Nak Masuk Ramadan Ni, Buanglah Sawang Kat Rumah. Boleh Jatuh Miskin Nanti!

Share

Sebaik sahaja bergelar isteri, andalah jantung kepada sesebuah rumah. Kalau dulu mak yang tolong sapu lantai, bersihkan sawang dan basuh baju kali ini anda pula yang bertanggungjawab. Walaupun dapat suami yang tak cerewet tetapi anda sendiri kena peka hal ni.

Dalam satu perkongsian video, Ustaz Fawwaz menerangkan 14 sebab yang menjadi punca manusia jatuh miskin.

Menurut Ustaz Fawwaz, para alim ulama’ menjelaskan di dalam kitab yang diriwayatkan daripada hadith 14 perkara yang kita sering lakukan tanpa sedar.

 

  1. Tidak menjaga solat
  • Solat 5 waktu adalah WAJIB tetapi jika solat itu tak cukup 5 dan tak cukup ‘sifat’, perlulah diperbaiki agar rezeki dimurahkan dan diberkati.
  • Para wanita juga perlu tahu, bahagian dahi diletakkan pada lantai BUKAN di alas dengan telekung!

 

  1. Terburu-buru keluar dari masjid selepas solat subuh
  • Kecuali jika ada urusan
  • Untuk para wanita, luangkan masa selepas solat untuk panjangkan wirid, selawat dan berzikir kepada Allah

 

  1. Tidak membersihkan sawang yang terdapat dalam rumah
  • Orang tua-tua selalu ingatkan supaya bersihkan sawang di dinding dan celah-celah meja. Ini sebabnya!

 

  1. Mengeringkan atau lap air yang terdapat di wajah dengan pakaian yang dipakai
  • Di sunatkan menyediakan sapu tangan agar mudah untuk lap air atau peluh pada wajah

 

  1. Makan dan minum dalam keadaan berjunub/hadas besar
  • Sebelum makan atau minum,eloklah mandi wajib dahulu dan membersihkan diri

 

  1. Isteri yang suka mencaci dan memarahi suami

 

  1. Berdiri tanpa menutup aurat

 

  1. Tidur dalam keadaan telanjang atau menutup aurat

 

  1. Suka melakukan maksiat
  • Jika anda merokok, sila hentikan kerana merokok hukumnya HARAM!

 

  1. Suka menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam

 

  1. Terlalu banyak tidur
  • Tidur terbaik adalah sebelum Zohor dan selepas Isyak.

 

  1. Duduk di pintu rumah

 

  1. Memakai sikat yang rosak

 

  1. Membiarkan pinggan mangkuk yang kotor di dalam sinki pada malam hari

 

Boleh tonton video dari Ustaz Fawwaz Mat Jan di sini.

 

Kredit video: Tazkirah Ustaz dan Ustazah

 

Published by
Anis Nor