Nak Isteri Rajin Masak, Suami Kena Sediakan Semua Ni!

Share

Jika sebelum ini suami tak kisah jika isteri tidak tahu memasak tetapi dalam situasi di mana kita perlu bekerja dari rumah, skil memasak ini amat penting. Maklumlah, 24 jam asyik lapar je. Takkan asyik nak bungkus makanan di kedai kan? Duit pun mengalir lebih laju.

 

Buat suami, jika isteri anda tidak tahu memasak, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka di dapur sebagai tanda sokongan dan galakan. Tentunya selepas ini dia lebih rajin ke dapur selepas ini. Duit pun jimat, makanan yang dimasak juga lebih berkhasiat.

 

1. Sediakan Kelengkapan Yang Cukup

Tentu isteri akan rasa lebih seronok untuk memasak jika barang dapur lengkap. Bukan sahaja barang basah tetapi dari perkakas kecil sehingga yang besar semuanya lengkap. Isteri pasti teruja dan jadi lebih rajin untuk ke dapur.

2. Tag Video Masakan

Semua resipi sekarang boleh diakses menerusi internet. Jadi, rajin-rajinlah tag pasangan anda pada resipi masakan yang mudah dan ringkas untuk dijadikan idea dan galakan buat mereka.

3. Masak Bersama-Sama

Bagi pasangan yang masih berdua, rajin-rajinkanlah diri untuk membantu isteri di dapur. Jangan biarkan dia masak seorang diri. Selain dapat merasa air tangan dia, anda juga boleh meluangkan masa berkualiti bersamanya.

4. Puji Masakan Isteri

Ini paling penting! Bila anda mahu isteri masak setiap hari, ringankanlah mulut untuk memuji masakannya. Tapi jangan hanya puji di mulut, tambahlah nasi dua pinggan, barulah isteri seronok nak masak setiap hari.

5. Jangan Lupa Cuci Pinggan Mangkuk

Dah kenyang tu, jangan lupa basuh pinggan mangkuk di dapur. Tidaklah isteri rasa semua benda dia kena buat. Tunjukkanlah effort anda sedikit sebagai tanda terima kasih kerana masak untuk anda.

Published by
Anis Nor