Setelah menetapkan tarikh untuk majlis pernikahan, bakal pengantin pastinya sibuk menyiapkan dulang hantaran untuk diberikan buat si dia. Ambil masa dengan pasangan untuk duduk berbincang keperluaan barang yang mahu dibeli. Sebaiknya beli barang yang dia akan pakai dan suka, maka tidak wujudnya pembaziran di kemudian hari. Banyakkan berbincang supaya dapat selesaikan perkara ini segera.
Feyy Redzuan dari @susunbyfeyyredzuan berkongsi tip manfaat untuk bakal pengantin dalam menampilkan barang hantaran yang diberikan kelihatan ‘wow’.
1- Susunan bunga, dulang dan posisi barang sangat penting untuk memberi kesempurnan kepada sesebuah hantaran.
2- Pilihan barang untuk diletakkan pada hantaran juga penting. Jika tidak memilih barang yang sesuai, hantaran akan kelihatan tidak eksklusif
3-Pelamin dan busana pengantin mempunyai tema yang tersendiri, seperti juga hantaran perlu ada tema dan konsep supaya sesebuah hantaran itu menjadi menarik dan eksklusif.
4- Pilihan warna yang terang dan warna-warna yang lembut menjadi trend masa kini. Warna terang dapat menaikkan sesebuah hantaran itu.
5- Konsistensi amat penting bagi hantaran, jika tidak hantaran akan nampak tidak sama dan sekata dengan hantaran-hantaran yang lain.
6- Pilih bajet yang sesuai dengan kemampuan tetapi kelihatan eksklusif.
7- Jika membuat hantaran sendiri, perlu membeli bunga satu hari sebelum gubahan supaya bunga kelihatan segar pada hari yang digunakan nanti.
8- Kombinasi bunga besar, bunga sederhana, bunga kecil dan daun juga memainkan peranan besar bagi sesebuah hantaran untuk mendapatkan alunan dalam sesebuah hantaran. Tidaklah hantaran itu kelihatan mendatar dan sekata sahaja.
9- Perlu memilih saiz barang hantaran yang sesuai dengan tray dulang. Jika terlalu besar, hantaran akan menjadi padat dan tidak kemas.
10- Pastikan gubahan hantaran diletakkan dalam bilik berhawa dingin ataupun suhu bilik.
Kredit Foto: @luqmanhere