Nak Beli Rumah Sendiri? Kumpul Duit & Baca Doa Ini

Share

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


.

Dalam zaman kita sekarang, pemilikan rumah adalah terlalu sukar kerana harga rumah yang semakin meningkat dan perbelanjaan keperluan harian yang setiap bulan juga semakin bertambah. Tidak semua orang berpeluang untuk belajar ilmu kewangan yang boleh membantu mereka memiliki rumah sendiri dari awal. Mungkin ada yang rasa sudah terlewat untuk memiliki rumah sendiri dan kekal menyewa rumah sehingga sekarang. Namun janganlah putus asa kerana setiap keperluan duniawi kita ini jika diizinkan Allah kita akan memiliki rumah sendiri juga suatu hari nanti.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Di riwayatkan dari alhabib Tohir Alkaff, beliau mendapatkan dari Alhabib Thohir bin Muhammad bin Sholeh Alhamid (Tanggul), beliau berkata ini do’a dari Alhabib Sholeh Tanggul.

.

DOA MEMOHON AGAR DIPERCEPATKAN UNTUK MEMILIKI RUMAH:

اللهم رب البيت

أسألك بجاه أهل البيت

أن تيسر لي خير بيت

حتى لا نقول يا ليت

ALLAHHUMMA ROBBAL BAIT. AS ALUKA BIJAHI AHLIL BAIT. AN TUYASSIRO LI KHOIRO BAIT. HATTA LA NAQUL YA LAIT.

Maksudnya :

Ya allah engkau pemilik baitullah, Aku memohon dengan wasilah ahlil bait rosulullah, Agar engkau mudahkan untukku sebaik-baiknya rumah. Sehingga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah,

Insya Allah dengan izinNYA tidak sampai setahun kita akan diberi rezeki rumah. Dan jangan lupa biasakan diri memberi sedekah untuk anak yatim minima memberinya sekadar yang mampu dan usap kepalanya dengan penuh kasih sayang.

Published by
Anis Nor