Hubungan

Nak Kahwin Satu Lagi Sebab Sunnah Atau Menggatal? Baca Definisi Yang Diterangkan Lelaki Ini!

Share

Bila bab nak seronok semua kita kata kerana ikutkan sunnah tapi relitinya tanggungjawab yang dipikul Rasulullah SAW itu bukan semudah yang kita bayangkan. Jangan laju je bab nak kahwin lagi semata-mata nak ikut sunnah.

Perkongsian Yazid Zul ini menerangkan perbezaan antara menggatal atau sunnah.

Perbezaan antara sunnah & menggatal.

Seorang kenalan menzahirkan hasratnya hendak memasang seorang lagi atas alasan hendak mengikut sunnah. Saya hirup air teh o panas sambil mendengar hujahnya. Ringkasan hujah ialah berkemampuan dan hendak mengikut sunnah.

‘Berapa umurnya?’

24 tahun.

Menarik.

‘Apa yang kau faham pasal sunnah?’ saya bertanya.

‘Sunnah ni ialah apa yang Nabi buat. Jadi kita mesti ikut. Nabi ada banyak isteri, jadi kawin banyak ni sunnah Nabi. Sunnah ni kita kena ikut sebijik-sebijik.’

Saya sambung menghirup air teh o panas. Kurang manis. Eloklah.

‘Bini kau tak mengamuk ke?’ saya bertanya lagi.

‘Takpe kalau dia mengamuk. Ini sunnah. Anyway, aku tak cadang nak bagitau dia pun.’

Saya berasa bosan mendengarnya. Air teh o panas pun dah nak habis.

‘Sebenarnya, kalau betul-betul kau nak ikut sunnah, kau kenalah faham sunnah dulu.

Pertama, Rasullullah s.a.w kahwin waktu umur 25 tahun dengan Khadijah, seorang janda umur 40 tahun.

Kedua, waktu Rasullullah kawin dengan isteri pertama iaitu Khadijah, Rasullullah tak pernah kahwin lain. Hanya selepas isteri pertama meninggal baru kawin lain. Jadi, kalau nak ikut betul-betul, kau tunggulah isteri pertama meninggal dulu.

Ketiga, Rasullullah bukan kahwin sekadar nak seronok seronok dengan isteri muda. Rasullullah kawin dengan janda-janda yang kematian suami yang rata-ratanya mati ketika perang mempertahankan Madinah. Jadi, kalau kau nak kahwin anak gadis muda hot, taklah sebijik sama dengan sunnah.

Keempat, Rasullullah tak pernah zalim pada isteri dan sentiasa adil. Kalau kawin sorok-sorok dan tipu isteri pertama, ini sejenis kezaliman pada isteri pertama. Takde apa-apa sunnah di situ.

Jangan pandang sunnah ni pada aspek kawin banyak tu. Solat tahajjud, solat sunat, puasa, tolong orang miskin, semua tu pun sunnah. Takde apa-apa sunnah pada tipu isteri pertama dengan kawin lari dekat thailand.

Sunnah tu pada berlaku jujur. Sunnah tu pada berlaku adil. Sunnah tu pada tidak menyakiti hati isteri.

Ada faham??? Sunnah dan menggatal tak sama.’

Wassalam

Published by
Bella