Pada zaman yang serba moden ini, siapa sangka jodoh boleh bertemu atas pertemuan keluarga dan rakan-rakan terdekat. Tidak hairan juga dua hati boleh bertaut menerusi media sosial sebagai medium untuk mencari cinta. Walaupun tidak pernah bersua muka, siapa sangka dua hati dapat dipertemukan menjadi satu.
Pastinya apabila kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk bertemu buat kali pertama, hati menjadi gundah gulana. Khuatir perbualan menjadi janggal dan kekok. Maklumlah, ini kan kali pertama dating dan anda tidak tahu bagaimana untuk menunujukkan reaksi anda di hadapannya.
Tentunya anda bingung apa yang harus dibualkan pada dating pertama ini kan? Jom kita lihat tip berguna agar anda tak kekok saat dating kali pertama dengan si dia.
1. PEMBUKA BICARA
Seperti biasa kala dating pertama anda mulakan dengan senyuman, ucap hello dan bertanya khabar. Untuk menambahkan lagi rasa mesra dalam bertanya khabar tadi tidak salah menyelit tentang keadaan trafik atau dari mana pasangan anda datang tadi. Perbualan kosong sebegini mampu menjadi permulaan yang baik dan jika berborak tentang trafik tadi usah pula anda merungut sehingga merimaskan pasangan.
2. BERKENALAN
Anda boleh meneruskan perbualan dengan cara perkenalan anda diatur. Jika ia diaturkan oleh rakan-rakan, tidak salah rasanya berbual sedikit bagaimana anda dan rakan yang menemukan anda pada dating pertama ini. Dari sini idea perbualan akan berkembang sehingga melibatkan hal-hal lain. Jika anda berkenalan di media sosial, penceritaannya boleh bermula dengan alasan mengapa anda berminat untuk menjadi temannya di laman sosial tersebut.
3. MINAT
Selalunya jika anda berkenalan di mana-mana laman sosial, kemungkinan anda dan dia ada chemistry kerana minat yang sama. Selalunya sama ada minat terhadap seni pop, muzik indie, fesyen atau perniagaan online. Topik berkaitan minat inilah yang akan menjadi titik penting sama ada anda boleh ‘masuk’ bersama atau tidak. Namun usah resah jika minat anda bertentangan kerana yang pasti boleh saja anda bertanyakan lebih lanjut tentang minat pasangan anda tadi.
4. KERJAYA
Setelah semua aktiviti pemanasan komunikasi tadi berakhir, inilah masanya untuk berbual tentang anda dan si dia. Tanyakan apa yang dilakukan dalam kerjaya dan menjadi bonus jika anda tidak punya apapun idea tentang kerjaya pasangan jadi anda boleh memanjangkan lagi tempoh perbualan. Prospek kerjaya, syarikat dan suasana kerja antara isu yang boleh dibangkitkan namun usah sekali bertanya tentang gaji pula.
5. PERHUBUNGAN
Setelah semua perkara tersebut selesai, anda boleh berkongsi tentang status dan selitkan sedikit tentang hubungan yang lalu. Cuma harus diingatkan usah bercerita terlalu dalam kerana pasti saja pasangan anda tidak selesa untuk mendengar kesemuanya. Takut nanti sesi dating pertama itu menjadi sesi luahan hati pula. Cukup sekadar berkongsi berapa lama perhubungan yang lepas serta berkongsi dengan apa yang anda harap atau rancang untuk perhubungan akan datang.
6. LATAR BELAKANG KELUARGA
Perbualan seterusnya boleh berbangkit perihal keluarga. Berkongsi cerita tentang adik-beradik dan ibu bapa. Dalam pada itu, anda boleh selitkan pengalaman bercuti, gelagat anak-anak buah, aktiviti yang kerap dilakukan bersama keluarga dan sebagainya. Dari sini barulah si dia boleh melihat sama ada anda ini seorang yang family type atau sebaliknya.
7. PENUTUP
Tutup dating anda dengan penuh hormat jika anda harus melangkah awal dan jika dating pertama ini membuatkan anda selesa, terus-terang sahaja yang anda berharap akan ada pertemuan kedua dan anda boleh mengenali pasangan dengan lebih rapat. Jika si dia masih menghubungi anda selepas dating pertama itu, pasti ia satu khabar baik untuk anda dan si dia menjalinkan perhubungan yang lebih serius.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI