Nak Kahwin Kena Pandai ‘Trik’. Baru Suami Sayang!

Share

Banyak trik-trik menguruskan rumah tangga dengan baik. Selain belajar dari internet dan minta petua dari mak-mak kita, bakal pengantin kena rajin juga membaca posting daripada orang lain. Apa yang menjimatkan dan berkesan elok dijadikan ‘to-do list‘.

 

Kali ini, perkongsian dari Rosma Abdul Rahman boleh digunakan untuk anda yang ingin teknik jimat dan berkesan. Walaupun perkongsian sudah agak lama namun masih relevan lebih-lebih lagi ketika keadaan ekonomi yang tidak menginzinkan ni!

 

Cubalah!

Dulu saya selalu guna pelembut pakain/softener berjenama agak mahal disebabkan bau harumnya pada pakaian tahan agak lama. Selepas seminggu bau harum masih ada.

Tetapi baru-baru ini saya teringat akan satu petua jiran lama saya. Setiap kali lalu depan rumah dia dahulu , pasti tercium bau wangi sangat bila dia sidai baju. Rumah saya tingkat 2 rumah dia ground floor tetapi bau wangi pakaian dia boleh sampai ke rumah saya.

Jadi saya tergerak hati ingin mencuba petua tersebut sejak kebelakangan ini. Petuanya sangat mudah & murah.

Sediakan air yang dicampur softener tidak kisah apa jenama , sekarang saya gunakan softener jenama murah je pun iaitu Daia, campuran softener tadi pula ditambah dengan secawan kecil cuka makan. Atau untuk 4-5kg berat pakaian, 30mls cuka makan. Gunalah untuk bilasan akhir pakaian anda.

Hasilnya tersangat WOW!!!. Wangi dia tahan lama sangat, ditambah pula pakaian jadi bertambah lembut dari biasa & mudah digosok. Walaupun pakaian disimpan dalam almari wanginya tahan dekat 3 minggu.

Sampaikan pagi ni,

“Amoi!.” Jiran sebelah tegur

Terkejut saya bila tiba-tiba ditegur.

“Ada apa aunty?” Tanya saya

“Amoi you pakai sabun apa? “

“Banyak wangi lor.”

Saya pun cerita la petua jiran lama saya tu, dia cakap mahu try

la Amoi. Sudah lama mahu tanya tapi selalu Aunty lalu you sudah masuk rumah.

Siapa sangka bau wangi pakaian pun boleh merapatkan hubungan sesama jiran tertangga, jiran saya majoriti kaum Cina di tempat baru ni.

Kalau anda rasa petua ni bermanfaat sila share mana tahu boleh merapatkan ukhwah sesama jiran anda semua.

Manfaat Cuka Pada Pakaian

1. Mencerahkan dan memutihkan.

Kandungan asam pada cuka putih memiliki tingkatan yang sedang sehingga tidak merosakkan kain dan cukup kuat untuk menghilangkan noda sabun dan detergen. Setengah tutup cuka saja sudah mampu untuk membuat warna pakaian menjadi lebih terang dan jelas. Selain itu kandungan ini juga mampu membuat baju-baju yang kusam menjadi kembali putih warnanya.

2. Menghilangkan bau lembap.

Pakaian atau handuk yang belum kering secara sempurna cenderung memiliki bau yang lembap dan dapat menimbulkan jamur. Untuk membuat baunya menjadi segar kembali campuran air hangat dengan dua tutup cuka dapat menghilangkan bau lembap secara cepat dan mudah.

3. Melembutkan pakaian.

Walaupun sudah terdapat berbagai macam pelembut dalam berbagai merek yang beredar di pasaran tetapi cuka tetap dapat digunakan sebagai pelembut yang alami. Setengah tutup dari cuka ketika mencuci dapat membuat kain pakaian menjadi lembut dan tidak meninggalkan noda pada pakaian.

4. Mencegah debu dan bulu binatang menempel.

Penggunaan cuka ketika mencuci pakaian juga dapat mencegah menempelnya debu-debu halus dan bulu-bulu hewan menempel pada kain. Cukup setengah tutup yang dicampur ketika mencuci baju dapat mencegah munculnya noda-noda yang tidak Anda inginkan.

Sumber : Rosma Abdul Rahman

Perkongsian : https://beritadinding.blog

 

***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Published by
Anis Nor