Jarang mentua dan menantu rapat dan anggap macam anak sendiri. Tetapi jika ada, itu bertuah!
Realitinya tak semua dapat rezeki seperti ini. Bergantung pada seseorang itu juga nak rapat, baik dan anggap macam anak sendiri. Menantu ok, mentua pula terlebih cerewet dan sebagainya. Ada juga mentua ok, tapi menantu pula tak ok.
Nak Mentua Dan Menantu Rapat Macam Anak Sendiri, Jangan Duduk Serumah
Tak dinafikan, ada menantu dan mentua tinggal berpuluh tahun bersama serumah. Alhamdulillah semuanya tiada masalah, dah dianggap seperti anak sendiri. Tapi, ada juga yang tinggal bersama, menantu makan hati pula atau sebaliknya.
Ada satu rahsia nak tahu menantu dan mentua rapat macam anak sendiri. Pesanan daripada mentua ini adalah jangan tinggal sekali. Duduklah asing-asing.
Kawan aku (perempuan) ajak aku pergi ke rumah dia untuk beraya.
Ads
Aku nampak hubungan dia dengan mak mentua cukup rapat. Ibarat ibu dan anak kandung.
Jadi, aku pun tanyalah kawan aku,
“Rapat gila kau dengan mak mentua. Siap boleh bergurau macam mak sendiri.”
Dia respons, “Kalau nak tahu rahsia ini, hang pi direct tanya mak mentua aku.”
Ads
Jadi, aku pun pergi tanya mak mentua dia. Aku tanya dalam nada bergurau.
Jangan Tinggal Sekali
“Mak cik, rapat betul noh mak cik dengan menantu. Kongsi rahsia sikit. Haha”
“Mai, mak cik nak pesan sikit,” dia mula berkongsi.
“Lepas kahwin, mak cik memang akan suruh anak menantu dok jauh dari mak cik. Jangan tinggal sekali dalam serumah.”
Ads
“Pasal apa?”, aku tanya lagi.
Dia sambung bercerita,
“Kalau tinggal serumah, silap haribulan menantu dan mak mentua boleh banyak makan hati. Bahaya tuh.”
“Tapi kalau tinggal jauh, depa cuma makan jem (sesak) bila nak balik rumah masa raya. Itu takpa, tak bahaya.
Ada lagi ke yang jenis pakai pelembap dan serum tapi tak pakai sunscreen? Rutin harian yang kita tidak boleh tinggal setiap hari pastinya adalah memakai krim pelindung cahaya matahari (sunscreen/sunblock).
Cara Pakai Sunscreen Dengan Betul , Barulah Muka Tak Naik Jeragat!
Sunscreen inilah yang akan bertindak mengunci semua khasiat krim yang telah anda pakai sebelumnya. Ramai yang sering kali keliru cara sebenar untuk mengaplikasikan sunscreen di wajah. Hmm, banyak mana nak guna?
Jika anda tak tahu caranya, ikuti langkah yang dikongsikan menerusi video ini. Memang terbaik penjelasannya!
Hidup berumah tangga tentulah memerlukan kerjasama dan persefahaman antara suami isteri. Tugas-tugas mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak perlu dilakukan bersama dan tidak hanya diserahkan pada satu pihak sahaja.
Bagi pelakon Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail menguruskan kerja-kerja rumah dan anak-anak perlu dilakukan bersama suami. Malah Ozlyn telah ‘melatih’ suaminya, pelawak dan juga penyampai radio, Johan, untuk mahir melakukan kerja-kerja rumah termasuk mengajar anak-anak.
Dalam satu hantaran dilaman Instagram, Ozlyn berkongsi tentang suaminya melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menguruskan anak-anak.
Mereka membuat pembahagian kerja agar segala urusan rumah tangga dapat dilakukan dengan teratur.
“Mi goreng ini bekal sekolah untuk anak-anak. Letak telur dadar kerana anak-anak tidak suka telur mata. Sudah dua hari papa terlantar kerana kurang sihat. Selepas sihat nanti papa ambil semula semua tugas mencuci bilik air, membersihkan bilik, mengemas katil, mengajar anak-anak mengaji dan solat berjemaah bersama-sama,” tulisnya.
Ozlyn kerap berkongsi tentang tip rumah tangga dan mendidik anak-anak. Dia sangat menekankan kerjasama suami isteri. Jelas beliau, suami isteri perlu bersikap tolak ansur dan saling tolong menolong antara satu sama lain.
“Memang saya ajar suami untuk membuat kerja rumah bersama-sama. Jika tidak buat, saya akan marah sebab menguruskan rumah tangga bukan tanggungjawab isteri. Sebenarnya sudah banyak isteri kurangkan beban suami.
“Suri rumah sepenuh masa paling kasihan. Duduk di rumah sehingga tidak sempat hendak melihat dunia luar. Melakukan kerja rumah, menguruskan anak-anak dan suami, semuanya dilakukan isteri seorang diri,” katanya.
Ozlyn berharap agar para suami di luar sana agar menghargai pengorbanan isteri masing-masing. Katanya lagi, jika ada rezeki lebih, bawalah isteri berjalan-jalan sebagai menghargai segala penat lelah yang dilakukan oleh seorang isteri demi kebahagiaan keluarganya.
“Kadang-kadang tidak perlu membeli-belah pun. Seorang isteri itu apabila dibawa ke pasar malam pun sudah rasa cukup syukur dan berbunga-bunga hatinya. Tidak dapat dinafikan juga pengorbanan suami dalam soal mencari rezeki. Buat isteri, jangan putus doa untuk suami. Bila suami menyenangkan hati isteri Insya-ALLAH lagi mudah segala urusan,” jelas Ozlyn.
Sesekali, nak juga tahu rahsia kebahagiaan penyanyi rock terkenal di Malaysia iaitu Datuk Amy Search dengan isterinya, Norhasniza Hassan (Datin Nourish).
Apatah lagi mereka berdua pun sudah 20 tahun bersama malah mempunyai tiga orang cahaya mata.
Datuk Amy Search Kongsi Tip Rumah Tangga, Sudah 20 Tahun Bahagia Bersama
1. Jangan Cerewet
Kongsi Amy Search, suami isteri tidak boleh mencapai persefahaman yang baik dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama. Dalam tempoh tersebut, setiap pasangan tak boleh menjadi cerewet antara satu sama lain. Malah tanamkan rasa bersyukur dan sabar dalam diri.
2. Cuba bertenang jika berlakunya perselisihan faham
Setiap pasangan tak terlepas daripada menghadapi perselisihan faham dalam hubungannya. Bagi Amy Search, salah seorang perlu berdiam diri dan cuba untuk bertenang.
Sekiranya kedua-dua pihak tidak berdiam diri dan teruskan untuk bergaduh, ini akan menjadi berpanjangan hingga memberikan kesan buruk pada hubungan.
3. Jangan bandingkan kebahagian sendiri dengan orang lain
Amy Search mendedahkan yang setiap pasangan ada cara bahagianya tersendiri. Jangan sesekali membandingkan kebahagiaan anda dengan pasangan yang lain. Jika perkara ini terjadi, anda akan berasa tidak puas dengan apa yang pasangan lakukan.
Dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Moga hubungan rumah tangga kalian juga dalam rahmat Allah dan bahagia hingga ke hujung nyawa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!