
Walau 10 tahun kita kenal pasangan kita belum tentu kita kenal dia luar dalam seperti lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin, berjanji setia, belum tentu selepas kahwin dia kotakan janjinya. Ini pesanan Encik Matt buat gadis dalam memilih calon suami.
Sebelum kahwin ini Biasanya akan dijanjikan oleh lelaki yang membuatkan semua wanita percaya:
Akan jadi suami BERTANGGUNGJAWAB.
Akan jadi suami PRIHATIN.
Akan jadi suami PENYAYANG.
Akan jadi suami MITHALI.
Betul?
Namun sebaliknya SESETENGAH isteri dapat. Semua di atas itu hilang setelah kahwin bertahun-tahun.
Mula jadi suami yang PEMARAH.
Mula jadi suami yang abaikan banyak perkara.
Mula jadi suami kaki lepak waktu malam.
Mula jadi suami ikut perangai lama.
Mula jadi suami kaki pukul, kaki maki hamun.
Pesan saya kepada anak gadis. Jika mahu lihat bakal suami kamu itu baik. Bukan janji-janji dia, tapi Lihatlah waktu malam dia dimana, 5 waktu dia dimana, selepas magrib apa dia buat. Tanya dia satu tahun berapa kali dapat khatam Al-Quran.
“Jangan jadi wanita yang malang”
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belajar Menyesuaikan Diri Dengan Sikap Dan Personaliti Pasangan Di Awal Perkahwinan

Lima hingga tujuh tahun pertama dalam usia perkahwinan adalah masa yang paling mencabar. Inilah masanya untuk suami isteri mengenali satu sama lain dengan lebih baik dan belajar menyesuaikan diri dengan sikap dan personaliti pasangan.
Berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi pada tahun-tahun awal perkahwinan dan cara penyelesaiannya:
- Kekurangan informasi
Beberapa masalah timbul disebabkan beberapa isu penting tidak dibincangkan oleh pasangan sebelum berkahwin seperti:
- Sama ada isteri perlu bekerja di luar rumah atau tidak
- Adakah mereka perlu merancang menangguhkan untuk menimang anak
- Di mana mereka akan tinggl selepas berkahwin nanti
- Adakah mereka akan tinggal bersama ibu bapa atau berasingan
Masalah-masalah ini boleh diatasi dengan perancangan awal sebelum berlangsungnya perkahwinan.
- Tugas siapa?
Suami adalah ketua dalam rumah tangga, tetapi dia tidak boleh memerintah seperti diktator. Perlu ada perbincangan tentang tugas suami dan isteri. Walaupun suami adalah ketua, tetapi dia mestilah juga boleh merendah diri dan sanggup mendengar pandangan isterinya. Sekiranya berlaku perbezaan dalam cara berfikir, suami hendaklah kembali kepada petunjuk Al-Quran dan sunnah, dan janganlah biarkan perkara tersebut menjadi sumber tekanan dan masalah dalam perhubungan suami isteri.
- Masalah seksual
Adakalanya seorang isteri atau suami mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi dari pasangan masing-masing. Mereka juga mengharapkan pasangan masing-masing memahami kehendak mereka.
Dalam realiti, persefahaman dalam perkara ini tentulah mengambil masa untuk setiap orang menyesuaikan diri dengan pasangannya. Sebelum perhubungan seksual berjalan dengan jayanya, adakalanya ia didahului dengan kekecewaan. Tetapi sekiranya kedua-dua pihak berusaha untuk menyesuaikan diri dengan sabar, mereka pasti berjaya.
- Keluarga Ipar
Perhubungan dengan keluarga pasangan hendaklah dilakukan dengan baik dan saling hormat-menghormati. Membeza-bezakan suami atau isteri dengan ahli keluarga hendaklah dielakkan sama sekali kerana setiap manusia adalah berbeza. Perhubungan ini hendaklah dieratkan melalui ziarah, telefon dan sebagainya.
- Realistik
Adakalanya pasangan melangkah ke alam perkahwinan dengan harapan menggunung tinggi terhadap pasangan masing-masing. Tetapi manusia dicipta oleh Allah memiliki kelebihan dan juga kelemahan. Suami dan isteri hendaklah belajar menerima kelebihan dan kelemahan pasangan masing-masing.
- Menyusun Program
Menyusun program atau aktiviti yang hendak dilakukan akan dapat mengeratkan perhubungan, terutama jika kedua-dua suami dan isteri bekerja.
Antara program yang boleh dirancang:
- Solat berjemaah
- Menghadiri majlis ilmu bersama sekali seminggu
- memikirkan bersama menu untuk hujung minggu
- Menetapkan hari untuk membersihkan rumah bersama-sama
- Menetapkan masa untuk berbincang tentang kewangan dan budget
- Merancang masa untuk balik kampung
- Rakan dan Aktiviti Luar
Berada bersama rakan-rakan adalah perkara yang menyeronokkan. Tetapi rakan adakalanya menjadi sumber pertikaian dalam rumah tangga. Sekiranya terlalu banyak masa dihabiskan bersama rakan, bererti semakin kurang masa untuk bersama pasangan.
Kadangkala rakan sebaya juga memberi nasihat yang salah dalam hal perkahwinan, yang berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam perkara tersebut.
Antara penyelesaian kepada masalah ini ialah suami dan isteri membina rangkaian rakan yang sama-sama sudah berkahwin. Dengan cara itu mereka boleh bertemu bersama-sama dengan membawa pasangan masing-masing.
- Kewangan
Perkara ini boleh mencetuskan ‘perang besar’ antara suami dan isteri. Bagi mengelakkan masalah, suami dan isteri hendaklah merancang baget bersama.
- Memberi ruang kepada pasangan
Perkahwinan tidak bererti segala-galanya mesti dilakukan bersama. Yang penting masing-masing hendaklah saling mengambil berat, saling memberi dan menerima. Dengan cara ini akan wujud keseimbangan dalam perhubungan suami isteri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Short Cut Masa Berpantang, Bakal Pengantin Perlu Tahu Ini Supaya Tak Culas Bila Dah Jadi Ibu

Isi Kandungan
ToggleProses berpantang memang nampak leceh. Tapi, anda perlu jaga kesihatan diri sepanjang tempoh ini. Tiada jalan short-cut! Jom baca apa lagi panduan yang anda perlu ikut!]
Berpantang Sendirian
Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kematian seorang wanita di Kulai ketika beliau berpantang sendirian.
Beliau melahirkan anaknya dengan prosedur Ceaserean dan berpantang sambil menjaga anak pertama berusia 19 bulan.
Punca kematian disahkan akibat paru-paru berair dan masalah jantung. Semoga arwah tenang di sana.
Kalau anda wanita yang sedang dalam proses berpantang dan mungkin tanpa mak atau mertua di sisi, hati-hati.
Anda perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu yang penting agar proses berpantang ini berjalan lancar!
Proses berpantang dikategorikan sebagai sebuah rawatan tradisional selepas bersalin.
Sebab itu anda perlu mengetahui tentang panduan berpantang bagi menjaga kesihatan anda.
Pembunuh Senyap Ketika Wanita Berpantang
Anda pasti biasa mendengar tentang insiden tumpah darah selepas bersalin, kan? Tapi, pernahkah anda dengar tentang pulmonary embolism?
Ha, ini salah satu pembunuh senyap ketika wanita dalam proses berpantang!
Ia adalah penyakit darah beku dalam saluran darah ke paru-paru. Menurut Dr. Mardiana Kipli, penyakit darah beku ini jarang berlaku namun ia mampu mengakibatkan kematian secara mengejut!
Apakah tanda-tanda penyakit ini?
Wanita sedang berpantang mempunyai darah yang lebih pekat daripada biasa.
Akibatnya, mereka akan mengalami kesakitan di bahagian betis ketika berjalan, sukar untuk bernafas, sakit dada, batuk berdarah dan denyutan nadi menjadi laju.
Anda berisiko tinggi untuk mengalami “pembunuh senyap” ini jika anda:
- berusia 35 tahun ke atas
- mempunyai lebih daripada 2 anak
- menjalani pembedahan c-seksyen
- dehidrasi
- tumpah darah semasa bersalin
- mengandung kembar
Jadi, apa yang perlu anda buat?
Oleh sebab itu anda perlu lebih berhati-hati! Jangan ambil mudah proses berpantang selama 44 hari ini.
Kalau anda melalui pembedahan c-seksyen, proses pantang harus lebih lama!
Antara perkara penting yang wajib anda (atau minta tolong suami) buat ketika berpantang sendirian adalah:
- Cari tukang urut. Amalan bertungku dan berurut akan mempercepatkan proses pemulihan. Malah, ia juga melancarkan pengeluaran susu badan.
- Ambil suplemen dan ubat-ubatan penting
- Jangan takut untuk mandi. Sediakan mandian berpantang yang senang seperti – daun pandan dan serai kayu.
- Pakai bengkung.
- Minum banyak air.
- Atur masa anda dengan bijak. Jangan kelam kabut nak buat semua benda. Kongsi beban kerja rumah dengan suami.
- Sediakan resepiberpantang yang mudah. Beli stok makanan mentah yang segar. Minta suami masak jika tak larat.
Dan apa yang jangan dibuat?
Jangan sesekali buat perkara-perkara ini pula, okay! Antaranya:
- Jangan makan makanan sejuk, gatal, tajam, berbisa, berangin dan terlalu berminyak. Senang suruh suami kukus atau bakar saja makanan anda.
- Jangan lupa pakai stokin! Stokin mampu mengelakkan kaki anda dimasuki “angin”. Kalau angin masuk badan, anda akan cepat tak bermaya dan pening.
- Jangan terlalu aktifsampai semua benda dalam rumah anda nak buat. Duduk berehat!
- Jangan bersendirian dalam masa yang lama. Anda boleh “meroyan” ketika dalam proses ini. Minta suami sentiasa teman atau ambil berat. Kalau suami kerja, telefon pun sudah mencukupi.
Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda. Ingat, anda seorang wanita kuat yang takkan memandang mudah tentang kesihatan diri sendiri, apatah lagi kesihatan anak-anak anda.
Jaga diri anda kerana si manja memerlukan ibunya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ketahui Pengertian Sebenar Tuntutan Fasakh

Banyak yang kita lihat ada wanita yang menuntut fasakh terhadap diri mereka. Apakah itu fasakh, mari kita ketahuinya.
Fasakh bererti membatalkan nikah dengan kuasa kadi disebabkan tidak memenuhi syarat-syarat pada masa akad nikah atau berlaku perkara yang membolehkan isteri atau suami menuntut cerai.
- Hukumnya harus bila bersebab dan antara sebab-sebab yang membolehkan fasakh adalah apabila suami atau isteri:-
-Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
-Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
-Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
-Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
-Telah mati pucuk.
-Telah gila selama tempoh 2 tahun.
-Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
-Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
-Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
-Memaksa isteri hidup secara lucah.
-Melupuskan harta isteri.
-Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
-Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
-Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
-Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
Tiap-tiap yang berlaku itu ada hikmah yang hanya Allah swt sahaja yang tahu disebaliknya, apatah lagi bila sesuatu itu mendapat izin daripada Allah seperti fasakh.
Antara hikmah fasakh ialah:
i. Mengelakkan kaum wanita teraniaya.
ii. Menunjukkan keadilan Allah terhadap hak perceraian
ii. Memberi peluang untuk isteri memilih jalan hidupnya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI