Pesta bujang atau biasanya disebut juga dengan bachelor atau bachelorette party sudah biasa kita dengar lagi-lagi dikalangan orang muda. Parti ini, biasanya hanya dihadiri oleh sahabat terdekat pengantin, untuk meraikan bakal pengantin yang akan menjadi milik orang tidak lama lagi.
Parti boleh terjadi dalam pelbagai tema yang boleh anda pilih. Mengikut persetujuan anda dan bakal pengantin sendiri. Siapa ada plan nak buat bachelorette party dalam masa terdekat ni? Ini yang anda kena tahu sebelum nak buat. Semoga berjaya!
Jemputan
Tanya bride-to-be (B2B) siapa yang dia nak utk ada dalam guest list. Pastikan B2B selesa dgn semua jemputan. Mungkin ada orang yang dia nak ada dalam jemputan & ada orang yang dia taknak. Jadi kena tanya empunya badan supaya kita boleh maksimumkan level happy dia
Ads
Tentukan bajet
Bincang dgn senarai jemputan berapa RM yang 1orang mampu keluarkan. Contoh 8orang bridesmaids setuju nak keluarkan RM150 seorang. Jadi total dana ada RM1200 & dari situ boleh plan nak buat party kat mana, tema apa, apa makanan nak beli, game apa nak buat dan lain-lain.
Lokasi
Pilih lokasi yang senang semua jemputan nak datang. Antara lokasi yang sesuai: bilik hotel, bilik karaoke, atau kalau low bajet buat kat rumah pun best! Yang penting semua orang dapat spend time & buat B2B ingat momen tu
Ads
Tema
Tema yang best akan buat majlis lebih seronok! Boleh buat tema onesies/ pyjama party/ baju kelawar party dll. Kalau nak low cost lagi pakai jelah apa-apa tapi tentukan 1 warna tema. Barulah nak bergambar pun nampak cantik.
Dekor
Walaupun limited bajet, cuba deco ruang tu dgn kreativiti masing2. Mulakan dgn belon, ribbbon, deco makanan & lain2. Ikut kreativiti ok! DIY akan dapat jimatkan banyak cost.
Ads
Game
Banyak game best yg kita boleh buat utk buat party ni memoriable. Antara yg Alia pernah buat: blind makeup, quiz about the groom, cari nama groom dalam lambakan belon, bean boozled (ni best gile) & byk lagi!
Libatkan tunang
Bachelorette party selalunya dihadiri oleh kawan2 wanita tapi boleh libatkan cik tunang secara TAK LANGSUNG. Cth: sebelum majlis, play video pendek mesej dari groom ke bride atau quiz ttg groom. Buatkan tunang rasa terlibat secara tak langsung dlm majlis tu
Sumber : twt wedding
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain mendambakan seorang suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan rumah tangga, isteri juga inginkan seorang suami yang romantis agar kasih sayang yang dibina dalam rumah tangga sentiasa mekar dan penuh warna.
Sebenarnya dalam memikat hati isteri bukan hanya hadiah-hadiah mahal pemberian suami yang boleh dijadikan ukuran kasih sayang.
Namun percayalah bahawa dengan 10 hadiah terbaik ini jika suami kasi bukan sahaja boleh mencaknakan lagi cinta terhadap isteri, malah memikat kasih sayang isteri sampai ke hujung hayat.
1. Hadiah Tanda Kasih
Tidak dinafikan seorang isteri akan rasa teruja jika suaminya tidak lupa untuk memberikan ciuman atau pelukan selain belaian kepadanya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya dengan ciuman, pelukan dan belaian itu akan membuatkan isteri ceria sepanjang hari.
2. Hadiah Mendengar
Berikan perhatian dan dengarlah setiap apa yang isteri ingin katakan. Biar isteri habiskan kaa-katanya dahulu sebelum anda ingin mencelah atau membalasnya. Apabila anda memberikan perhatian dengan memandang mata isteri saat dia bercakap, ini menunjukkan yang anda prihatin terhadapnya. Bagi isteri, suamilah orang terbaik yang boleh diharapkan untuk menjadi pendengarnya yang setia.
3. Hadiah Bantuan
Seorang isteri akan rasa dirinya dihargai jika suami menghulurkan bantuan dalam urusan rumah tangga tanpa disuruh seperti membasuh pinggan mangkuk, menjemur kain, menjaga anak, mengemas rumah dan sebagainya. Selain meringankan bebanan isteri dan mewujudkan kerjasama dalam rumah tangga, bantuan ini sedikit sebanyak akan mewujudkan suasana gurau senda saat anda berdua melakukan kerja bersama.
4. Hadiah Puji-Pujian
Ringankan mulut anda dalam memberikan pujian kepada isteri. Misalnya mengucapkan terima kasih kerana menyiapkan masakan atau minuman untuk anda atau memujinya cantik apabila isteri mengenakan pakaian baharu. Pujian yang suami berikan ini pasti mencairkan hati isteri sekali gus membuatkan rumah tangga anda sentiasa ahagia.
5. Hadiah Doa
Sentiasalah mendoakan agar isteri diberi kesejahteraan dan menjadi isteri yang solehah. Beritahu juga kepada isteri yang dia sentiasa ada dalam doa anda.
6. Hadiah Kejutan
Sesekali buatkan kejutan atau sesuatu yang isteri tidak jangka. Misalnya anda boleh memasak makanan kegemaran isteri sebelum isteri pulang ke rumah atau menghadiahkan jambangan bunga kegemaannya yang diletakkan di atas katil dengan kata-kata romantis atau ajak isteri ke tempat percutian idamannya. Pasti kejutan-kejutan ini akan menyemarakkan lagi kasih sayang anda berdua.
7. Hadiah Keceriaan
Jadilah seorang suami yang ceria dan penuh dengan gelak ketawa dalam rumah tangga. Keceriaan ini akan mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga anda berdua. Kaji selidik yang dilakukan oleh CNN mengatakan lelaki yang memiliki sifat humor dianggap lebih cerdas berbanding lelaki yang selalu serius.
8. Hadiah Bersendirian
Berilah masa untuk isteri bersendirian apabila isteri menghadapi masalah atau isteri berdepan dengan sesuatu yang merunsingkan fikirannya. Jangan melulu menghulurkan bantuan kerana ada ketikanya isteri inginkan masa untuk meredakan dirinya terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan suami.
9. Hadiah Riadah
Sertai apa jua hobi dan aktiviti yang isteri lakukan. Jika anda tidak berminat dengan hobi atau aktivitinya itu cukuplah anda memberikan sokongan dengan menemani isteri. Dengan cara ini akan telah memenangi hati isteri anda.
10. Hadiah Sehelai Nota
Jadikan amalan dalam diri anda dengan meninggalkan nota-nota romantis seperti “Abang tak sabar nak jumpa Sayang petang ini” atau “Senyuman Sayang buat hati Abang cair” untuk isteri tercinta. Tinggalkan nota-nota kecil ini di tempat yang mudah isteri lihat misalnya di stereng kereta isteri, di cermin meja solek atau di luar almari pakaian. Pasti berbunga hati isteri apabila menerima nota romantis sebegini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanpa anda sedar jodoh sebenarnya boleh mengubah anda menjadi orang yang berbeza. Cinta menyebabkan anda tidak pernah merasakan kekurangan saat bersama dengannya selain melalui beberapa tanda perubahan yang mengasyikkan.
Kesamaan anda dan pasangan membuatkan segalanya terasa indah dan bahagia walaupun ada ketikanya anda berdua dilontarkan dengan masalah serta ujian. Itulah adat resam yang harus dilalui oleh setiap pasangan bercinta sebelum jodoh itu berakhir dengan sebuah perkahwinan.
1. Mula melihat kehidupan dalam perspektif berbeza
Ketika anda bertemu dengan jodoh yang tepat, akan akan mula melihat diri anda dalam perspektif berbeza yang lebih positif. Malah hari-hari yang anda lalui lebih optimis dan hasilnya membuatkan anda berusaha menjadi pasangan yang lebih baik untuk orang lain. Kehadiran si dia ternyata membuatkan kehidupan anda menjadi lebih sempurna.
2. Orang lain tidak lagi menjadi perhatian anda
Ketika anda yakin bahawa si dialah orang yang akan membahagiakan anda buat selamanya, tiada insan lain lagi yang mampu memikat hati anda. Malah anda merasakan orang lain hanyalah biasa sehinggakan anda pasti tidak akan tertarik dengan orang lain lagi.
3. Rasa semakin yakin dan tidak ragu-ragu dengan hubungan ini
Saat menjalinkan hubungan cinta ada ketikanya anda ragu-ragu dengan pasangan. Namun saat anda bertemu dengan jodoh yang tepat, keraguan itu semakin hari semakin hilang perlahan-lahan. Ini kerana ada berdua saling melengkapi dan sudah boleh menerima kekurangan masing-masing.
4. Lakukan perkara baharu yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini
Benarlah cinta mengubah segalanya. Ketika anda tahu dia pasangan yang sesuai untuk anda, perkara yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini juga boleh anda lakukan sekarang semata-mata kerana orang tersayang. Anda juga ingin tahu lebih banyak tentang kegemaran, hobi dan minatnya sehinggakan anda bersedia untuk melakukan perkara baharu yang anda tidak pernah terfikir pun nak buat sebelum ini.
5. Mula mengambil berat tentang penampilan diri
Ternyata jodoh akan membawa sisi berbeza daripada segi keperibadian terutamanya soal penampilan diri. Dengan hadirnya jodoh yang tepat, anda semakin cerewet dengan penampilan diri kerana anda ingin tampil sempurna dan kemas di mata pasangan. Jika sebelum ini kuku pun jarang potong dan dibiarkan kotor namun kehadiran si dia membuatkan anda sentiasa bersih, rapi dan menghargai diri sendiri supaya kekasih hati tidak beralih arah kepada orang lain.
5. Ada hubungan yang lebih baik dengan orang sekeliling
Anda akan lebih menghargai setiap hubungan di sekeliling anda apabila hadirnya jodoh yang tepat. Ini kerana anda sudah mempunyai sifat lebih penyayang dan berkasih sayang. Sebaiknya sahaja anda terikat dengan perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan, begitu jugalah anda inginkan sebuah ikatan kasih sayang dengan orang sekeliling anda.
6. Menjadi penyelesai masalah yang baik
Saat anda bertemu dengan seseorang yang sudah melengkapkan hidup anda, anda akan merasakan lebih kuat dan miliki sifat percaya diri. Kekuatan ini membuatkan anda lebih baik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sehinggakan anda berusaha membaiki apa jua masalah yang ada dalam diri anda.
7. Berkongsi rahsia diri kepada pasangan
Kepercayaan merupakan asas terbesar dalam jangka panjang sesebuah hubungan. Saat anda sudah mula membicarakan tentang rahsia diri anda kepada pasangan, itu tandanya anda sudah miliki kepercayaan terhadapnya kerana anda tahu dialah insan yang bakal menjadi pendamping anda nanti.
8. Membayangkan masa depan bersamanya
Saat merasakan hubungan cinta kalian akan berakhir ke gerbang perkahwinan, anda dan pasangan sering membicarakan tentang bayangan masa depan yang indah-indah untuk hidup bersama.
9. Hasrat kenalkan pasangan dengan orang tua
Apabila anda yakin dia jodoh sesuai dan rasa bangga dengan kehadirannya, tentu sahaja anda tidak mahu menangguh hubungan ini untuk tempoh yang lebih lama. Langkah terakhir yang terbaik adalah membawa pasangan anda berkenalan dengan orang tua sebelum anda dan pasangan mengikat hubungan yang lebih serius.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebulan hilang 9kg. Tengok warna dia pon dah mengancam kan. Siapa-siapa yang berhasrat ingin menurunkan berat badan atau menjaga pemakanan. Makanan diet ringan ini sangat sesuai untuk anda. Malah, anda juga boleh mengamalkannya untuk waktu sarapan dan makan malam.
Sebenarnya ini lah menu paling mudah, ringkas, dan cepat anda boleh amalkan. Ia juga menyihatkan. Jom kita lihat cara buat dan menyediakannya. Selamat mencuba!
Oat 6 sudu bsr
Yogurt origenal 1@2 sudu bsr
Buah ( bole pelbagaikan)
Susu segar(low fat/full cream)
Madu 1sudu bsr
Setelah selesai. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6jam. Ia memang lebih enak jika dimakan sejuk.
Kredit: Ros Amira Mamat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!