Berkahwin juga membawa anda dan pasangan harus berkongsi tanggungjawab bersama dalam soal kewangan. Dengan rasa cinta di dada, mungkin segalanya anda terima.
Namun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga untuk masa depan bersama yang lebih bahagia dan bebas beban kewangan.
Saranan kami, sebelum anda mengikat tali perkahwinan, tanyakan dahulu pada pasangan 10 soalan yang rasanya mampu mengubah perspektif kewangan anda nanti. Anda juga boleh merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang.
Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!
1. Ada membuat pinjaman?
Jika ada, berapa banyak? Berapa lama tempoh pinjaman? Dengan mengenal pasti beban pinjaman yang anda berdua ada, anda boleh merancang pelan kewangan yang lebih efektif. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya. Mulakan proses perbincangan dengan mengenal pasti cara terbaik untuk melangsaikan semua pinjaman, sama ada berkongsi bayar atau membayar sendiri.
Ads
2. Adakah sebarang pelaburan?
Jika ada, bagaimana cara anda berdua mengendalikannya apabila sudah berkahwin kelak. Adakah akan dijadikan pelaburan bersama dan apakah prosedur yang harus dilakukan? Bagaimana pula dengan keuntungan pelaburan? Walaupun dalam Islam, ia merupakan harta sepencarian, namun tidak salah jika perkara ini ditentukan terlebih dahulu supaya tidak ada ungkit mengungkit di kemudian hari. Apatah lagi, jika anda dan pasangan mempunyai sebarang masalah nanti.
3. Di mana kita nak tinggal?
Soalan ini nampak ringkas tetapi sangat penting untuk merancang kewangan anda. Jika anda sepakat untuk tinggal sendiri dengan pasangan, mungkin bajet bulanan tidak terlalu tinggi dan boleh dikongsi bersama. Namun, jika anda berdua akan tinggal bersama keluarga, berapakah sumbangan kewangan yang akan dikeluarkan bagi membantu keluarga seperti bayaran bil, belian barangan runcit dan sebagainya. Jika pasangan anda merupakan penyumbang tunggal, ini akan lebih membebankan dan perlu diberi perhatian serius. Secara amnya, jumlah bajet bulanan isi rumah yang perlu anda berdua keluarkan tidak harus melebihi 25 peratus daripada pendapatan bulanan.
4. Bagaimana cara kita kendalikan duit?
Anda dan pasangan perlu faham maksud ‘berkongsi’ dari segi jumlah pendapatan atau pembayaran bil yang ada. Cara yang terbaik adalah mewujudkan akaun bersama (walaupun jarang dipraktikkan di negara kita). Alternatif lain pula ialah mempunyai tiga akaun iaitu satu akaun bersama dan dua akaun individu. Akaun bersama untuk simpanan dan pembayaran bil/hutang yang dikongsi. Akaun individu pula tertakluk kepada hak peribadi masing-masing.
Ads
5. Bagaimana pula dengan insuran?
Semua insuran yang anda dan pasangan punyai seperti insuran nyawa, kereta, rumah dan apa sahaja perlu dikaji semula dan digabungkan untuk memastikan anda berdua mendapat manfaat dan faedah yang diperlukan untuk kehidupan selepas berkahwin.
6. Bagaimana pula dengan harta?
Walaupun Islam menetapkan akan harta sepencarian, tidak salah jika perkara ini ditetapkan sebelum berkahwin untuk kepentingan bersama.
7. Adakah bajet tertentu?
Mempunyai bajet bagi setiap perkara adalah satu perkara yang sangat bagus untuk diamalkan. Perancangan bajet yang baik terutamanya untuk majlis perkahwinan mampu mengelakkan anda dan pasangan daripada beban hutang selepas berkahwin. Selain itu, ia juga membantu anda untuk berjimat dan menyimpan untuk masa depan bersama.
Ads
8. Bagaimana pula selepas bersara?
Walaupun perkara ini masih jauh tetapi tidak salah sekiranya ditimbulkan dalam perancangan kewangan ini. Anda dan pasangan perlu merancang sama ada masih mahu bekerja atau menikmati sahaja persaraan tersebut. Ini membantu untuk anda menetapkan jumlah simpanan yang perlu ada sehingga saat anda bersara untuk menampung kehidupan, bil kesihatan dan sebagainya.
9. Status cukai?
Selalunya selepas berkahwin, akaun cukai anda dan pasangan akan digabungkan. Namun, tetapkan siapa yang perlu membayar cukai supaya anda dan pasangan mempunyai kelebihan dalam hal ini.
10. Perlukah perjanjian sebelum kahwin?
Perjanjian ini tidak diamalkan oleh pasangan Melayu. Perjanjian ini selalunya dilakukan oleh pasangan Barat untuk mengelakkan bebanan hutang kepada mana-mana pihak andai satu pihak mempunyai beban hutang/liabiliti melebihi pihak yang satu lagi terutamanya bagi pasangan yang kaya. Namun, perjanjian ini boleh dijadikan garis panduan untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.
Kredit foto: Man Kajang
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda dan juga pasangan sudah lama mendirikan rumahtangga namun masih belum ada rezeki untuk ada cahaya mata sendiri rezeki itu masih belum tiba. Namun jangan pernah berputus asa. Cari ikhtiar supaya anda cepat hamil. Ramai juga wanita-wanita di luar sana yang tidak bernasib baik yang boleh mengandung selepas berkahwin.
Kemungkinan banyak faktor-faktor yang boleh menghalang proses kehamilan. Mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur, tertekan yang melampau juga menjadi salah satu punca susah untuk hamil kerana sisitem peranakan mempunyai masalah. Di bawah terdapat beberapa petua yang boleh anda ikut bagi memudahkan proses kehamilan.
.
4 jenis pemakanan yang boleh meningkatkan proses kesuburan
1. Air putih
Mengamalkan minum air putih secukupnya juga sangat penting untuk tubuh badan. Malah ia juga boleh memberi fungsi organ dalaman yang boleh menghubungkan nutrisi ke seluruh tubuh serta menjaga keseimbangan hormon anda.
2. Complex carbohydrates
Complex carbohydrates memiliki indeks glycemic rendah serta kaya dengan kandungan serat. Malah ia juga terkandung dalam pemakanan seperti sayur-sayuran, beras perang, gandum dan juga pasta.
Bukan itu saja, wanita yang sukar hamil jika mengamalkan cara pemakanan ini seperti makan buah-buahan yang kaya dengan banyak zat dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh badan
3. Folic Asid
Folic asid mudah ditemui di dalam makanan jenis kekacang seperti kacang merah, kacang tanah, kacang soya dan juga kacang hijau yang berperanan sebagai meningkatkan lagi pengeluran telur dalam tubuh badan wanita. Nutrisi yang paling banyak terkandung dalam kacang hijau berbanding kacang-kacang yang lain dan meningkatkan juga proses kesuburan terutamanya wanita.
Dengan bantuan vitamin E juga boleh membantu mempercepatkan proses kehamilan. Bukan itu saja, ia juga mengandungi vitamin B6 yang berperanan bagi mengatur hormon peranakan bekerja secara maksimum.
4. Healthy Fat
Banyak kategori makanan yang boleh dijadikan sumber lemak sihat yang baik untuk tubuh badan seperti avocado, kekacang, minyak zaitun, ikan salmon dan pelbagai makanan yang turut mengandungi omega 3. Proses pengeluaran insulin semasa mengamalkan pemakanan ini juga boleh mempercepatkan proses kehamilan wanita yang ingin hamil.
.
5. Semak waktu subur
Selepas 14 hari tempoh habis datang haid merupakan waktu yang subur bagi seorang wanita dan bagi pasangan yang sudah berkahwin yang menginginkan anak, mereka hendaklah melakukan hubungan intim sebanyak 2 kali sehari.
Melakukan hubungan intim sebanyak 2 kali sehari akan membentuk sel sperma menjadi semakin kuat berbanding sperma yang dikeluarkan setiap hari. memiliki sperma yang kuat juga boleh membuahkan proses kehamilan dalam kadar yang cepat.
Petua bagi mempercepatkan proses kehamilan juga boleh dilakukan dalam posisi yang betul dan tepat. Sebaiknya isteri berada di posisi bawah agar memudahkan sperma masuk ke pintu rahim
Untuk memastikan proses sperma memasuki pintu rahim secara sempurna, anda boleh meletakkan bantal di bawah pinggang dan berbaring selama 25 minit bagi memudahkan proses kemasukan menuju ke sel telur sebelum bertukar ke mana-mana.
Menjaga hubungan baik dengan pasangan juga sangat penting bagi proses kehamilan. Memiliki mood yang seimbang dan baik juga amat penting. Apapun serahkan semuanya kepada yang Maha Esa menentukannya. Apa yang penting anda sudah berusaha menuju ke arah yang baik iaitu ingin memiliki cahaya mata sendiri.
Semoga apa yang sudah dikongsikan di atas ini boleh memberikan panduan serta rujukan buat wanita-wanita yang menginginkan cahaya mata sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya fasa bertunang ni ialah fasa berkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Sepanjang tempoh pertunangan , pelbagai perkara boleh berlaku akibat salahtanggapan atau bisikan hawa nafsu. Amir Syahir kongsi dugaan bertunang ni sebenarnya terletak pada diri kau sendiri.
Ujian dalam pertunangan ni boleh tahan hebatnya. Sebab tu la orang tua-tua tak bagi bertunang lama-lama. Kalau boleh lepas tunang, kahwin cepat-cepat. Sebab nak elakkan perkara yang tak elok berlaku. Aku dengan isteri dulu bertunang dalam 5 bulan. Lepastu kami kahwin.
Kadang-kadang masa bertunang ni tetiba ja ada orang lain yang lebih baik dan bagus daripada tunang kau datang dalam hidup kau. Masa tu memang Allah nak uji kau. Nak tengok sejauh mana keteguhan dan kesetiaan kau.
Sumber: Google
Dalam keadaan macam tu semuanya terletak pada diri kau. Kalau kau memilih untuk melayan, maka akan terbinalah hubungan yang lain lalu akan ada yang terluka. Kalau kau menepis, Alhamdulillah kau memang hebat.
Jangan permainkan hati orang. Kalau ada orang lain mempermainkan hati adik kau, apa kau rasa? Sebelum nak bertunang, nak melangkah ke satu hubungan yang lebih serius, fikirlah sebaik-baiknya. Mohon petunjuk daripada Allah.
Buat yang tengah bertunang, semoga hubungan pertunangan kalian baik-baik saja. Kalau boleh cepatkanlah pernikahan. Buat yang baru merancang untuk bertunang, semoga perancangan kalian berjalan dalam keadaan yang baik dan lancar.
Mengharungi kehidupan alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilalui sepanjang hidup berumah tangga.
Persediaan awal dalam perkahwinan sama ada dari sudut kewangan dan cara hidup mampu merancang perjalanan hidup berumah tangga dengan lebih teratur dan dapat mengelakkan perselisihan faham yang bakal berlaku kerana masih belum biasa dengan alam baru ini.
Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang sangat berbeza. Di sinilah terletaknya realiti kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam mengatur satu perkongsian hidup.
Jika dulu ketika hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah. Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan, tanggungjawab itu terletak pada diri anda sendiri. Perkongsian hidup antara suami dan isteri memerlukan kerjasama, toleransi dan kesabaran yang tinggi.
Antara tanggungjawab suami ialah menyara isteri, menyediakan tempat tinggal serta makan minum isteri dan anak-anak.
Bagi si isteri pula, tanggungjawabnya juga banyak, antaranya menjaga keharmonian dan kerukunan rumah tangga dengan menjalankan tugas sebagai isteri seperti memasak, mengemas dan membantu menjaga ekonomi keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!