Setelah menetapkan tarikh untuk majlis pernikahan, bakal pengantin pastinya sibuk menyiapkan dulang hantaran untuk diberikan buat si dia. Ambil masa dengan pasangan untuk duduk berbincang keperluaan barang yang mahu dibeli. Sebaiknya beli barang yang dia akan pakai dan suka, maka tidak wujudnya pembaziran di kemudian hari. Banyakkan berbincang supaya dapat selesaikan perkara ini segera.
Feyy Redzuan dari @susunbyfeyyredzuan berkongsi tip manfaat untuk bakal pengantin dalam menampilkan barang hantaran yang diberikan kelihatan ‘wow’.
1- Susunan bunga, dulang dan posisi barang sangat penting untuk memberi kesempurnan kepada sesebuah hantaran.
2- Pilihan barang untuk diletakkan pada hantaran juga penting. Jika tidak memilih barang yang sesuai, hantaran akan kelihatan tidak eksklusif
3-Pelamin dan busana pengantin mempunyai tema yang tersendiri, seperti juga hantaran perlu ada tema dan konsep supaya sesebuah hantaran itu menjadi menarik dan eksklusif.
Ads
4- Pilihan warna yang terang dan warna-warna yang lembut menjadi trend masa kini. Warna terang dapat menaikkan sesebuah hantaran itu.
5- Konsistensi amat penting bagi hantaran, jika tidak hantaran akan nampak tidak sama dan sekata dengan hantaran-hantaran yang lain.
6- Pilih bajet yang sesuai dengan kemampuan tetapi kelihatan eksklusif.
Ads
7- Jika membuat hantaran sendiri, perlu membeli bunga satu hari sebelum gubahan supaya bunga kelihatan segar pada hari yang digunakan nanti.
8- Kombinasi bunga besar, bunga sederhana, bunga kecil dan daun juga memainkan peranan besar bagi sesebuah hantaran untuk mendapatkan alunan dalam sesebuah hantaran. Tidaklah hantaran itu kelihatan mendatar dan sekata sahaja.
Ads
9- Perlu memilih saiz barang hantaran yang sesuai dengan tray dulang. Jika terlalu besar, hantaran akan menjadi padat dan tidak kemas.
10- Pastikan gubahan hantaran diletakkan dalam bilik berhawa dingin ataupun suhu bilik.
Kredit Foto: @luqmanhere
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi trend masa kini ramai yang inginkan melangsungkan perkahwinan di Banglo, Villa atau Ballroom. Mengadakan majlis perkahwinan di hotel terkemuka memang menjadi impian setiap pasangan mempelai, namun niat itu lazimnya terbantut disebabkan kosnya yang terlalu tinggi. Namun begitu, terdapat hotel menyediakan pelbagai pakej bagi mempromosikan lokasi perkahwinan yang boleh dijadikan pilihan bakal pengantin. Ada yang menawarkan pakej mampu milik, tetapi masih mengekalkan lokasi mewah bertaraf lima bintang.
Tidak menjadi masalah di mana pilihan anda yang paling penting ikut bajet!
Terdapat 10 lokasi boleh menjadi pilihan pasangan di luar sana. ‘Tepuk dada tanya selera ye!’
1. Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Pakej Sekapur Sireh Wedding serendah RM1488 dan Maharaja Wedding pula RM1688. WOW!
2. Hilton, Petaling Jaya
3. Royal Chulan, Mutiara Damansara
4. Shangrila, Kuala Lumpur
5. One World Hotel, Bandar Utama
6. D’Tahta, Shah Alam
7. Bizmilla, One City Subang Jaya
8. Glam Hall, Damansara Perdana
9. Laman Kayangan, Sek 7
10. Glass House, Seputeh
Dalam banyak-banyak Hall dan Hotel ni mana agak-agak menjadi pilihan hati, dengan dekorasi yang menawan mampu memukau perhatian para tetamu. Paling penting harga yang mampu milik menjadi kini menjadi milik para pasangan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan mereka yang gilang gemilang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau badan isteri dah berubah bentuk selepas melahirkan zuriat, tetaplah hargai dan sayanginya seperti awal perkahwinan.
Perubahan ini adalah biasa apabila seseorang selesai melahirkan anak tidak kira secara normal atau pembedahan. Jadi suami kena banyak bagi semangat pada golongan isteri.
Mungkin ada suami yang boleh terima tetapi yang sebaliknya, boleh ubah pandangan untuk lebih menhargai pengorbanan isteri lahirkan anak.
Kalau Badan Isteri Dah Berubah Bentuk
Berbincang soal ini, baru-baru ini pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menasihati golongan suami agar menghargai pengorbanan para isteri terutama saat mereka bertarung nyawa melahirkan cahaya mata.
Ujar Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, kaum hawa merupakan golongan terhebat.
“Besar pengorbanan isteri kita, dia sudah melahirkan zuriat dan kita pun tenang tengok anak-anak membesar dengan sihat.
“Kalaulah ada lebihan-lebihan ‘tayar spare’ dekat badan dia atau badan dia dah tak macam dulu, janganlah dilihat kepada itu semata-mata.
“Kita pandang dari sudut pengorbanan seorang isteri yang berjuang melahirkan benih kita juga,” katanya menerusi satu video dalam TikTok.
Masuk Tengok Isteri Bersalin
Berkongsi pengalaman, bapa kepada dua putera itu sempat menceritakan momen berharga ketika menyaksikan sendiri proses kelahiran kedua-dua permata hatinya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
“Sebab tu orang lelaki, kalau isteri tengah bersalin tolonglah masuk tengok. Saya pertama kali masuk rasa nak pitam dalam bilik tu, selepas itu yang kali kedua pun saya rasa nak muntah, bukan geli, tapi rasa kasihan.
“Perubahan fizikal pada tubuh badan wanita selepas bersalin seharusnya dihargai. Kalau dia pakai seksi dan ada ‘beberapa lebihan’, jadikan satu peringatan untuk kita.
“Kita hargailah pasangan kita, terutama yang pernah bersalin dengan penuh kesusahan,” ujarnya panjang lebar.
Tinjauan menerusi ruangan komen video tersebut mendapati rata-rata netizen senada dengan PU Riz selain menyifatkan Neelofa sebagai seorang wanita bertuah kerana memiliki suami yang matang dan memahami.
Sekadar info, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua putera iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, tujuh bulan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada sebarang gangguan lebih-lebih lagi pasangan yang baharu berumahtangga. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan adalah dengan melakukan 7 perkara ini.
.
1. Membaca al-Quran
Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada sebarang gangguan.
Zikir ketika masuk dan keluar rumah.
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” – (Riwayat Abu Daud).
2. Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah
Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” – (Surah an-Nur, ayat 61).
Imam an-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.” Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.
.
3. Zikir ketika makan dan minum
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, sya1tan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka ia mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, sya1tan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).
4. Membersihkan rumah daripada gambar patung
Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.
Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?
Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?”
Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.”
Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.
.
5. Membanyakkan solat sunat di rumah
Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan sya1tan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).
Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” – (Riwayat Nasai’).
6. Harmonikan rumah tangga
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya ibl1s meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” – (Riwayat Muslim dan Nawawi).
Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan sya1tan dan konconya.
7. Bentengkan anak daripada gangguan sya1tan
Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh sya1tan dari awal lagi.
Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah sya1tan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah sya1tan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).
Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. – (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).
Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan sya1tan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.”
Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” – (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).
kredit : RAHSIA PERKAHWINAN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!