Bagi anda yang bakal melangsungkan perkahwinan, penjagaan kecantikan bukan sahaja dari segi luaran semata-mata tetapi juga dalaman. Air detoks bukan sahaja bagus untuk membantu proses menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama menjadikan kulit cantik berseri.
Air detoks berfungsi untuk membuang toksin dalam badan. Penyediaan air detoks sangat mudah. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis buah-buahan dan juga sayur-sayuran.
Melalui perkongsian Afy Al Habibi, wanita ini berkongsi resipi air detoks yang diamalkannya.
Menurut wanita ini, air detoks tersebut menjadikan tubuh segar dan bertenaga. Air detoks ini juga turut digelar ‘air detoks cantik’ kerana manfaatnya bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan luaran dan juga dalaman.
AIR DETOKS CANTIK
Bahan-bahan:
1 cawan air panas
1 uncang teh (lebih elok dan sedap jenama Ahmad Tea London)
1 hiris lemon
2 hingga 4 kuntum bunga kekwa (lalukan air sebelum guna)
1/2 sudu teh madu asli (optional- letak lepas air sudah mula suam)
Ads
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan semua bahan di atas dalam satu gelas. Perah sehiris lemon.
Ads
2. Biarkan bunga kekwa kembang seketika. Selepas air rendaman menjadi suam-suam kuku, masukkan madu asli.
3. Untuk kesan yang efektif, minum ketika masih suam.
NOTA: Jangan buang kekwa yang direndam. Anda boleh makan sambil mengunyah bunga kekwa itu.
Khasiat bunga kekwa:
*kaya dengan vitamin A dan C. Kedua-dua vitamin ini penting untuk sistem kekebalan tubuh.
Ads
*melancarkan peredaran darah.
*menjadikan kulit wajah jadi lebih berseri.
*meningkatkan kesihatan mata.
*mencegah osteoporosis. Kandungan mineral dalam bunga kekwa berrmanfaat untuk kesihatan tulang.
Elok diamalkan sebelum majlis berlangsung. Lagi cepat lagi bagus sebab boleh nampak kulit lebih berseri dan segar.
Buat perempuan yang bakal jadi pengantin, kalau anda nak kulit cantik tanpa sebarang cela, boleh amalkan pakai masker pisang.
Anda boleh dua cara, nak guna tanpa serum atau nak lagi cun, boleh titik beberapa titis serum.
Pakai Masker Pisang
Sebenarnya anda boleh je guna masker pisang tanpa menambah sebarang serum, tetapi jika ada boleh lah campur sekali.
Kulit Cantik Amal Masker Pisang, Pakai 20 Minit Je Dah Cukup
Apa kata cuba petua ni. Hanya menggunakan buah pisang berangan sebagai bahan campuran bersama bahan-bahan yang lain, ia dijadikan sebagai masker untuk kulit kembali berseri.
1/2 pisang berangan
3 titis Serum ( untuk cepat resap dalam kulit )
1/2 sudu kecik kulit kayu manis
1 sudu kecik madu
1 sudu air masak
Cara-cara:
1. Lenyek pisang, campur madu, kulit kayu manis tu parut boleh tumbuk pun boleh.
2. Letak serum untuk cepat resap masuk kulit.
3. Cuci muka dan tangan.
4. Apply kat muka. Biarkan 15-20minit kat muka. Bilas. Akan rasa best sangat muka akan lebih mulus dan cerah.
KHASIAT:
Pisang
Ada vitamin A,B, E yang penting untuk kulit lebih segar dan mulus.
Buang sel sel kulit mati yang lambatkan pembaruan sel kulit baru.
Cerahkan kulit muka.
Madu
Kulit lebih halus bila di pegang lebih lagi campur dengan pisang.
Lembap kan kulit yang kering.
Cerahkan kulit dan sekatakan tona kulit.
Remajakan kulit dari nampak tua.
Kulit Kayu Manis
Menghilang garis halus.
Menghilangkan parut hitam atau putih.
Mencerahkan kulit.
Menghilangkan jerawat.
Serum
Tujuan serum menambahkan penyerapan berganda dari khasiat bahan lain.
Remajakan kulit.
Khasiat bergantung atas bahan dalam serum.
Ada perkara yang boleh kita kongsi secara terbuka dan ada yang seeloknya disimpan sahaja. Biarlah kita dan pasangan sahaja tahu terutama bab-bab hubungan dengan pasangan masing-masing.
Seakan trend, pasangan suami dan isteri pada hari ini tanpa segan silu mempamerkan kemesraan mereka untuk tatapan umum. Adegan-adegan yang sepatutnya tidak perlu dikongsi malah dipertontonkan tanpa ada rasa bersalah. Malah ada yang bangga dengan aksi-aksi ‘terlampau’ tersebut.
Berikut perkongsian Sharifah Zahidah tentang budaya yang seakan sudah sebati dengan masyarakat kita hari ini.
Boleh beritahu dunia kita sayangkan suami, kita sayangkan isteri kita.
Cumanya, cukuplah dengan kata-kata.
Tak perlu tunjuk dengan aksi-aksi manja.
Aksi manja itu semua, kenangan sulit dan eksklusif antara kita berdua saja dengan pasangan masing-masing.
Saya hairan dengan trend romantis dalam bilik tidur yang kian menjadi-jadi dibawa dan DITULAR di dalam media sosial.
Trend dukung. Trend cium. Trend usap dada. Trend peluk manja. Trend laga hidung dekat-dekat dengan pandangan berahi Gambar sekadar hiasan.
We are ENOUGH.
We dont need anyone to approve us or we dont have to prove anything to the world about our sincere love towards each other.
Tak perlu.
Belajar untuk simpan apa yang sepatutnya disimpan.
Itu lebih dekat dengan iman.
Jangan hanyut dengan trend yang merosakkan peradaban.
Yang mengundang murka Tuhan. Yang merenggut berkah perkahwinan. Yang merentap kesucian sebuah ikatan yang dihalalkan dengan nama Tuhan, yang punyai panduan dan kemuliaannya tersendiri
Tak semua yang halal dibuat dalam rumah adalah turut halal dibuat di luar rumah.
Kadang ianya mengundang fitnah. Dan Islam mengajar kita untuk jauhkan diri dan keluarga sama ada dari fitnah perbuatan orang lain, apatah lagi fitnah dari perbuatan diri sendiri.
Musim cuti sekolah sekarang ini memang banyaklah jemputan perkahwinan yang kita terima. Menghadiri majlis perkahwinan juga memberi peluang untuk kita bertemu dengan sanak saudara juga rakan dan taulan.
Kebiasaannya pada waktu-waktu beginilah masing-masing dapat bersua muka. Kesibukan bekerja menyebabkan ada di antara hanya dapat bertemu sanak saudara setahun sekali. Itu pun pada hari raya.
Bagaimanapun ada perkara yang kita perlu perhatikan dan ambil berat ketika memenuhi jemputan majlis perkahwinan.
Melalui perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli, wanita ini berkongsi tentang perkara-perkara yang perlu kita ambil kira berkaitan tentang majlis perkahwinan. Moga tip ini dapat dijadikan panduan untuk semua.
Sekarang musim kenduri kahwin. Mari baca beberapa perkara tentang kenduri kahwin yang perlu kita tahu:
1. Paling penting, jangan berkecil hati bila anda tidak dijemput walaupun oleh kawan yang anda anggap dekat atau rapat. Barangkali majlis diadakan untuk bajet yang terhad. Barangkali mereka betul-betul terlepas pandang. Barangkali memang dikhususkan untuk keluarga sahaja. Berjimat ketika majlis kahwin adalah sangat bagus kerana wang yang ada boleh digunakan untuk perkara yang lebih perlu selepas kahwin nanti.
2. Jangan berpakaian keterlaluan ketika ke majlis kahwin. Ianya juga bukanlah tempat untuk berlumba menunjukkan rantai labuh dan gelang besar. Dan cubalah elakkan dari memakai pakaian melebihi dari baju pengantin. Solekan juga sebaiknya biarlah sederhana. Maafkan saya sahabat wanita semua. Tetapi “less is more”…. (Melainkan jika ada tema tertentu dan anda mahu berpakaian mengikut tema).
3. Jika hidangan dalam bentuk “buffet” ambillah makanan yang boleh anda makan sahaja. Jangan ambil terlalu banyak ya. Kemudian ditinggalkan sahaja di meja kerana tidak dapat dihabiskan. Walaupun ianya percuma, tetapi cubalah elakkan pembaziran. Ajarkan anak-anak tentang ini.
4. Jangan mengeji jika makanan kurang enak atau tidak mengikut selera anda. Jika tidak suka, jamah sedikit dan simpanlah kata-kata tidak baik di dalam hati sahaja. Syukur untuk setiap rezeki yang Allah beri. Syukur kita dijemput.
5. Tinggalkan meja makan dalam keadaan baik. Usah tinggalkan sisa makanan dan longgokan tisu di meja makan.
6. Usah berkecil hati jika tuan rumah tidak sempat datang ke meja anda. Atau kelihatan tidak cukup tersenyum kepada anda. Biasanya tuan rumah sangat keletihan. Bahkan orang kata seolah “dah tak nampak orang”…. Pergilah kepada tuan rumah dan ucapkan terima kasih.
7. Jika mampu, boleh hulurkan hadiah dalam bentuk wang ringgit. Ianya seperti buah tangan. Memberi wang tunai adalah lebih mudah dan boleh digunakan oleh tuan rumah atau penganti untuk perkara yang perlu. Untuk lebih manis, masukkan wang pemberian dalam sampul.
8. Biarpun hari kenduri, jangan lupa tanggungjawab kepada Ilahi. (Jangan “skip” solat).
9. Seboleh mungkin, cubalah untuk memenuhi undangan tanpa memilih sama ada majlis diadakan di kampung dalam suasana yang sangat sangat sederhana atau di hotel yang besar ternama.
Saya pernah hadir ke majlis kenduri kahwin di sebuah kampung. Ianya sebuah majlis kenduri yang sangat sederhana. Hanya ada sebuah khemah kecil dipasang. Lauk kenduri adalah Singgang Keladi, Gulai Daging Kerbau, Sambal Belacan dan Tembikai sebagai manisan. Ada Air Sirap juga. Alhamdulillah, walaupun berbunyi seperti hidangan ringkas, tetapi sangatlah enak!
Biarpun kendurinya kecil, jemputan boleh hadir tanpa had. Mereka yang dijemput datang seisi keluarga. Stail orang zaman dulu pergi kenduri… begitulah. Jika ada anak lima orang, semua akan datang bersama. Seronok saya tengok.
Majlis kahwin juga adalah tempat berkumpul bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat yang ada. Jadi, raikanlah sahabat yang menjemput anda dengan sebaik mungkin.