Setiap pasangan mengidamkan hubungan kekal hingga ke akhir hayat. Oleh sebab itulah, toleransi dan saling memahami perlu ada dalam diri setiap pasangan agar rasa cinta itu sentiasa ada. Pasangan perlu belajar dan fahami diri pasangan terlebih dahulu dalam memastikan hubungan sentiasa terjaga.
Namun, pergaduhan sering terjadi dalam hubungan. Mungkin ia dianggap biasa tetapi jika ia terus dibiarkan, ia boleh merosakkan rumah tangga sekali gus menyebabkan penceraian.
Jom Pesona Pengantin kongsikan tip untuk mengekalkan rasa cinta antara pasangan hingga ke akhir hayat. Resipinya cukup mudah seperti berikut!
1. JADI PENDENGAR SETIA
Setiap kali sebelum tidur, apabila pasangan bercerita kisah di tempat kerja, cubalah dengar walaupun anda tidak faham apa yang cuba suami ceritakan. cuba selami isi hatinya dan cuba fahami apa yang dia ceritakan. Mungkin itu boleh meredakan masalahnya.
2. KOMUNIKASI
Apabila bercakap, jagalah pertuturan anda. Adakalanya pertuturan anda biasa sahaja namun nada suara tinggi perlu dielakkan. Jaga percakapan dan jangan sampai menyinggung perasaan pasangan.
3. BERKONGSI PENGALAMAN
Ia bermaksud dengan menjadikan sebahagian perjalanan hidup pasangan sebagai pengalaman anda juga. Misalnya, mengenali rakan-rakan pasangan anda. Sesekali anda boleh melepak bersama rakan suami atau isteri sambil minum kopi. Hal ini dapat membantu anda untuk mengenali pasangan dengan lebih baik.
4. MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN
Anda perlu faham apa yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan. Jika anda tidak suka sekalipun, usah menghalang dia melakukan hobi itu. Cuba faham minatnya dan dia pasti cuba fahami minat anda.
5. JAGA HUBUNGAN INTIM
Bukan hanya untuk pasangan muda, pasangan berusia 40-an ke atas juga perlu mengambil barat akan hal ini. hubungan ini penting, kerana ia dapat meningkat ketenangan dan menaikkan perasaan cinta kepada pasangan masing-masing. Apa yang penting ialah, anda perlu terus semai rasa cinta untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga hingga akhir hayat.
6. MEMBERI HADIAH
Ada pasangan yang tidak kisah mendapat hadiah atau tidak. Namun jika anda mendapat pasangan yang sudah biasa diberi hadiah tatkala tiba tarikh bermakna seperti itu, maka anda haruslah ambil berat perkara ini. Rasulullah SAW juga menyatakan memberi hadiah kepada orang lain dapat menambah kasih sayang.
7. LAYANAN MESRA
Jangan serabutkan kepala pasangan anda dengan rumah bersepah, pinggan tidak dicuci atau rumput panjang di halaman. Suami perlulah memberi kejutan dengan membantu isteri dalam menguruskan hal rumah. Luangkan masa hujung minggu mengemas rumah bersama-sama.
8. SERING MEMUJI
Tidak semestinya diluahkan, cukup dengan hanya ciuman atau bahasa tubuh anda. Cuba tunjukkan tanda ‘bagus’ ketika isteri memakai pakaian baharu. Elakkan mengutuk tetapi lebihkan memuji isteri anda.
9. JAGA PENAMPILAN
Kepada suami isteri, jaga penampilan tidak hanya ketika mahu keluar rumah kerana di rumah juga sama. In penting supaya pasangan anda tidak jemu memandang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI