Beruntungnya pasangan ini yang dijodohkan Allah untuk menjadi suami isteri. Biarpun dalam keadaan tubuh tidak sempurna, hati Muhammad Haziq Samrat ‘dicuri’ Nur Atiqah Amiera Ghazali. Perkahwinan mereka menjadi bualan dan rata-ratanya mengagumi keikhlasan masing-masing menerima pasangan dengan hati terbuka. 

 

Perkahwinan mereka pun mega betul! Murah rezeki pasangan pengantin ini kerana mendapat tajaan perkahwinan dari Asiana Wedding Centre. Kehadiran Haziq menggunakan papan luncur menarik perhatian tetamu yang hadir. Memang jadi grand entrance!

 

Nak Kenal Pasangan, Jumpa Mak Ayah Dulu. MIERA Gentle Jumpa Mak Ayah HAZIQ Minta Restu. 

 

Nak Kenal Pasangan, Jumpa Mak Ayah Dulu. MIERA Gentle Jumpa Mak Ayah HAZIQ Minta Restu. 

 

Nak Kenal Pasangan, Jumpa Mak Ayah Dulu. MIERA Gentle Jumpa Mak Ayah HAZIQ Minta Restu. 

 

Bertemu di platform media sosial, pasangan ini mula mengatur langkah untuk berkenalan. Istimewanya, Miera yang mula ingin mendekati Haziq. 

 

Ads

“Masa Miera nak berjumpa dengan saya, saya beri nama saya supaya Miera boleh membuat pencarian tentang diri dan fizikal saya terutamanya. Saya tanya dia adakah dia kenal saya dan tahu keadaan saya.” ujar Haziq. 

 

 

“Saya terpaksa berpura-pura membuat carian tentang Haziq. Saya dah lama tahu tentang dia tapi disebabkan Haziq minta saya buat carian di Google, saya pun berpura-pura mencari. Ambil masa satu hari la konon-kononnya buatr ‘research’ tentang dia. 

 

Nak Kenal Pasangan, Jumpa Mak Ayah Dulu. MIERA Gentle Jumpa Mak Ayah HAZIQ Minta Restu.  Nak Kenal Pasangan, Jumpa Mak Ayah Dulu. MIERA Gentle Jumpa Mak Ayah HAZIQ Minta Restu.  

Masa berjumpa tu, saya tak kisah apa pendapat orang sekeliling. Dari situ saya tahu kami memang sekepala! Kemudian kami berjumpa di rumah Haziq. Saya nak tuntut hadiah yang dijanjikan. Hakikatnya, saya nak kenal mak ayah Haziq. Pendirian saya, kalau nak kenal orang, kena rapat dulu dengan mak ayahnya.” tegas Miera. 

Ads

 

 

Haziq lelaki terbaik 

 

Bila ditanya, adakah Haziq pernah terfikir untuk berkahwin? Ini jawapan Haziq… 

 

Saya anak bongsu. Jadi kehidupan saya lebih kepada mak dan ayah. Soal kahwin, tak terfikir tapi memang nak kahwin. 

Ads

 

Nak Kenal Pasangan, Jumpa Mak Ayah Dulu. MIERA Gentle Jumpa Mak Ayah HAZIQ Minta Restu. 

Masa bertunang pun, mak saya minta kami terus bernikah. Tapi saya percaya, kalau dah jodoh tidak ke mana. Saya nak kenal dulu dengan siapa yang bakal saya kahwini. Kena banyak sabar sikit.” 

 

Yang paling bimbang dalam hubungan ini bukan Haziq tapi Miera. Dia tahu Haziq lelaki terbaik kerana dia pandai ambil hati mak ayah Miera dan anak-anaknya. 

 

“Masa saya kenal Haziq, saya terfikir adakah saya mampu menjaga Haziq kalau dia sakit. Itu yang buat saya banyak berfikir. Akhirnya kami disatukan. Anak-anak saya pun happy!” 

 

Nak Kenal Pasangan, Jumpa Mak Ayah Dulu. MIERA Gentle Jumpa Mak Ayah HAZIQ Minta Restu.  Nak Kenal Pasangan, Jumpa Mak Ayah Dulu. MIERA Gentle Jumpa Mak Ayah HAZIQ Minta Restu.  Nak Kenal Pasangan, Jumpa Mak Ayah Dulu. MIERA Gentle Jumpa Mak Ayah HAZIQ Minta Restu. 

 

Kredit foto: Asiana Wedding Centre

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI