Duduk sebumbung dengan mentua biasanya bukan pilihan menantu. Ramai yang kurang selesa dan kurang mempunyai privasi jika tinggal bersama mak ayah lebih-lebih lagi mentua. Sebagai suami, tanggungjawab diletakkan di atas bahu anda untuk memberikan keselesaan kepada isteri dan anak-anak.
Nmaun, nak memiliki rumah sendiri kadang-kadang hampir mustahil untuk sesetengah orang. Harga rumah yang tinggi, pendapatan tidak mencapai kelayakkan dan ekonomi yang tidak stabil (terutamanya ketika berlakunya penularan wabak Covid 19) menjadi sebab utama kenapa ramai yang masih tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Dr Azizul Azli Ahmad dalam perkongsiannya di Facebook mendedahkan rahsia atau tip untuk membeli rumah di bawah harga pasaran.
************************************************************************
TIPS BELI RUMAH BAWAH HARGA PASARAN!
1. Makin Ramai Penjual Terdesak
Dalam keadaan ekonomi begini, makin ramai orang menjual rumah mereka. Ada yang berpindah, kecilkan bajet, gaduh hingga bercerai, belanja perubatan, perniagaan merosot dan modal nak kawin lagi!
2. Beli Waktu Ramai Menjual.
Sekarang ramai orang menjual dan pembiayaan makin susah. Penjual mula rasa sukar nak dapat pembeli yang ‘baik’. Mereka akan buat tawaran, “kita nego sampai jadi”.
3. Cubalah Lelong!
Ini antara lubuk ‘best’ untuk dapat bawah harga pasaran. Cuba kena ada ilmu dan sedikit lebihan duit, tapi bila dapat kita cantikkan. Nilainya buat kita ketagih nak beli lagi kawan, bukan nak kahwin lagi.
4. Cari Rumah Buruk
Makin buruk rumah itu, makin tinggi peluang kita nak ‘negosasi’ dengan tuan rumah. Mintak baik baik dan belajar rendah diri, jangan sombong dan buat muka macam nak makan kaki. Manusia mudah cair dengan santun dan kebaikan orang kawan!
5. Agen Hartanah Kekasih Kita!
Jadikan agen hartanah kawan kita, sesekali belanja kopi kapal api atau ‘setabak’ sekali. Mereka tahu rumah mana bawah market value atau tuan rumah terdesak nak jual cepat!
6. Beli Dari Pasaran Sekunder
Pasaran ini boleh negosasi dengan tuan rumah atau agen, dalam keadaan ekonomi begini pasaran ini dah ada yang jual pada harga lelong. Cari betul betul pasti jumpa punya.
7. Mintak Diskaun Dari Pemaju!
Zaman “sold out” dah berakhir sekarang. Banyak pelancaran projek baru yang masih belum terjual. Cakap baik baik dengan pemaju, saya mampu jika harga ini turun sedikit! Zaman ini, ‘buyer’s market’ boleh bersuara. Ada lebihan 29,000 hartanah siap belum terjual tahun lepas!
Cuma gegadis tak suka hantaran mereka rendah kawan!
Kredit: Azizul Azli Ahmad
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI