Luka jahitan bersalin memang perlu dijaga dengan betul agar ia cepat sembuh sekaligus mengelakkan risiko ia terbuka semula. Bahagian Miss V juga akan kembali cantik. Sebab itu, mak-mak yang baru lepas bersalin dinasihatkan agar menitikberatkan pemakanan, kebersihan dan cara berjalan.

Jururawat terlatih ini,  Noor Shafinah Mamat telah berkongsi cara sebenar untuk jaga luka bersalin, setelah jahitan pesakitnya terbuka pada hari ke 9 berpantang.

8 TIP PENJAGAAN LUKA BERSALIN

1. CUCI LUKA

  • Silalah baring. Lepas selesai mandi atau buang air, lap kering-kering guna tisu gulung atau tuala.
  • Kemudian, ambil masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dalam 5 minit.
  • Selepas letak ubat kuning, anginkan lagi 5 minit. Beli kipas kecil lebih senang untuk kita keringkan tempat luka.

2. BOTOL PENYEMBUR

  • Beli di kedai botol penyembur yang kecil. Isi ubat kuning. Sembur banyak, biar bahagian dalam lipatan jahitan itu pun kena.
  • Jika ubat kuning habis, boleh minta lagi di klinik kesihatan. Jika guna kapas, tekap perlahan-lahan. Tapi pastikan yang ubat kuning itu kena pada kawasan luka.

3. KURANGKAN BERJALAN, TAPI BOLEH BERSENAM

  • Jika perlu sangat untuk berjalan, tolonglah kepit betul-betul. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging bercantum elok.
  • Senaman kegel pun menggalakkan peredaran darah ke tempat luka, luka lagi cepat sembuh.

4. TUKAR PAD SECARA KERAP

  • Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. Kalau anak meragam, buatlah kerap mana yang mampu.
  • Tapi jangan tunggu 5 hingga 6 jam, cepatlah melecet nanti. Lagi teruk, kuman membiak.

5. VITAMIN C, ZINC

  • AmbiL Vitamin C. Beli di farmasi ,asalkan kita cepat baik. Bagi yang boleh makan buah oren, lebih baik makan buah asli. Luka cepat kering.

6. AIR GARAM

  • Ada kata garam ini cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka
  • Jadi, buatlah air garam sehari sekali. Air garam pun boleh dimasukkan dalam botol penyembur kemudian sembur sahaja selepas buang air.  Kalau dapat berendam lagi bagus.

7. BUANG AIR-ELAK SEMBELIT

  • Minum air cukup, makan buah dan sayuran hijau.
  • Kalsium juga boleh mengelakkan sembelit. Jika susa minum susu, ambil OSTEOMATRIX kalsium . Sembelit memang akan kacau tempat jahitan tu, takut terbuka. Jangan teran-teran sangat ye.

sumber : Facebook Noor Shafinah Mamat