Nak Hentikan Pertengkaran Dengan Pasangan, Cuba Buat 6 Strategi Ini. Gerenti Berkesan!

Share

Setiap hubungan dalam percintaan pasti ada pasang dan surutnya. Pertelingkahan dan pertengaran sering berlaku dan perkara ini dianggap normal dalam sesebuah perhubungan. Namun, sekiranya perkara ini berterusan dan tidak menemukan jalan penyelesaian, ia boleh membawa kepada keretakan kepada hubungan tersebut.

Sebab itulah pentingnya tolenrasi antara pasangan bagi menjamin hubungan yang lebih kukuh. Sikap ego dan pentingkan diri juga dibuang. Untuk hentikan pertengkaran dalam hubungan, Pesona Pengantin kongsikan 6 strategi berkesan yang pasti membuatkan hubungan anda kembali berputik dan mekar!

1. JANGAN ASYIK NAK MENANG

Pertelingkahan tidak akan berakhir sehingga seorang mengaku kalah. Mereka yang selalu memikirkan kemenangan di dalam pergaduhan tidak akan mendapat jalan penyelesaian untuk sebab penyebab anda berdua bergaduh. Mungkin anda boleh biarkan anda berdua tenang seketika dan baru memulakan perbincangan mengenai masalah yang dihadapi. Tengking menengking untuk mencapai kemenangan tidak membawa kepada penyelesaian.

2. FIKIR SESUATU YANG MENGGEMBIRAKAN

Sekiranya si dia sedang membebel dan memarahi anda, pandang ke matanya dan fikirkan sesuatu yang menggembirakan anda tanpa memberi sepenuh perhatian kepada apa yang dikatakannya. Orang sedang marah, pasti keluar sesuatu yang kurang menyenangkan dari mulut mereka dan akan membuatkan anda naik marah juga. Sekiranya anda tidak respons, kemarahan pasangan akan cepat reda.

3. CUBA UNTUK POSITIF

Bertengkar adalah perkara yang memenatkan, bukan? Oleh itu, jangan panjangkan pertengkaran dengan pertengkaran baru hanya kerana anda ingin menunujukkan ego. Bila anda benar-benar ingin berbaik , jangan ungkit lagi kesalahan-kesalahan pasangan di masa lampau, jangan gunakan kata kasar, jangan menghinanya, dan jangan mencari-cari keburukannya hanya untuk membalas kemarahan. Jadi, pilih kata-kata sebaik mungkin dan cubalah berbicara setulus mungkin.

4. BERFIKIR SEBELUM BERKATA-KATA

Menurut kajian daripada University of Chicago, otak kita mempunyai sifat negatif semula jadi yang akan menjadi aktif setelah menerima berita yang kurang enak. Oleh kerana itu ketika marah, kita akan secara automatik mengungkit perkara yang tidak elok atau mengeluarkan kata-kata negatif yang tidak sepatutnya dikeluarkan dari mulut kita.

Jadi, elakkan untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat ketika pergaduhan takut nanti pasangan akan lebih terluka. Percayalah, anda akan merasa lebih sedih setelah pertelingkahan berakhir dengan kata-kata kesat yang dilemparkan.

5. MAAFKAN DIRI SENDIRI

Selain memaafkan pasangan, memaafkan diri sendiri adalah perkara penting untuk dilakukan. Jangan menyalahkan diri Anda sebagai penyebab pertengkaran. Bertengkar adalah perkara yang biasa yang biasa dilalui oleh semua pasangan. Jangan menganggap perdebatan sebagai sebuah masalah, anggaplah itu sebagai cara anda berbincang dengan pasangan.

Jika perlu, perbaiki cara berbincang bersama pasangan agar tidak jadi peperangan. Hargailah perasaan satu sama lain saat menyampaikan pendapat.

6. SELITKAN UNSUR POSITIF

Ketika pergaduhan, selitkan sedikit unsur positif seperti membuat lawak atau pun memegang tangan pasangan dan memeluknya. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of marriage and Family, sedikit keintiman mampu menambahkan keakraban pasangan. Panggil si dia dengan kata-kata sayang dan ingat susah senang yang anda lalui bersama. Ini dapat memendekkan tempoh pergaduhan anda berdua.

Published by
Fadhli Ismail