Terdapat pelbagai ‘trend’ kek perkahwinan pada masa ini, antaranya adalah, Naked Cake, Tall Cake, Dripping Cake, Rustic Cake dan Succulent Fresh Flower. Buttercream dijadikan pilihan utama masa kini disebabkan harganya yang berpatutan berbanding kek fondant.

Buttercream juga lebih mudah untuk dibuat dekorasi seperti meletak bunga segar yang menjadi pilihan masa kini. Dari segi rasa, Buttercream juga lebih sedap dimakan kerana tidak terlalu manis berbanding fondant.

Nak Cuba Kelainan Masa Kahwin? Cuba Tempah Buttercream Kek!

Selain itu Buttercream juga lebih senang untuk di custom made mengikut cita rasa pengantin di mana pilihan pengantin masa kini lebih kepada minimal atau ‘less is more’ dan pengkhususan diberi kepada rasa kek itu sendiri. Disebabkan itu, pengantin dapat memilih pelbagai perisa kek mengikut citarasa mereka sendiri. Ada juga pengantin yang memilih untuk mendapatkan perisa kek yang berlainan rasa untuk setiap tingkat, sebagai contoh kek 3-tier, di bahagian bawah atau base pengantin mungkin mahukan perisa Buttercake dan tingkat kedua atau 2nd tier diletakkan Pandan Gula Melaka kek dan tingkat paling atas diletakkan kek coklat.

Nak Cuba Kelainan Masa Kahwin? Cuba Tempah Buttercream Kek!

Ads

Trend terkini yang menjadi ikutan ramai boleh dilihat ketika perkahwinan Prince Harry dan Meghan Markle the Duchess of Sussex. Pada majlis perkahwinan mereka, dapat dilihat kek perkahwinan pasangan diraja itu  merupakan kek Raw Edge Cake yang dibuat menggunakan Buttercream dan mempunyai dekorasi ala minimal di mana ketidakseimbangan dapat dilihat pada kek dekorasi itu. Ini menunjukkan bahawa Simplicity is Art di mana desain kek itu walaupun dilihat tidak serata, ia tetap unik dan cantik malah sesuai bagi pasangan yang muda.

Nak Cuba Kelainan Masa Kahwin? Cuba Tempah Buttercream Kek!

Ads

Walaubagaimanapun, kek Buttercream  mempunyai kelemahannya sendiri seperti dengan keadaan cuaca di Malaysia, Buttercream mudah cair sekiranya tidak disimpan di tempat yang sejuk oleh yang demikian kek jenis ini tidak sesuai untuk majlis perkahwinan di taman (Garden Wedding).

Kek jenis ini juga tidak kelihatan begitu kemas berbanding kek  fondant di mana dari mata kasar fondant lebih dilihat dapat memberi kekemasan secara keseluruhan. Kek Buttercream juga lebih tinggi risikonya apabila hendak dibawa dari satu tempat ke satu tempat yang lain, di mana kek ini lebih mudah bergerak dan lebih fragile. Oleh itu, bagi pengantin yang inginkan kek Buttercream digalakkan supaya membuat pesanan dengan Baker yang dekat dengan majlis perkahwinan mereka, supaya ini dapat mengurangkan risiko ketika perjalanan kek itu.

Ads

Nak Cuba Kelainan Masa Kahwin? Cuba Tempah Buttercream Kek!

Sedikit panduan bagi mereka yang inginkan kelainan dari segi kek perkahwinan pada majlis istimewa mereka:

  • Apa yang diidamkan oleh anda sendiri dan bukannya yang diidamkan oleh orang lain.
  • Ikut kesusaian bajet anda. Tidak semestinya yang mahal itu cantik, yang murah itu tidak cantik. Pastikan anda memilih kek yang sesuai dengan majlis dan cita rasa anda.
  • Pilihlah Baker yang bertauliah. Terdapat ramai Baker yang dapat memenuhi cita rasa dan bajet anda. Pilih yang paling sesuai dengan anda.
  • Pilih kek yang bukan sahaja cantik dilihat, malah sedap dimakan. Ini kerana, kek yang anda potong di atas pentas itu akan diberi kepada meja makan utama dan juga kepada setiap tetamu yang hadir ke majlis istimewa itu.

 

Sumber foto: Pintrest

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI