Memang betul jodoh adalah ketentuan Allah. Tapi sebagai manusia, kita juga perlu berusaha untuk mencari pasangan hidup kita. Kita yang kena kenal latar belakang mereka, kenal asal usul mereka dan ambil peduli tentang perangai mereka.
Dah selesai bab kenal mengenali, tiba pula bab alam rumahtangga. Ada yang awal-awal lagi set di minda, kahwin akan bahagia. Ingat…ujian dan dugaan Allah akan sentiasa ada. Yang membezakan satu pasangan dengan pasangan lain adalah cara mereka mengawal dan menghadapi ujian itu.
Nasihat padu dari laman Facebook Puan Haitun Kamarazaman ni banyak benarnya. Cuba teliti satu per satu dan renungkan sejenak. Betul kan?
***********************************************************************
Nasihat buat anak gadisku. (Juga anak gadis di luar sana jika ingin dinasihati)
1.Jangan sesekali terjebak laki orang. Jangan sekali-kali percaya mulut manis suami orang. Mereka itu akan memburukkan isterinya demi meraih perhatianmu. Ingat. Suami yang memburukkan pasangannya bukan lelaki yang baik. Curang itu pilihan. Bukan takdir. Mana mungkin kau bahagia pada saat membina hubungan atas air mata dan keruntuhan orang lain.
2. Jangan duduk di rumah mentua atau emak sendiri tanpa alasan yang kukuh. Belajar hidup berdikari suami isteri. Suami yang baik akan menyediakan rumah isterinya, bukan menumpangkan isteri di rumah ibunya. Kalau dia masih mahu berada di bawah ketiak emaknya, itu barangkali dia belum siap untuk bernikah dan memikul tanggungjawab.
3. Pastikan tiada ipar duai dalam rumah sendiri. Ipar duai ada yang kaki mengumpat/hasut. Lagi pun fikirkan aurat dan kebebasan isteri di dalam rumah.
4. Jangan buat loan untuk sesiapa waima suamimu. Banyak jantan suka ambil kesempatan. Suami suruh buat loan nak beli motor besar. Dia berkonvoi dengan kawan-kawan, lagi teruk bawak betina naik motornya. Engkau duduklah dalam rumah melayan anak. Silap hari bulan bercerai, kau yang tanggung hutang. Aku dah tengok dan saksikan banyak hal ini.
5. Kerja. Walaupun dalam Islam, wanita tak wajib cari nafkah, namun zaman ini, segelintir lelaki sukar dipercayai. Ada yang kedekut taik hidung masin dengan bini. Bini nak minta duit suami sendiri pun macam pengemis.
6. Sekali dipukul suami, pakwe, tunang…tinggal terus. Jangan pernah percaya pada jantan kaki pukul. Lelaki budiman tak pukul perempuan.
7. Kena ada ilmu. Ilmu akan menyelamatkan anda daripada ketaatan membuta tuli. Jangan pernah percaya kepada ketaatan tanpa batasan. Kita hamba Allah, bukan hamba suami. Tanpa ilmu, yang paling berpotensi menghinamu barangkali suamimu sendiri.
8. Berdoalah tanpa putus mohon jodoh yang baik kerana doa itu senjata ampuh orang mukmin.
Ada lagi, boleh tambah. Kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Jangan sudah terhantuk baru tengadah. Yang tak setuju jangan menyibuk kat sini. Belajarlah menulis pendapat di wall sendiri.