Nak Bahagia Dalam Perkahwinan

Buat pasangan pengantin, kalau nak bahagia dalam perkahwinan, jangan lupa minta restu mak ayah. Jangan sesekali pandang remeh soal ini, berkat itu penting.

Nak fahami lebih jauh soal ini, jemput baca perkongsian daripada Puan Rohana Saad, betapa pentingnya restu orang tua.

Nak Bahagia Dalam Perkahwinan

Nak Bahagia Dalam Perkahwinan, Mintalah Restu Mak Ayah

 

Pinjaman yang paling berharga dalam Dunia ini ialah ALLAH pinjamkan mak dan ayah untuk kita selagi ada hayat mereka. Bayangkan ketika kita sedang sibuk buat kerja mencari makan dan keperluan hidup, tiba-tiba kita dapat panggilan dari kampung memberitahu mak ayah kita sedang nazak. Apa agaknya yang kita akan lakukan?

Sudah pastinya kita akan terus tinggalkan kerja masing-masing walau sepenting mana sekali pun kerja yang sedang dilakukan. Itu ertinya, tak ada yang lebih penting selain dari menghadirkan diri untuk melihat mak ayah kita. Ramai di antara kita baru sedar untuk membalas jasa bila mak ayah dah tak ada.

Minta Restu Mak Ayah

Nak Bahagia Dalam Perkahwinan, Mintalah Restu Mak Ayah

Bukan mudah nak balas jasa mak ayah. Mungkin hakikat sebenarnya, kita tak akan mampu membalas jasa mereka walau dengan apa cara sekalipun. Oleh itu, usaha balas jasa mak ayah perlulah dijadikan satu usaha yang berterusan sehinggalah samada kita sendiri atau mereka menghembuskan nafas yang terakhir di muka bumi ini.

Kita tidak akan pernah faham perasaan mak ayah kita sehinggalah kita sendiri menjadi seorang mak atau ayah. Masa kita kecik selalu mintak duit mak ayah nak beli itu ini. Sebab kita tak tahu lagi betapa susahnya nak cari duit. Bila dah bekerja sendiri, baru faham bukan senang nak cari duit. So, kalau dah gaji jangan lupa mak ayah kat rumah.

Walaupun gaji kecil, jangan kedekut keluarkan duit untuk mak ayah setiap bulan. Itu punca rezeki melimpah ruah tanpa di sangka. Utamakan mak ayah, mereka sentiasa ada waktu semua orang tinggalkan kita. Nak bahagia Dunia Akhirat, bahagiakan mak ayah. Nak bahagia dalam perkahwinan, minta restu mak ayah. Nak duit gaji sentiasa mencukupi, berikan sedikit pada mak ayah.

Baik buruk kita pun, masih ada orang sayangkan kita. Siapa lagi kalau bukan mak ayah kita. Tak akan ada orang yang sayang kita bersungguh-sungguh, selain mak ayah kita sayangkan kita. Layan mak ayah kita baik-baik. Esok lusa bila kita dah ada anak, macam mana kita layan mak ayah kita, macam itulah anak kita layan kita nanti.

Semoga ketenangan sentiasa menjadi milik kita semua.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI