Nak Jumpa Bakal Mak Mentua, Kuasai Dulu Tip Ni!

Share

Bagi yang sudah melalui fasa memiliki hati mak mentua ini tentu tahu macam mana masa awal-awal anda berhadapan dengan bakal mak mentua. Mana yang sudah mengenali bakal mentua lebih awal tu beruntunglah. Tapi kalau nak kahwin baru nak berkenalan, ketar lutut juga sebab kita tak tahu what to expect.

 

Yang sering menjadi isu adalah bakal menantu perempuan yang nak ambil hati ibu bakal suami. Sampai sekarang masih ramai ibu yang cerewet pilih bakal menantu. Mana yang dirasakan tak boleh get along atau bukan menantu pilihan, kenalah berusaha lebih sikit untuk tambat hati bakal mak mentua.

 

Macam mana nak ‘tambat’ hati mak mentua?

 

  1. Hadiah

Bab beli hadiah ini janganlah anggap seperti rasuah pula. Anda tahu macam mana gembiranya anda apabla menerima hadiah. Begitu juga penerimaan orang lain. mereka mesti tersenyum bila ada orang yang memberinya hadiah.

 

Mana yang ada bajet besar, bolehlah beli hadiah mahal sikit tapi yang taka da bajet, kecil-kecil pun dah ok. Hadiah berupa makanan kegemaran juga boleh diberikan kepada bakal mak mentua. Tanyalah pada pasangan anda apa yang disukai ibu mereka. Cuba masak atau beli dan hantarkan atau kirimkan pada bakal mak mentua.

 

 

Kejayaan berhasil apabila dilakukan dengan usaha berpanjangan. Janganlah sekali dua sahaja. Sebelum hantar, selitkan nota sikit untuk bakal mak mentua tu!

 

 

  1. Jaga hati

Kadang-kadang skil komunikasi sangat penting. kata orang, PR kena bagus. Apabila berbual tu, janganlah buruk-burukkan pasangan anda. mestilah kecil hati ibunya nanti! Sungguhpun ada perkara atau sikap anak mereka yang mengganggu fikiran anda, cuba sampaikan dengan cara paling berhemah.

 

 

Puji-pujilah bakal ibu mentua sikit. Jika ada sikap anak mereka yang anda sangat hargai, katakanlah begini… “Pandai makcik jaga Ali. Dia memang hormat orang tua dan hormatkan saya.” Alah, anda mesti hebat bab-bab memujikan!

 

 

  1. Peneman

Apabila anda berada di rumah bakal mak mentua, janganlah asyik berkepit dengan pasangan. Bertunang bukan ikatan untuk anda berdampingan bersama secara terbuka. Rajin-rajinkan diri ke dapur. Bila nampak si ibu masuk dapur, anda ikutlah sekali, tolong apa yang patut.

 

Mula-mula memang rasa awkward tapi lama-lama nanti anda mesti dah terbiasa. Di dapur nanti tanyalah makanan kegemaran mak mentua. Dari situ pun anda boleh buat kejutan dengan memasak apa yang mereka suka.

 

  1. Belajar loghat

Anda mungkin bertemu dengan pasangan dari negeri berbeza. Ada negeri menggunakan loghat yang langsung tidak sama dengan anda. Jadi, belajarlah dari ibu mentua. Saat bersama mereka mungkin menjadi memori indah anda bersama. Dengan mempelajari loghat ‘luar’ sekurang-kurangnya anda boleh faham apa yang diperkatakan bakal ibu mentua dan ahli keluarga lain nanti.

 

  1. Luang masa bersama

Jika anda tahu apa yang suka dilakukan bakal mak mentua pada waktu senggang, cumalah join sekali. Atau sekiranya pasangan anda sering menghantar ibunya untuk mengikuti kelas agama atau ke surau, gunakan peluang untuk menghantar mereka ke sana. dalam kereta nanti, banyak benda yang boleh disembangkan. Mulakan dengan apa yang anda nampak disekeliling.

 

 

Published by
Anis Nor