewan untuk memastikan pelamin dipasang dengan baik.
3. Eksklusif
- Majlis perkahwinan di dewan tampak lebih eksklusif. Belum hiasan pelamin yang indah menjadi centre of attraction.
4. Katering
- Tak perlu pening kepala untuk fikirkan katering bagi majlis perkahwinan. Carilah dewan yang mempunyai katering sekali. Tak perlu anda runsing tentang makanan yang akan dihidangkan nanti.
Bolehlah para pengantin buat pertimbangan yang lebih baik. Ada banyak lagi kelebihan dan kekurangan ni. Yang penting anda ia bergantung pada bajet anda.
Kredit foto: TANGKAP PICTURES
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI