Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumah tangga.
Jutawan muda ini, Puan Ieza Yusof berkongsi rahsia menjaga perkahwinan yang dibinanya masih rasa seperti baharu semalam berkahwin.
HANYA UTK 18THN KEATAS : RAHSIA KEBAHAGIAAN HIDUP & KEBERKATAN KEWANGAN RUMAHTANGGA ! BACA SAMPAI ABIS SBB MJ SHARE TIPS ZAHIR BATIN ! HAA HAA..
MJ kawen dah masuk tahun ke 15, Kenal suami MJ ni masa sama2 zaman blajar di U dulu tahun 1997….
Hope korang cukup dewasa utk paham penulisan nih sbb agak sensetive utk 18 tahun ke bawah .
Tips MJ & Suami : –
✔️ Walau umur dah tua tetap jaga HUBUNGAN BADAN antara SUAMI ISTERI. Hubungan badan di LUAR bilik dan di DALAM bilik. paham ke paham???
ni tak slalu nya bila dah kawen lama suami nak pegang tgn isteri pun macam pelik! huhu…kan dapat pahala tu..baru ler berkat!
✔️ HOLIDAY hanya berdua… sekali lagi MJ tekankan HANYA BERDUA…..tanpa anak2… at least 2 kali setahun! tp Alhamdulilah MJ & husband minimum 5 kali setahun rezeki Allah bagi honeymoon berdua setiap tahun! Alhamdulillah.
Jadi, kenalah susun bajet simpan duit setiap bulan utk honeymoon kekalkan kebahagiaan…holiday berdua ni theraphy utk kebahagiaan…
✔️ Listkan BAJET BULANAN kpd suami supaya dia tahu part apa dia perlu bayar … LELAKI ni sebenarnya senang jek…jadi susah bila kita tak cakap suruh buat…so sbg isteri kite listkan tanggungjawab yg dia perlu bayar…so dia akan buat je…kite plak sbg isteri juga ada part yg kita bayar… xyah lah nak berkira2 sangat..inshaAllah ada keberkatan kewangan di situ…
✔️ TARGET awal2 settlekan MAK AYAH umrah dan haji …Alhamdulillah both dah settled!
✔️ SEDEKAH yg konsisten kpd masyarakat sbb antara 3 perkara yg kite boleh tinggalkan slps kite MATI ( TARGET : Sedekah amal jariah )
1. SEDEKAH amal jariah
2. DOA anak yg soleh
3. ILMU yg di manfaatkan.
✔️ Bagi mak ayah masing2 elaun bulanan wajib dan wajib naik minimum 10% setiap tahun…kalau kite nak gaji kita naik sbb harga brg naik off course mak ayah kite pun nak kan! Mulakan konsisten walau sedikit dan target naik setiap tahun..
tak kan pernah MISKIN kite kalau utamakan mak ayah kite..ingat tu! ( TARGET : Anak yg soleh )
✔️ KAMI suami isteri saling menyokong antara satu sama lain dlm misi mencari ILMU utk dimanfaatkan…( TARGET : Ilmu yg dimanfaatkan )
✔️ Balik kampung setiap bulan. Tak pernah rasa kurang nya kewangan sebab utama nak visit tengok muka MAK selagi derang ada… ( Both AYAH dah meninggal . Al fatihah )
✔️ Makan dalam TALAM berebut2 eratkan kasih sayang follow SUNNAH Nabi Muhammad SAW…
✔️ Both educate anak2 dlm perancangan kewangan…Anak2 & kami mmg ada tabung masing2…
Banyakk lg MJ nak share sebenarnya tp dah sampai BICESTER VILLAGE plak !
TAG Suami Isteri korang kalau rasa bleh manfaatkan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI