Cantik Luaran & Dalaman Masa Kahwin Nanti, Boleh Try Minum Resipi Air Detoks Wanita Ini Kongsi

Share

Bagi anda yang bakal melangsungkan perkahwinan, penjagaan kecantikan bukan sahaja dari segi luaran semata-mata tetapi juga dalaman. Air detoks bukan sahaja bagus untuk membantu proses menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama menjadikan kulit cantik berseri.

Air detoks berfungsi untuk membuang toksin dalam badan. Penyediaan air detoks sangat mudah. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

Melalui perkongsian Afy Al Habibi, wanita ini berkongsi resipi air detoks yang diamalkannya.

Menurut wanita ini, air detoks tersebut menjadikan tubuh segar dan bertenaga. Air detoks ini juga turut digelar ‘air detoks cantik’ kerana manfaatnya bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan luaran dan juga dalaman.

AIR DETOKS CANTIK 

Bahan-bahan:

1 cawan air panas
1 uncang teh (lebih elok dan sedap jenama Ahmad Tea London)
1 hiris lemon
2 hingga 4 kuntum bunga kekwa (lalukan air sebelum guna)
1/2 sudu teh madu asli (optional- letak lepas air sudah mula suam)

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan semua bahan di atas dalam satu gelas. Perah sehiris lemon.

2. Biarkan bunga kekwa kembang seketika. Selepas air rendaman menjadi suam-suam kuku, masukkan madu asli.

3. Untuk kesan yang efektif, minum ketika masih suam.

NOTA: Jangan buang kekwa yang direndam. Anda boleh makan sambil mengunyah bunga kekwa itu.

Khasiat bunga kekwa:

*kaya dengan vitamin A dan C. Kedua-dua vitamin ini penting untuk sistem kekebalan tubuh.

*melancarkan peredaran darah.

*menjadikan kulit wajah jadi lebih berseri.

*meningkatkan kesihatan mata.

*mencegah osteoporosis. Kandungan mineral dalam bunga kekwa berrmanfaat untuk kesihatan tulang.

Elok diamalkan sebelum majlis berlangsung. Lagi cepat lagi bagus sebab boleh nampak kulit lebih berseri dan segar.

Sumber: Afy Al Habibi

Kredit foto: Pexels

Published by
Hasliza