Hubungan

Nak Hidup Tenang & Tenteram Kahwinlah Jika Sudah Sampai Waktunya

Share

Dalam perkahwinan pasti ada hikmah perkahwinan bagi suami isteri merasai ketenangan dan kebahagiaan hidup. Sekiranya faktor itu hilang maka akan goyahlah sesebuah rumah tangga dan suramlah hubungan suami isteri.

Sesungguhnya Allah S.W.T menciptakan manusia dengan fitrahnya untuk berpasangan. Maka syariat menganjurkan supaya manusia itu berkahwin dengan tujuan untuk meraikan fitrah manusiawi. Bahkan telah sabit beberapa larangan ke atas perbuatan tidak mahu berkahwin.

sekadar gambar hiasan

Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Samurah bin Jundub R.A beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ التَّبَتُّلِ

Maksudnya: Sesungguhnya baginda melarang dari perbuatan al-tabattul (memutuskan diri dari wanita, dan meninggalkan berkahwin). Riwayat Al-Nasaie (3214)

TENTERAM DAN TENANG

Sebuah perkahwinan adalah jalan untuk kita tenteram. Jalan untuk sepasang suami isteri mencari ketenangan.

Namun banyak berlaku hari ini bila suami isteri menjadikan rumahtangga cuma sebagai tempat melepaskan keinginan fitrah. Soal tanggungjawab hilang dan dibiarkan.

Kawan-kawan,

Rumahtangga itu laluan ke syurga. Pertahankanlah biar apa pun berlaku. Kita tak diuji pasangan kita sakit. Kita tak Tuhan uji pasangan kita meninggal saat kita masih di awal perkahwinan.

Saya ada ramai kawan yang kehilangan pasangan dalam tempoh awal rumahtangga. Ada juga kawan yang sampai hari ini, temankan suami yang sedang sakit.

Mereka tabah. Mereka sabar dan tak pernah merungut. Malah gembira ceritakan tentang rumahtangga mereka.

Ujian kita kecil kawan-kawan. Sikit sangat. Pertahankanlah rumahtangga kita. Sampai akhir umur dunia kita.

Moga kita semua dapat ke syurga bersama pasangan masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit: islam itu indah via Firdaus Mokhtar

Published by
NanyRahman