Apa yang anda rasa bila kulit menggerutu serta selulit degil singgah di paha, perut dan punggung? Pasti sungguh memalukan apatah lagi ketika anda ingin bersama pasangan. Silap-silap mahu diperlinya depan-depan kerana anda tidak pandai menjaga tubuh badan. Mahukah anda berkeadaan sebegini tanpa bertindak untuk mengatasinya?

Setiap wanita pasti sinonim dengan selulit terutamanya wanita yang pernah melahirkan anak. Bukan hanya wanita yang bertubuh besar sahaja mengalami masalah selulit, wanita bertubuh kecil juga bol;eh mengalaminya. Ada beberapa penyebab masalah selulit boleh muncul pada hampir 90% wanita dewasa.

Penyebab berlakunya selulit boleh dikesan apabila anda kurang bersenam sehinggalah adanya penurunan aliran darah, metabolisme yang menurun, kerja pada hati yang lambat, pengambilan makanan yang tinggi lemak, penggantian hormon selama hamil dan menstruasi hingga tingginya toksin dalam tubuh badan.

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah selulit. Pastikan cegah sebelum selulit menghantui anda!

1. Minyak Zaitun

Minyak yang didapati daripada hasil pemprosesan buah zaitun ini memang terkenal mempunyai pelbagai khasiat. Selain kaya vitamin E dan C, minyak zaitun juga tinggi omega 3 dan omega 6.

Hanya perlu sapukan minyak zaitun ke bahagian selulit lalu urutkan sebentar dan biarkan selama beberapa minit. Gunakan secara teratur untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Tidak hanya sekadar menghilangkan selulit, kulit anda juga akan terasa lebih lembap setelah menggunakan minyak zaitun.

2. Lemon

Nak Hilangkan Selulit Degil Singgah Di Paha & Punggung, Apa Kata Cuba 10 Cara Berkesan Ini!

Ads

Salah satu buah dengan kandungan vitamin C yang cukup tinggi ini ternyata boleh menjadi salah satu alternatif untuk menghilangkan selulit. Selain itu, kandungan abrasif yang terdapat dalam lemon dipercayai mampu meresap dan membakar lemak secara berlebihan. Ambil lemon yang berwarna hijau dan belah menjadi dua bahagian. Gosokkan kedua-dua bahagian lemon tersebut secara rata di bahagian selulit hingga kering. Jangan lupa untuk membilasnya menggunakan air panas.

3. Hampas Kopi

Minuman yang satu ini merupakan salah satu pengusir selulit yang berkesan. Kopi merupakan skrub semula jadi yang sangat baik untuk menghaluskan dan mencerahkan kulit hingga boleh mengurangkan lemak di kulit termasuk selulit.

Letakkan tiga senduk makan serbuk kopi lalu tuangkan air panas hingga membentuk pes. Sapu pes kopi ini ke bahagian selulit dan gosok secara perlahan selama 10 hingga 15 minit, kemudian bilas dengan air panas. Untuk hasil yang lebih maksimum, gunakan serbuk kopi yang baharu saja ditumbuk secara manual kerana kandungan mineralnya masih  tinggi.

4. Cuka Epal

Cuka epal yang dikenali sebagai ubat alternatif untuk penderita batu hempedu, ternyata boleh digunakan untuk menghilangkan selulit secara semula jadi. Penggunaannya mudah sekali. Sapukan cuka epal pada perut, paha atau punggung pada malam hari sebelum tidur dan biarkan sepanjang malam. Kemudian bersihkan sisa cuka epal ini keesokan harinya ketika anda bangun tidur.

Ads

5. Lidah Buaya

Tanaman yang juga dikenal dengan nama Aloe Vera ini terkenal untuk menghitamkan rambut di kalangan wanita. Selain itu, ia memiliki kandungan vitamin A, E dan C yang sangat tinggi sehingga baik untuk meremajakan kulit dan wajah.

Cara menggunakannya juga mudah. Kupas bahagian luar lidah buaya lalu sapukan getahnya ke bahagian selulit secara rata. Jangan lupa untuk melakukan terapi ini setiap hari agar anda boleh mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Lobak Merah

Kaya dengan vitamin A, lobak merah juga boleh digunakan untuk menghilangkan selulit secara semula jadi. Kupas lobak merah, potong-potong hingga halus. Campurkan sesendok madu ke dalam adunan lobak merah dan sapu pada bahagian selulit. Biarkan selama dua jam hingga kering lalu bilas dengan air.

7. Tomato

Mudah dan murah, tomato menjadi alternatif untuk menghilangkan selulit pada paha, betis dan punggung. Pelbagai kandungan vitamin yang tinggi pada tomato ini terbukti boleh memperbaiki jaringan kulit yang rosak.

Ads

Potong tomato menjadi dua bahagian lalu sapukan secara merata pada bahagian selulit dan urut dengan lembut. Urutan ini berfungsi untuk membantu menangggalkan sel kulit mati dan melancarkan sistem peredaran darah. Lakukan urutan ini beberapa saat sebelum mandi secara rutin.

8. Air Laut

Ternyata, terapi air laut sudah menjadi salah satu trend alternatif perubatan yang kerap dilakukan ketika ini. Kandungan garam yang tinggi dipercayai boleh membantu memudarkan dan menghilangkan selulit di kulit. Tetapi, hati-hati dalam menggunakannya kerana ada beberapa orang yang alergi dengan air laut.

Sebelum melakukan terapi ini, sapukan sedikit air laut ke kulit terlebih dahulu untuk melihat apakah anda alergi atau tidak. Campur air laut dengan air panas lalu mandi menggunakan air ini sambil diurut lembut di bahagian selulit selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setidaknya dua hingga tiga kali seminggu untuk hasil yang optimum.

9. Diet Sihat

Selain melakukan beberapa terapi di atas, melakukan diet dengan cara memakan makanan yang sihat juga harus diimbangi. Hindari makanan segera, makanan yang dimasak menggunakan minyak yang berlebihan dan makanan dengan kandungan lemak yang tinggi. Pilihlah makanan yang banyak mengandung glukosamin, vitamin B dan asam lemak esensial. Perbanyakan makan sayur dan buah dalam diet serta minum air putih secukupnya untuk mengeluarkan racun-racun dalam tubuh.

10. Rajin Bersenam

Semua hal yang dilakukan di atas tidak dapat menghilangkan selulit secara maksimum tanpa bersenam secara teratur. Selain membuatkan tubuh anda lebih fit, olahraga dapat membakar lemak-lemak yang ada di dalam tubuh.

Pilihlah senaman yang berguna untuk meningkatkan otot agar dapat menghilangkan selulit. Pelbagai jenis senaman yang boleh anda lakukan iaitu joging, berbasikal, pilates hinggalah ke yoga. Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI