Kita kebiasaanya ni kalau nak buat event macam kenduri kahwin atau bertunang perlu jemputan orang ramai, dan tempat yang selesa. Jarang majlis kahwin terutama sekali dekat bandar ni buat di rumah. Betul tak? Sebab satu nya kebanyakan rumah di KL ni tak memberi ruang sangat untuk buat majlis.
Jadi kebanyakan kita ni, akan memilih untuk buat majlis terutamanya kalau majlis kahwin lah, di dewan-dewan luar. Ia nya lebih mudah dan lebih selesa. Tetamu nak cari parking pun tak lah susah sangat. Tapi, kalau ada budget lebih, kita boleh lah cari tempat-tempat event yang cool dan cantik. Ada satu tempat ni korang mesti tak percaya bila tahu harga dengan keadaan tempat tu. Ni tempat korang boleh consider.
Dalam banyak-banyak dewan, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur antara tempat yang kami rasa berbaloi. Dengan lokasi di tengah bandar, dekorasi elegan dan selesa. Sunway Putra Hotel mempunyai Grand Ballroom yang terletak di tingkat 9 dan mampu memuatkan 600 tetamu untuk majlis makan formal dan 1200 tetamu untuk majlis koktel.
Istimewanya, Grand Ballroom tanpa pillars ini dilengkapi dengan kemudahan visual audio terkini, dan yang paling unik ialah salah satu skrin LED terbesar di bandar berukuran 5.76 meter tinggi dan 9.6 meter panjang, sesuai untuk mempamerkan Cinemograph Finesse anda, kenangan masa kecil sehingga dewasa buat tatatapan tetamu sewaktu makan malam.
Pakej mampu milik buat majlis kahwin, serendah RM 128 bersih untuk seorang ini termasuk harga tempat kemudahan AV, bilik VIP dan Suite pengantin untuk bermalam serta pelbagai jenis makanan bakal disediakan.
Tak restrict untuk kahwin sahaja tapi juga boleh digunakan untuk majlis akad nikah dan bertunang juga, MEET ON 35 Sunway Putra Hotel, bukan ruang ini sahaja terdapat 15 bilik lain yang menawarkan harga serendah RM 60 bersih seorang dengan tempahan minimum 30 orang untuk majlis sedemikian.
Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan. Turut tersedia pentas tetap dan besar yang mampu memuatkan pelamin buat si mempelai.
WIFI PERCUMA dengan had laju untuk setiap bilik pastinya memberikan keselesaan untuk para tetamu.
WOW! Pasangan juga berpeluang untuk mendapatkan PERKAHWINAN PERCUMA – jika pasangan itu melangsungkan perkahwinan di Hotel Sunway Putra, pasangan akan mendapat perbelanjaan penuh perkahwinan jika mereka memenangi pertandingan anjuran Hotel Sunway Putra.
Sunway Putra Hotel ni pun bukan calang-calang. Mempunyai 40,236 pengikut di facebook dan rata-rata mendapat 4.0 dan 5.0 rating. Not bad! Serius tempat yang cantik untuk majlis korang.
Yang bestnya lagi, pihak Sunway Putra Hotel memberi setiap majlis kahwin yang diadakan di sana dengan pakej 2 hari 1 malam di Bridal suite termasuk breakfast yang dihantar terus ke bilik buat pengantin dan buat bakal pengantin yang menempah 30 meja keatas bakal menerima 3 meja free dari pihak pengurusan Sunway Putra Mall. Seronokkan?
Harga yang sangat berbaloi untuk ditempah bagi majlis kahwin korang.Nak tahu lebih lanjut pasal Sunway Putra Hotel ni dan nak dapatkan promo yang bagus? Boleh klik sini sekarang tau!